Kau SempurnaKAH??



~✿..SEJUK HATI apabila melihat orang tutup AURAT..lagi sejuk jika melihat orang pakai tudung labuh, baju longgar dan tidak jarang..tapi boleh beku hati kalau IKHTILAT dijaga rapi, TEGAS dengan lelaki ajnabi, MALU kerana Ilahi, TAAT pada suami, kepada ibu dan ayah dia berbakti, dan JANNAH pasti menjadi destinasi..


Aurat tidak akan tertutup dengan sifat LEMAH LEMBUT, tidak akan tertutup dengan PERANGAI BAIK..tidak akan tertutup dengan KATA-KATA yang BAIK, tidak akan tertutup dengan SOLAT..tetapi akan tertutup dengan PAKAIAN yang SEMPURNA..✿~


>>> JOM BERUBAH..yang lelaki pun sama, aurat berapa sentimeter je
pun..(✿◠‿◠)


Fikir2kan dan selamat beramal..Untuk peringatan diri ini juga=)



p/s>Bila kita dah jadi pemimpin jawatan tinggi di sekolah..Pabila nak tinggalkan sekolah itu pasti kita akan terfikir sapelahh yang akan menggantikan tempat kita..Adakah dia mampu memimpin orang lain untuk jadi yang lebih baik..
Betul tak?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

TUTORIAL>SIDEBAR TRANSPARENT



DESIGN>TEMPLATE DESIGNER

ADVANCED>SIDEBAR BACKGROUND>BACKGROUND COLOUR>TRANSPARENT
(untuk sidebar transparent)

ADVANCED>POST BACKGROUND>BACKGROUND COLOUR(pilih colour)
(untuk post background)

Tak paham tanya ye=)
Kalau untuk post background yang ada gambar tu pi cari tempat lain..
Saya tak tau..hehe..Hope boleh membantu=)


p/s>Esok saya exam FIZIK KERTAS 3 dan BIOLOGY KERTAS 3..
Wish me luck ok=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Saya Budak Kecik!!


Saya dikatakan tidak matang dan layak jadi budak2 hanya kerana saya mahu menonton kartun SINCAN DAN DOREMON~~


Kalau tengok drama korea tu DEWASA sangat la~

Sukati la kan nak tengok cerita apa kan3?Lagipun cerita tu sekali seminggu je..
Bukan ada effect besar pon~

Saper masih tengok lagi sincan&doraemon?Tak layan?
Ok fine lah~hahaha~

p/s>Dah hari Ahad~Nak sekolah dah~Lagi tiga hari je nak habis exam~
Tak sabar nak rasa perasaan tu..hahaha~

Dah Baca? Like dan Comment la =)

STUDY-ING>FACEBOOK-ING>SLEEP-ING


MULA2 SEMANGAT NAK BELAJAR NI~SERIUS~HEH~
10 MINIT KEMUDIAN~

EHH ON9 JAP JERR..BUKU MASIH DIBUKA LAGI=)
5MINIT KEMUDIAN~

TADI DAH STUDYY 10MINIT CUKUPPLAAHH..HEHE~

OK TERLAMA SUDAHH KAT BENDA NI..KENAPA BENDA NI MENGGODAKU?
ARGHH KENAPA STUDY 10MINIT JE?SALAHKAN FB!!

FB NI TELAH MEROSAKKAN MOOD UNTUK BELAJAR..BENCI3~
EH DAH MALAM SANGAT NI..TIDOO JERR LA~

SETENGAH JAM SEBELUM PEPERIKSAAN ISNIN DEPAN~

SELEPAS EXAM TAHUN DEPAN CUBA LAGI..HEHE^_^


p/s>saya memang lambat nak meng-add orang..
tapi saya boleh dikira cepatlahh meng-approve orang-,-

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Fakta Aku dan Blog=)


TAHUKAH KORANG?
1) Saya biasa on9/berblogging pada waktu malam sahaja~

2) Dah sebulan saya tak berblogwaking..
Hanya sempat beberapa blog sahaja yang saya sempat singgah=,=

3) Honestly saya tak suka "You follow me then I will follow you back" or sebaliknya~

4) Dah sebulan juga saya hanya ping entri kat Facebook and PING BUSUK je=(

5) Saya akan pilih blog dari belajar..hehe~Sebab tu kena tutup komputer cepat2~

6) Saya tak suka pakai laptop untuk berblogging~

7) Setakat ni jumlah blog yang paling banyak saya folow adalah 11 blog sehari..

8) Saya takkan comment dan folow blog yang ada lagu autoplay..
Lagu yang boleh dipause tu xpe=)

9) Tahukah korang minggu depan saya ada exam lagi
tapi saya tak bukak buku langsung selama enam hari??

Rasanya tu je kodd untuk korang tau siapa saya..hehe^_^

Apa plak cerita korang dan blog ni?Adakah sama jugak dengan saya?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#7 BATASAN PEREMPUAN





p/s>Terima kasih kepada sesiapa yang beri suggestion yang baik untuk MUKA SAYA ni..=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

JANGAN EJEK JERAWAT ANDA AKAN TERIMA PADAHNYER!!



3 Minggu yang lepas kan saya ejek adik saya muka dia dah ada JERAWAT..

Nak tau ape jadi lepas tu?

Muka aku non stop ada je jerawat baru tumbuh EVERY WEEK dan terkadang EVERYDAY!!

Serious tak pernah camni..=(

Aku tak tau nak pakai pencuci muka apa or bedak apa untuk hapuskan or lindungkan*cehh* jerawat aku ni..

Sebab aku TAK PERNAH pakai pencuci muka..Bedak?Aku kalau mak aku dah PAKSA DAN MARAH baru aku pakai..Itupun secalit je..Tak suka pakai benda2 ni=(

Moral Of The Story>JANGAN EJEK ORANG YANG ADA JERAWAT..
Nanti jadi cam aku..Dari tak pernah pikir nak pakai pencuci muka dengan bedak ape..Dah kena pikir plak sekarang ni..=(



Korang pakai pencuci muka ape?Bedak jenis ape?Jenama?Ada ke bedak berjenama?Serious tak pernah beli bedak or pencuci muka sebelum ni~

Senang2 pakai jerr la kan GARNIER MAN yang abang aku punya tu?
Ada effect tak?Hahaha~

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Soalan Annoying Yang Aku Jawab=P


Nak tau satu perkara?
Saya TAK 0N9 SELAMA 3HARI..
First time dalam sejarah hidup saya..Tak pernah begini..
Perasaan bila tak on9..??
Hari2 merengek..menangis kat mak suro betullkan komputer ni..
Komputer ku rosak..hee..Tapi dah elok dah=)

Hari pertama berblogging*cehh* saya baru tau telah di tag oleh NIEYSASYAHIRAH~

1. pernah makan maggi tak ?
Op course la pernah..Espicially bagi sape yang pernah duk hostel..Betul tak saper yang pernah duk hostel tu?HAHA~

2. sedap kan maggi ?
Kau tanya sedap ke tak?Sedap la~Kalau tak buatpe nak makan..Palng sedap bila makan lepas exam..Serious..

3. awak suka maggi ?
Pehal tanya soalan ni banyak kali ma~Suka la~Tapi tak bermakna aku CINTAkan maggi tu..haha=P

4. awak tengah gosok gigi ke sekarang ni?
Jadahnyer nak on9 sambil berus gigi..Takkan aku nak bawak monitor+cpu dalam toilet..Lain la kau kaya kan..Ada komputer LCD kat dalam toilet..HAHA~

5. McDonald or KFC ?
Saya pilih KFC..Saya xsuka McDonald..
Tak sedap CHEEZY WEJES KFC lagi sedap=)

6. Buku apa yang paling awak tak suka? *tengok pun menyampah.
Tak ingat tajuk buku tu..Tapi buku tu pernah dipegang dan dibaca oleh cikgu Khairul Anwar kite..Cikgu praktikal tu..Buku tu TIADA GAMBAR,TULISAN KECIL..
Aku tengok muka depan je..Dah nama cikgu Sejarah kan..

7. awak ada blog ?
Ada blog?Sekarang ni aku tengah tulis kat dalam lubang hidung kucing aku weyh..Mestilahh ada kalau tak nak watpe tag aku~

8. awak pernah kentut tak ?
Heh,Setiap hari..Ehh jangan gelakkan aku plak..Macam korang tak pernah kentut..kENTUT tu maknernyer normal..haha~

9. henfon pertama awak public phone ke ?
Tak..Telefon mainan..hehe~

10. awak boleh bernafas tak ?
Aku tak boleh bernafas weyhh..Kau tak perasan ke aq xde lubang hidung?hahaha~

11. apa kepentingan internet kepada manusia ?
Hang manusia kan?Lu pikirlahh sendiri..haha~Penatt nak jawab dah~


Annoying tak soalan die?Disebabkan aku "SAYANG" kau kawan aku jawablahh jugak..HAHAHA=p Sorry malas nak tag aku banyak kerja ni*cehh*


p/s>CPU aku kena format balik..Habis sumer benda hilang kena download balik..Arghh!!Tertekan jiwa raga~Naseb baik cuti seminggu=)
Korang cuti tak??hehe=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#4 WANITA CANTIK=)



NAFSU mengatakan wanita itu cantik pada paras WAJAHNYA.

AKAL mengatakan wanita itu cantik pada ILMU & KEPANDAIANNYA.

HATI mengatakan wanita itu cantik pada pegangan AGAMA/ISLAMNYA.

Pilihlah yg mana satu nescaya itulah yang kita akan dapat. :-)




p/s>Otak aku dah tak muat untuk masukkan sgala bnda pasal biology..
Otak aku 2gb je..haha!!


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#6 PEREMPUAN&LELAKI!!

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA=)



*tidak semestinya tudung labuh*




p/s>Ramai yang kata MATHEMATICS MODEN lagi SUSAH dari ADD MATH..
Sepatutnyer MATH MODEN lg senang kan2?Add math yang susah kan?

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jarang Tonton TV=(

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA=)

Serius Tahun ni JARANG aku melekat depan tv...
Hanya waktu tertentu je yang aku melekat kat tv..Dan tak bergerak=)
Nak tau cerita apa yang buat aku sampai tak bergerak??

Tiga cerita ni memang aku setia sejak kecil lg..cewaahh~~
Tak pernah miss~Serius=)


Ni dua cerita terbaru yang menarik perhatian..
Korang suka tak drama ni?
Aku suka bila HERO berlagak HERO..Macho la gak~

Cerita ni pulak aq tengok bukan sebab jalan cerita die best..
Sebab HERO DIE HENSEM,TOUGH,BERANI semua la kat die=)
Suka laki camni..Cewahh..Puii..Geli siott nak cakap camni=P

Cerita apa yg korang tak pernah miss untuk tengok?
Ceciter2..Nak tengok gak..hehe=)



p/s>Semalam korang perasan tak blog aku menjadi pilihan BEN ASHAARI?
Serius~Terharu dan tak sangka..haha~
Tak tau lagi?Meh PERGI SINI<--click


Dah Baca? Like dan Comment la =)

JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT

ASSSAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA=)

:..CARTA DOSA JASA ANDA DI DUNIA, ANUGERAH ANDA DI AKHIRAT..::


Ingatan buat diriku yang selalu terlupa...


1. MENINGGALKAN sembahyang - ULAR SAQAR sedang menunggu.

2. MELEWAT-LEWATKAN sembahyang - NERAKA WAIL sedang menganga.

3. MERINGAN-RINGANKAN syariat - Mendapat pandangan MURKA Al-Jabbar

4. MENGUMPAT peribadi orang - GUNTING neraka sedang diasah

5. MENYEBARKAN gossip atau fitnah - DURI-DURI menanti anda di taman neraka


6. Tidak MENJAGA pergaulan -LIBASAN api neraka dijanjikan


7. Tidak BERAKHLAK dengan manusia -KEMURKAAN Allah bersama mu..


8. MENYAKITI hati orang dengan lisan- MASUKLAH mana-mana pintu neraka


9.Meringankan AMANAH - Angkatlah SEBERKAS kayu dari neraka


10.BERSANGKA BURUK - AMALAN BAIK diambil orang




p/s>First saya mengatakan sejarah tu susah..First time gak target sejarah kali ini sekadar LULUS..Ini balasan malas belajar kodd..hehe^_^

Dah Baca? Like dan Comment la =)

9 SITI Yang Patut Dijadikan Contoh=)

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera


Adakah anda tersenarai??


1) Siti Khadijah

- Beliau merupakan isteri Rasulullah s.a.w yg melahirkan anak2 Rasulullah, setia dan menyokong Rasulullah walaupun ditentang hebat oleh org2 kafir dan musyrik, menghantarkan makanan kpd Baginda ketika Baginda beribadat di Gua Hira'.


2) Siti Fatimah

- Anak Rasulullah yg tinggi budi pekertinya. Sangat kasih dan setia kpd suaminya Ali karamallahu wajhah walaupun Ali miskin. Tidur berkongsikan 1 bantal dan kdg2 berbantalkan lengan Ali. Rasulullah pernah b'kata aku takkan maafkan kamu wahai Fatimah sehinggalah Ali maafkan kamu.


3) Siti Aishah

- Beliau isteri Rasulullah yg paling romantik. Sanggup berkongsi bekas makanan dan minuman dgn Rasulullah. Di mana Nabi s.a.w minum di situ beliau akan minum menggunakan bekas yg sama.

4) Siti Hajar

- Isteri Nabi Ibrahim yg patuh kpd suami dan suruhan Allah. Sanggup ditinggalkan oleh Nabi Ibrahim atas suruhan Allah demi kebaikan. Berjuang mencari air utk anaknya Nabi Ismail (Pengorbanan seorg ibu mithali).


5) Siti Mariam

- Wanita suci yg mmg pandai menjaga kehormatan diri dan mempunyai maruah yg tinggi sehingga rahimnya dipilih oh Allah s.w.t utk mengandungkan Nabi Isa.


6) Siti Asiah

- Isteri Firaun yg tinggi imannya dan tidak gentar dgn ujian yg dihadapinya drpd Firaun Laknatullah.


7) Siti Aminah

- Wanita mulia yg menjadi ibu kandung Rasullullah. Mendidik baginda menjadi insan mulia.


8) Siti Muti'ah

- Isteri yg patut dicontohi dan dijanjikan Allah syurga untuknya kerana setianya kpd suami, menjaga makan minum, menyediakan tongkat utk dipukul oleh suaminya sekiranya layanannya tidak memuaskan hati, berhias dgn cantik utk tatapan suaminya sahaja.


9 ) Siti Zubaidah

- Wanita kaya dermawan yg menjadi isteri Khalifah Harun Al-Rashid. Sanggup membelanjakan semua hartanya utk membina terusan utk kegunaan org ramai hanya niat kerana Allah s.w.t.


Renung2kan dan Selamat beramal=)



p/s>Esok exam Sejarah!!Camner ni??Banyak benda tak masuk dalam kepala otak aku ni?Camner laa orang lain boleh muat
10 bab dalam kepale otak dengan mudah?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tak Suka Restoran Sebegini!!!

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA


Restoran yang aku akan pergi kali PERTAMA dan kali TERAKHIR~

1> Pelayan dia KUKU PANJANG..

2> Pemasak dia rambut panjang tapi TAK IKAT RAMBUT..

3> Potong something TAK PAKAI PLASTIK..
Espicially pembuat roti canai dan seumpamanya..



Restoran yang aku tak kan beli dan xkan masuk lagi tempat tu..

1> Bebas Merokok di situ..
Cuba korang bayangkan makanan die terbuka..
Then kat situ penuh orang merokok..Pasti ada angin yang bawa asap tu ke dalam makanan tu..Tak tau la kalau ada yg tak kisah..
2> Owner dia Bukan Islam..Walau aku lapar camner punn aku sanggup minum air kosong dari beli makanan kat situ..Walaupun pemasak dia Islam=P
Perkara yang shubhah(ragu2) baik dielakkan=)

Ini pendapat aku je la..Korang camne?Ke korang tak kisah asal kenyang?


p/s> Korang makan chicken chop pakai tangan kiri ke??
Salah ke aku cakap aku pakai tangan kanan??
*Aku potong habis dulu semua ayam tu untuk mengelakkan makan tangan kiri..Salah ke?*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Aku Paling Susah Kat Selangor ni~


Aku pikir aku paling susah kat Selangor ni~
Semua kepayahan terletak pada aku~

Tapi bila aku pandang dunia luar ada yang lagi susah dari aku~
Aku ni sangat senang kat dunia ni~

Aku tak perlu BEKERJA untuk tampung keluarga..
Umur sebaya aku dah ada yang bekerja untuk SARA KELUARGA~

Aku pikir aku je yang mempunyai abang dan adik yang sangat sengal aka menyakitkan hati~
Rupernyer ada yang lagi teruk dari tu..

Aku baru sedar betapa bertuahnya diri aq punya abang2 dan adik2 yang sengal macam tu..
Alhamdullilah parents tak pernah bergaduh dan tiada penceraian dalam keluarga aku..
Alhamdullilah adek beradik aq xde penagih dadah or masuk penjara=)


Yang pasti aku tidur ada bantal dan tilam+kipas wlaupun xde aircond tetap sejuk=)
Aku makan dan minum stiap hari..
Aku pakai baju setiap hari and every month ada baju baru~



Saper2 yang pernah merasa cam aku nii...
Baek kau "keluar" dari dunia korang~
Kadang2 kawan yang kita sangka senang dan berkemampuan itulah yang paling susah~
Hidup keluarganya tunggang langgang~



p/s>Ada sesetengah orang suka pakai muka orang lain kat facebook die..
Tak Malu ape??Bila orang puji gambar tu dengan muka sengal kata TERIMA KASIH..
dan kata die tak curi muka orang~Padahal tu bukan muka sendiri~
heyy tolonglaaa memang xmalu betull klau ada manusia camni~

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#3 LABUR DOSA

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA=)


Bergambar dengan pasangan yang belum ada sebarang ikatan syarak dengan gaya

duduk bersebelahan dengan rapat, berlanggar bahu, berpegangan tangan, dan

sebagainya yang bertentangan dengan syariat Islam lantas dimuatnaikkan ke

Facebook adalah merupakan satu investment (pelaburan) dosa yang ''bijak''.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#5 DAYUS&AURAT

ASSALAMUALAIKUM & SELAMAT SEJAHTERA=)







p/s>saper ade freebies atau ape2 je la..bagitau ek..nak promote kat bahagian TUTORIAL..akan dikreditkan pada blog anda..jangan risau^_^..Letak link freebies anda di TUTORIAL tu ye=)Comment di entri ni pun xpe=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015