Kegilaan Terhadap Drama Korea!!



Musim cuti sekolah ni kegilaan aku terhadap korean drama
semakin menggila*cehh ayat*..
Kalau lagu tak sangat or KPOP..Just sekadar dengar then habis~

Tapi drama korea ni berpuluh kali tengok pon tak bosan2..
Sama macam cerita PRamlee..Kan3??
Aku selalu tengok cerita PRamlee sejak sekolah rendah lagi sampai sekarang=)

Dalam banyak2 pelakon2 korea ada SATU je yang aku minat dan boleh membuatkan aq menjerit bila tengok muka die..hehe=)
Aku rasa macam nak jerit je tengok muka senyum dia..
ARGHHH(sambil tekup mulut dengan bantal)..
Saper tak kenal BELIAU yang AMAT COMEL ni?Angkat tangan?

Dah tak elok jerit lama2..hehe=)
Ekceli aku dah download 7 drama korea dan simpan kat dalam komputer rumah..
Nak tau apa jadi beberapa minggu lepas??

Komputer aku ROSAK dan PERLU DIFORMAT BALIK..
Apa silapnya aku disini?KESALAHAN BESAR AKU??
Aku lupa cakap kat auntie cina tu "BUAT BACKUP YE"...

So sekarang ni aku dah tawar hati nak download lagi..
Aku pinjam je VCD orang lain..Hahaha..
Heyy!!Aku menangis tau sebab kelupaan aku tu...
Beratus episod aku dah download belum masuk yang PART die lg~

Selepas aku update benda ni banyak jugak aku jumpa
blog kisah pasal korean drama ataupun kpop=)

SIS KHALILA pun ada jugak kisah die dengan korean drama=)
BROTHER KHAIRUL AKMAL juga ada meluahkan kisah KPOP di blognye~
SYAFIQ AHADIN cerita tentang ASIAN MUSIC AWARD2011..Tentang KPOP juga~

Aku minat macam tu je ok..Takdelah sampai obses sangat..Sekadar untuk mengisi masa cuti sekolah=)


p/s>Semakin bertambah hari cuti sekolah Semakin bertambah jerawat kat muka=(


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen | 10 Perkara Pelik Tentang Saya By Cekbolat


Nak MPV FREE?Klik SINI<--klik


Klik banner kalau nak join=)

10 Perkara pelik ye?Berfikir sejenak..hehe=)

1) Suka beli kasut dari beli baju..Terkadang sampai orang perasan itu baju yang aku pakai 3tahun lepas..=)

2)Tak reti makan ketam..Walaupun selalu jugak mak aku masak masakan ketam~

3) Tau tak air peel freah yang kotak tu..Aku tak reti bukak tapi suka beno minum..Setiap kali nak beli kat koperasi sekolah budak koperasi tu dah tau aq memang xreti nak bukak so dia tolong bukakkan*tiada bayar lebih*..Sweet x?hahaha~

4) Pada waktu cuti sekolah jika kena bangun awal sekiranya ada hal contohnya kena bangun pukul 7.30 aku takkan tidur semalaman sebab takut bangun lambat~

5) Aku takkan makan sekiranya nasi aku tu tiada kicap..
Sanggup berlapar dari nasi xletak kicap-,-

6) Hari2 kena makan choki2..Kalau tak aku akan menangis dan merajuk..hehe~
*walaupun umur dah 16tahun*
7)Aktiviti pertama selepas bangun tidur ialah tengok tv walaupun masa tu pukul 6 pagi..
Lepas tu baru pikir nak buat ape lepas tu~

8) Saya akan merajuk 5minit dengann kawan saya kalau tak dapat selesaikan soalan add math..
Kawan aka sifu add math aya..hahaha~

9) Takkan boleh tidur awal kalau time cuti sekolah..
Tapi paling awal tidur time sekolah lepas solat isyak terus tidur..Tak mau buat homework~

10) Suka panggil adik2 saya dengan panggilan pelik2..Pernah panggil adik aku SIPUT~
Aku pon tak tau kenapa aq panggil die siput~Kesian adik2 aq..hehe~




Pelik ke?Rasa macam tak je?Ke sebab dah terbiasa..hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Apa Itu BE,ME, CAMPAIGN NUFFNANG??



Orang lain gembira dapat BE..Aku gembira dapat kempen je..Hahaha~
Pernah dapat BE sekali je pastu tak dapat dah~Apa pun thank you NUFFNANG=)


So di sini nak cerita pada newbie or sesiapa yang tak tau pasal tiga benda ni iaitu
BUFFERED EARNINGA,METERED EARNINGS dan KEMPEN=)


Buffered earnings(BE) – Impression yang dibeli oleh advertiser pada sesebuah blog itu bergantung pada traffik blog tersebut.Lagi tinggi traffik blog tersebut mungkin akan menarik advertiser untuk letak bil iklan (impression).

Metered earnings(ME) – Himpunan ataupun jumlah nilai kempen buffered yang telah tamat tarikhnya.

Kempen/Campaign – Pendapatan anda diperoleh berdasarkan setiap bilangan klik unik oleh pengunjung unik anda terhadap unit iklan yang memaparkan kempen iklan CPC. Pendapatan anda akan dikredit ke dalam akaun selepas 3 hari kempen CPC tamat. Kempen CPC akan tamat apabila ia telah mencapai sasaran maksimum bilangan klik. Sekiranya blog anda memaparkan iklan CPC tetapi tidak mendapat sebarang klik, maka tiada pendapatan akan diberikan.



Ramai yang mengatakan nak dapat BE nuffnang susah..Aku pun rasa cam susah jugakk.hehehe..Yang terbaru yang dah berjaya cashout duit nuffnang dengan jayanya ialah ARELIFF..Pi korek rahsia die..haha=)

Tapi kalau CHURPCHURP serius senang=)Nak daftar CHURPCHURP TEKAN SINI..
Cara nak sign up churp2 Tengok kat ENTRI INI<--click
Rajin2 la klik churp2 saya ye..Dapat pahala pe bagi rezeki kt orang lain..hehe=)

Saper2 yg pernah dapat BE beriban tu tolong2 kongsi ye=)





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cuti Sekolah Buat Ape???


Cari pasal dengan adik beradik..Best!!Haha~

Main burger rush walaupun dah 10 kali main benda sama..

Blakshot..Walaupun selalu kalah aku tetap setia=)

Tengok CD korean drama..Dah tengok banyak kali tetap nak tengok..
Full house,Personal Taste,Pasta,My Girl dan lain2=)

Badminton pada waktu petang dengan adik lelaki..
Tapi yang peliknyer aku tak pernah menang..Cehh~


Ini 5 aktiviti yang utama di musim cuti sekolah tahun ni~
Belajar mana?Ada juga tapi tak masuk aktiviti utama..Hahaha=)


Ehh jap lupa nak cakap..Blog aku telah direview oleh BROTHER SYAZWAN=)
Gue tau lu lagi tua dari gue tu gue panggil brother..hahaha=)
Terima kasih sebab review blog..
Sorry ye brother tak dapat nak ajar buat header transparent..hehe:D


Korang pulak buat ape?Mana tau ada hobi yang unik=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Duit ChurpChurp~~


Sebelum baca KLIK SINI..


Churp2 ni lebih kurang sama dengan nuffnang,heartbeat dan lain2..
Just Churp2 ni ni die selalu update=)

Dah daftar belum?Belum?Kenapa belum?
Klik KATSINI<--click

Nak daftar pula=)

1)Sign in guna FB
2)Masukkan email dan password FB anda
3)Click ALLOW
4)Ikut steps kat bawah ni ye=)

i)Authorize with Facebook..
ii)Authorize with twitter..Kalau takde SKIP je=)
iii)Isikan maklumat diri dengan betul ye=)

iv)Dah siap..Klik DASHBOARD kat atas tu ye=)

Kat DASHBOARD tu akan ada campaign2 yang dishare kan..Korang tekan SHARE THIS/KEEP SHARING then tekan CLICK TO COPY...

Seterusnya nak minta jasa baik korang klik kat link kat bawah ni ye..Plizz=)



Untuk menambahkan earning korang perlu lah share campaign2 tersebut..Sekali klik akan dapat rm0.20-rm0.40..Kalau share kat friends pula akan dapat rm1.00=)

Sebenarnya rahsia paling besar ialah anda perlu ramai folower twitter dan facebook agar mudah iklan tersebar menerusi laman sosial tersebut..Lagi ramai lagi bagus=)
Apabila network dah besar Baru senang nak buat promosi churp2 ni..Pasti berjaya..Kalau sikit lambat sikit la=)

Ramai yang dah berjaya dengan churp2 ni antaranya KU AZHAR..Pi tanya rahsia dia ye=)Itu yang aku perasan:D


Bagaimana nak tepek iklan tersebut dalam blog?Tunggu esok ok=)
Jangan lupa daftar KAT SINI tau=)





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Hadap Adik Degil~



Kadang2 memang takde niat pun nak marah adik sendiri..
Tapi nak buat camner?Kalau dah kurang asam sangat~

Kadang2 terpikir juga kesian adik aku kena marah dengan aku..
Tapi nak buat camner?Kemarahan tak tertahan..*cewahh ayat*
Sekarang ni pulak abang aku pulak suka carik pasal..
Disebabkan dia abang aku ikut je la cakap die..Walaupun menyakitkan hati..
Tak bertimbang rasa betull abang aku ni..
Last2 bila dah perang mulut..Aku yang kalah..
HEMPAS PINTU BILIK..HAHAHA!!!


Tapi mana ada adik beradik tak bergaduh yer kan?
Kalau ada tu silalah bagitau tau RAHSIA anda tu.haha=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Anugerah Blog & Blogger Paling Popular


NAK JOIN?KLIK BANNER~


Syarat2 contest kat bawah ni=)
Walaupun saya tau memang lagi ramai yang layak untuk menang or sertai benda ni apasalahnyer mencuba rite?Kalau ada yang perasan..Nama blog ni ialah LAYAR TRANPARENSI KEHIDUPAN..Siapa punya idea nama ni?Ini idea kawan aku dan aku punn tak tau sebab apa nama ini dipilih..hehe=)

Kat blog ni ada macam2 la jugak..Ada sikit TUTORIAL yang tak seberapa, TIPS2 BERBLOGGING, FREEBIES dari blog orang lain aku promotekan, KISAH PERIBADI dan ada sikit2 pasal KEAGAMAAN..So tujuan besar aku berblogging adalah untuk berkongsi segala ilmu yang aku ada walaupun sikit je kan..

Hrmm lagi2 nak cerita apa ye?Owhh..Kenapa warna oren?Saya suka2 giler2 warna oren ni..Serius..Saya mengimpikan bilik sendiri warna oren..Tapi tak direstui oleh ibu pulak so buat la kat blog..haha=)Header dan shoutbox tu sejujurnya bukan aku yang buat..Aku dapat free dari JULAYKA..haha=)Yang lain aku buat sendiri:D

Last but not least nak bagitau jugak pada dulunya saya spent untuk berblogging ini adalah selama 8jam..Kalau ikutkan hati nak lebih dari itu..Tapi sejak result exam yang "SANGAT BAGUS" aku try la nak kurangkan dan lebih kepada study=)

Contest ini mendapat tajaan dan kerjasama:
(visit mereka) :D

HADIAH BAGI PEMENANG AKAN DIUPGRADE SEKIRANYA BANYAK PENYERTAAN
hadiah:
-Video montaj perkenalan blog anda
-Headset
-USB 2.0 4-PORTS HUB

*Sekiranya anda bernasib baik anda berkemungkinan mendapat sebuah EXTERNAL HARD DISK/IPAD!!!!!! T&S




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#HATI SIAPA?


Kadang2 aku tak tau samaada perlu jaga hati sendiri or kawan kita..
Dan yang pasti terpaksa aku mensenyapkan diri je dari ada yang sakit hati~

Tapi kan ada yang cakap pendam tu tak bagus?
Kalau tak dipendamkan apa lagi yang perlu dilakukan?
Teringat masa zaman sekolah rendah..
Pasti ada yang minta biodata diri..Pasti ada part yang tanya saper kawan karib dan musuh rite?

Masa sekolah rendah bolehlah berterus terang~
Kalau masing2 ada akal fikiran yang matang lagi waras*cehh* ada ke yang nak berterus terang?

Macam tu jugak dengan keadaan diri sendiri sekarang..
Tak berani bagitau yang kita sedang sakit hati sebab takut orang lain sakit hati so simpan je la sakit hati tu dalam hati je~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

FASSTRAIN 3=)


Actually dah lama tak meng-hupdate blog ni~
Takde orang perasan kann..?cehh~Nak mengada plak~
Sebab utamanya ialah KOMPUTER+INTERNET ROSAK..
Aku pikir nak curik wifi jiran sbelah tetapi HAMPA..ceh~

Berbalik pada tajuk utama~
Selama 3hari 2malam saya pergi kem..
Percaya tak saya cuma perlu bayar RM35 HINGGIT SAHAJA~
Makan ENAM KALI SEHARI..Makanan2 die Sedap woo~

Dan yang paling pnting smua yang menghadiri kem tu ialah BUDAK U~
Hanya aku dan kawanku sahaja yang FORM4~

Serius masa nak bertolak pergi tu baru tau yang sumer budak U..
Nak tercabut jantung dan paru2ku~

Tapi ALHAMDULLILAH dengan harga RM35 tu aku dapat ilmu yang bukan sumer budak sekolah dapat..Yang paling aku tak percaya sampai sekarang..
Aku bentang hasil kerja kumpulan aku depan budak2 U tu sumer~

Pergh!!Mungkin bagi orang lain biasa je..Tapi bagi aku luar biasa~Sebab aku hanya berumur 16TAHUN nak bentang hasil kerja dan MENJAWAB SOALAN2 dari BUDAK2 U tu bukan senang tau~

Dan yang terharu giler2 nak mampus*cehh* segala idea yang aku berikan akak2 budak U tu terima dengan baik..
Ehh..Bukan senang tau aku yang FORM 4 ni nak bagi idea kat budak U..
Takut jugak ditolak sebab aku hanya budak sekolah..hehe~

Serius!!Itu satu pengalaman yang sangat berharga dan aku rasa bukan semua budak sekolah dapat rasa camtu..Modul die memang TAK SAMA dengan berpuluh2 kem yang aku pergi kat sekolah~Dan yang paling penting hanya perlu bayar RM35 SAHAJA 3HARI 2MALAM=)

Actually nak masukkan gambar sekali..But tetibe kamera rosak~
Ehh jap lupa nak cakap..Apabila dah menyertai kem itu maka dengan rasminya saya menjadi FASILITATOR ASA EXPLORE TRAINING & CONSULTANCY=)



Terkadang kita bayar beratus untuk
mendapatkan yang terbaik tapi last2 hasilnya hampa~


p/s>Nak study untuk cover subjek form 4..Tahun depan dah form 5..
Hadoyy~rasa cam nak patah balik jadi form 3~

Yeah MALAYSIA MENANG~Alhamdullilah~*tetibe*


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kutuk Blog Saya???Sukati Je~


Tajuk hanya gurauan=)

Alhamdullilah seramai 35 orang yang join SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA..
Dan saya telah tamat comment blog dorang malam semalam..hehe^_^
Disitu saya dah mewajibkan untuk comment kekurangan di blog saya..
Antara yang saya dapat ialah..
-SIDEBAR SAYA TU XNAMPAK TULISAN(dah diperbaiki)
-SCROLL BAR TU TAK TAU MANA JANTAN AND BETINA
(saya dah cuba tukar tp tak tertukar pon...tolong saya~)
-TULISAN DI ENTRI KECIL
(saya dah tukar kpada verdana dan spatutnyer die membesar tp bila dah publish fie jadi kecil juga..tolong saya)
-WIDGET TERLALU BANYAK(saya dah buang salah satu bloglist saya)

Itu lah yang majoriti cakap..
Ada juga yang lain2 tu saya tengok dan saya akan pertimbangkan=)

Apa yang saya comment di blog dorang tu?

-Header dan Background yang sesuai dan menarik
-Susunan widget/sidebarand widget yang perlu diletak
-Entri dr segi tulisan..ejaan(short form)..tajuk yg meletop and jenis entri
-cara nak cepatkan loading blog
-comment box and lastly nasihat dari saya=)

Apa aku hebad sangat ke nak comment blog orang macam tu sekali?

Saya just nak nasihat untuk memperbaiki kekurangan blog mereka..Walaupun saya tak sehebakk blogger2 yang femos tu..Sekurang2nyer saya cuba nak sampaikan pendapat dan ilmu saya sbagai seorang blogger=)Bukan saya je yang comment blog dorang..Mereka pon ada comment pasal blog saya..Terima kasih bagi yang telah jujur dengan saya=)

So dari segmen ni masing2 akan perbaiki kekurangan masing2 yer dak yang kadang2 kita tak perasan=)Saya rasa hanya saya je yang buat segmen ni kan3?..HAHAHA(gelak gelabah)..


p/s>Saya baru je join churp2 minggu lalu..Baru berapa sen je..
Sedekahkanla click korang kat sidebar tu or TENYEH SINI..KLIK SINI..=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Aku Belagak Sangat!!!


Aku berfikir tusyen akhir tahun ni akan cover balik yang form 4..
Rupernyer TIDAKKK!!!
Dia akan terus ke subjek form 5=(

Menyesall dengan diri sendiri yang terlalu yakin dengan diri sendiri bahawa boleh belajar sendiri subjek kritikal spt ADD MATH,FIZIK, dan KIMIA..
Last exam markah cukup makan je..cehhh..
So sekarang nak buat camner??

Terpaksalahh aku bukak buku rujukan menelaah pelajaran dan faham betul2
sebelum bulan 12 depan!!

Naseb baik jiran sebelah aku ni pandai dari aku..
So akan ku jadikan dia mangsa jadi guruku yang tak berbayar..HAHAHA!!

So nasihat gue*cehh* kepada yang bakal amik pure science tolong la jangan terlalu yakin boleh belajar sendiri aka belagak dengan diri sendiri*aku la tu*
Last ia akan makan diri sendiri balik=(
Duk asrama lain citer ok~


Tak sangka aku dah semakin tua..Tahun depan FORM5..??
Rasa macam masa ni berjalan teramat cepat sampai aku masih tak puas merasai nikmat hidup zaman remaja..cewaahh ayat gelabah je~


Rasa takut menguasai diri bila terkenang kan tahun depan nak Spm..
Dah la nak study..Kbye..



Ehh jap agak2 boleh update blog hari2 ke kalau dah spm?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA

CERITA TERBARU SCROLL KEBAWAH YE=)

Ini khas untuk folower bawah 200=)
Yang lebih tu kalau rasa nak join pun boleh jugak=)

Dalam segmen ni saya akan beri pendapat
untuk menambahbaikkan pengisian blog korang
dan korang juga kena komen tentang kekurangan blog saya dan bagi apa saja pendapat yang terbuku dalam hati..cewahh~
Kalau boleh biar JUJUR..Saya terima kritikan dan nasihat..
Saya juga akan begitu juga terhadap korang=)

Ini akan boleh MENAMBAH PEMBACA DAN FOLOWER=)

Untuk join:-
1>Buat entri "SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA" dan
tepekkan header saya dan linkkan ke entri ini=)(WAJIB)
2>Dalam entri tu berikan segala pendapat tentang kekurangan blog ini..
Cakap apa yang terbuku dalam hati..Kena JUJUR=)(WAJIB)
CONTOH>Blog Farhanah ni berat~Lambat loading~

3>Link kan entri korang kat sini ye=)(WAJIB)

4>Tak kisah nak follow atau tidak..Follow biar ikhlas yer dak?(HARUS)

5>Segmen ini ditutup apabila dah 100 orang menyertainya=)



Klik tau..PLIZZZ~

Dah Baca? Like dan Comment la =)

FORM 4 PAKAI BUKU DARJAH 4???


Awokk nak tau tak..Result FINAL EXAM untuk ENGLISH saya sangat teruk=(
Tapi memang sejak darjah 4 tak pernah dapat A English..haha~

So aku pun pergi la tanya teacher yang aku sayangi tu..Sambil berkata~
"TECER,CAMNER NK BAGI MARKAH SAYA NI UP BNYAK..DAH EMPAT PEKSE SAYA LALUI MAINTAIN JE~KALAU CAMNILAH GAK SPM TAUN DPAN..XPASAL2 SAYA KAWIN JERR TERUS KANG..KE TECER YG KEDEKUT MARKAH..HAHA GURAU2"

So tecer gue cakap macam ni la~Gue pendekkan~
1)Yang karangan ni awk kena bnyak baca karangan english..untuk tau dan biase dengan structure ayat die camner~
2)Dah dapat perkataan baru..PAKAI DIA SELALU~Kalau tak kompem lupa~
3)Grammar awk pon agak teruk..hehe~
4)Bnyakkan latihan untuk kertas satu..
Jangan ingat subjek sains je kena wat latihan ye=)

So semangat la aku baca READERS DIGEST..Buku English
siap DUA KAMUS TEBAL ok~

But you know what..Baru ayat kedua aku dah sangkutt..
Lalu ibuku punn berkata"Penadd aku hantar kau skolah..Adik hang punn tau ni peribahasa"
Mestilahh aku pelik..BUTTERFLY IN STOMACH..Terkejudd la baca..
Almaklumla..First time jumpa bnda ni..HAHAHAHA~

Oklahh kan tecer aq cakap grammar aku teruk...
So gue bermula la dari bawah balik untuk belajar grammar~Jangan GELAK ye=)
Sukati la nak pakai buku DARJAH BERAPA~
Asalkan nak dekat2 juga no die..Aku FORM4..Buku tu untuk YEAR4~HEHE~


Ok siapa yang HEBAKK ENGLISH sila jadi GURU FREE saya ye..Datang Bangi ok=)
Hahaha~Sepatutnyer anak murid cari cikgu kan?

Takpun sila kasi tips lain untuk hebakk dalam buat karangan 350 patah perkataan..
Aku tau berlambak yang A+ English SPM rite=)


p/s>Saper yang nak join SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA<--click..Masih dibuka untuk folower 200kebawah..

Awokk2..Pleasee KLIK SINI..TENYEH SINI..TEKAN SINI<--
Klik tau..terima kasih=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ohh Saya je Islam..Korang tak??


A>Kenapa ye perlu pakai longgar2 macam ni..??
Ooooo kau ni kan budak arab..

B>Kenapa ye kau pakai tudung labuh camni..
OOOOOO..kau ni kan budak agama..
Maka aku punn menjawab..

OOOO..Budak yang sekolah agama jerr la kena ikut apa yang Allah surohh..
Yang tak pernah sekolah agama memang hukum dia HARUS~
Budak Skolah agama WAJIB gitu?
Bukan Allah suruh pada semua orang Islam ke?
OOOO..Aku je ke yang Islam kat sini??

p/s>orang cakap widget ku terlalu bnyak..apa yg patut dibuang ek?
tak tau nk buang yg mana..sbab sumer tu penting..hehe=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#UNTUNGLAA SAYANG!!


orang kata UNTUNGLAA ADA ORANG SAYANG~
UNTUNGLAA ADA BF/GF~

Kata saya>Apa yang untungnyer jika SAYANG itu MENAMBAHKAN DOSA..
Apa yang untungnyer jika hari2 dosa masuk FREE?

Tak paham aq~Sila bagi jawapan yg tepat untuk soalan saya tu-,-


p/s>Aku nak buat segmen untuk folower yang 200 ke bawah~
Aku akan komen apa yg boleh diperbaiki dalam blog tu spya jadi lbeyh baik=)Agak2 ada tak yang nak join?

Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#8 ALHAMDULLILAH JATUH??



p/s>Wehooo exam dah habis..Jom jemaah makan meggi=)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bersangka Baik lahhh~~


Itu ialah biasa rungutan yang biasa didengari..
So topik kita pada hari ini ialah BERSANGKA BAIK DENGAN ALLAH
*Cewahh macam ape je..haha*

Aku selalu kata kat kawan2 aku THINK POSITIVE/POSITIVE THINKING~
Itu trademark aku setiap hari..haha~
Kawan2 aku sumer anggap itu adalah kata2 gurauan or mainan sahaja~

But actually itu ialah kebenaran dan apa yang aku fikir itulah yang akan terjadi..
Tapi ramai tak sedar..hee~

Contohnya~
Kan sekarang selalu hujan waktu..Aku ni selalu jugak stayback kat sekolah hingga pukul 5petang kadang2..Walaupun dalam beberapa jam or minit sebelum nak balik hujan rintik2 or nampak memang orang akan agak hujan..

Aku fikir satu je..Allah PASTI LINDUNGI aku sampai aku sampai ke rumah..
Then bila aku dah masuk pagar rumah,Memang tepat2 hujan turun DENGAN LEBATNYA..

Kawan aku semua cakap ini kebetulan..Bagi aku ni bukan kebetulan sebab benda selalu terjadi bila aku kena stayback kat sekolah..Ia juga terjadi pada ayah aku..=)

Tapi ingat Allah selalu melindungi hamba dia yang berada di tempat yang benar..
Maksud aku..Kalau lepak2 kat shopping mall tu nak harap Allah dengar doa kita..
Aku rasa TIDAK AKAN BERLAKU..

Buktinyer..Aku lepak dengan kawan2 aku pada suatu petang tu..Tak sedar jam pukul berapa..Dah la lambat nak dapat bas/teksi..Jalan SESAK GILERR..Last2 balik kena marah dengan parents lagi sebab balik lambat.

Banyak sebenarnya contoh..For me la~Allah akan bagi pada apa yang kamu sangkakan..Aku rasa ada hadis pasal benda ni..Dan baru jumpa hadis ni time nak update benda ni~

So lepas ni bersangka baik dengan Allah ye..Dalam peperiksaan pun camtu jugak..Tapi lain sikit.. USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN

Betul tak apa yang saya cakapkan ni..Pernah tak terjadi pada korang sumer?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015