Cerita Aku Tentang Follower=)



"Follow saya dulu baru saya akan follow awak"
"Nak blog anda saya follow?Follow blog saya dulu"
"Saya dah follow awak..follow saya balik tau2"


Pendapat aku la walaupun kita masih baru dalam blog ni tak payah la buat ayat cenggitu..For me la annoying kodd~
Percayalah~Kalau camtulah orang2 yang follow die
takkan datang balik blog kite~


Aku masa mula2 dulu pon time folower 10 kebawah TAK PERNAH buat ayat camtu..Biarlah orang follow kite sebab die memang tertarik dengan entri yang ada dalam blog ni..Itulah yang dinamakan follower berkualiti..haha~

Kat SEGMEN>SAYA KOMEN BLOG ANDA aku dah banyak bagi tips bagaimana nak tingkatkan kualiti sesebuah blog tersebut..


Bagimana nak buat orang follow blog kita tanpa guna ayat tersebut??

Tingkatkan kualiti entri blog kita..Pelbagaikan jenis entri..Pergi blog2 yang femes dan tengok apa yang boleh kita contohi dari blog mereka..Perbaiki kekurangan blog kita..Tengok kat SINI untuk lihat
bagaimana nak perbaiki blog kita=)
Cuba korang bayangkan nak orang follow tapi blog kita biasa2 je dan terkadang memang tak patut difollow..Itu kena muhasabah diri sendiri..

Macam blog kau bagus je kan nak nasihat orang?

Aku pun ada minta nasihat orang lain dan komen kelemahan blog ni dalam SEGMEN INI..Dan perbaiki kelemahan tu dan aku ada cerita KAT SINI..


So kesimpulannya di sini..Tak payah buat ayat annoying tu..Banyak cara nak tarik folower..Yang penting tingkatkan kualiti entri..=)Bukan follower tu tak penting just bukan dengan cara ini je=)

Folower tu tak menarik trafik pong~Yang pentung folower berkualiti bukan folow sahaja..Apa guna folower beriban tapi trafik tak cecah 1K~
Itu maknernyer blog kita belum cukup bagus lagi~

Aku dengar button follower tahun depan dah takde~Betul ke?
Apa jalan penyelesaian untuk ini ek?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

13 Kata-Kata Pujangga:

Ku Azhar said...

waaa...dh xde? T_T :p hehehe

amrlaqm said...

ya betul tu.. biarlah org follow kita sbab dia tertarik dgn entri kita.. hehe ^^

Siti Nurazlinda said...

nak buat acano kan? kalau tak follow kang kata kita ni blogger sombong. bajet retis lah apa lah. haisshh, kalau follow pulak nampak sangat follow terpaksa. tak ikhlas. linda rasa separuh daripada follower linda tu semuanya tak ikhlas belaka :)

_mauhaha_corner said...

salam..yup..bergantung pada niat seseorang..blog untuk kepuasan hati atau untuk femes..hehe..:))
yg penting menulis dari hati..insyallah..:))

Khai_Sol said...

Em,ada jugak yg say mcm tu at my shoutox..Tp kita tgk kalo blog dia and entry ok,baru follow..tapi selalu kalau blog yg kita follow kita bgtau cmni je.. FOLLOWED dkt shoutbox dia..

EmpayarUtama said...

Ikut logik pun, follower ribu riban tu betul ke tengok apa yang diposkan oleh blogger yang difollow tu? Follow untuk apa yea?

FarhanahAdzlan said...

@EmpayarUtama mcam2 tujuan sebenarnye orang folow tapi jnganlah folow sebab nak folow balik tu memang xkena=)

Helmet Putih said...

Menarik ... aku xberani nak buat gitu sebab segan ...

Khuzrin Kamarudin said...

Ye.. semakin ramai yang jelak.. makin ramai yang buat... hahaha..

Unknown said...

Niena singgah sini ..

Betul2 , Niena setuju ..

Khairi Fakhri said...

love this entry! aah, kenkadang memang annoyed gaak bile tetibe spam kat komen mintak follow la ape -.-

Myra Azraff said...

stuju sesangat.ape guna follower giler banyak tapi kite yg x up2...entri pon x brape nak menarik kan..tu yg kene berusaha.dah follower ramai kene la act pon setaraf dgn jmlah2 follower tu..buat stakat terkejar2 follower je kan,kan,kan,
'FOLLOW YOU,FOLLOW ME BACK'kejadah.

Shazwan: said...

btol2. setuju. follow biarlah ikhlas.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015