Sikit2 Nak Condemn..Ceyyy~


Disebabkan tahun ni aku jadi MT(ahlimajlistertinggi) so sudah pastilah aku akan dapat mendengar dan perlu meihat segala tingkah laku anak2 buah aku~ceyy geli nak sebut~hahaha~

Mula2 tu malas nak pikir..Bukan masalah aku kan?Tapi disebabkan kawan sekelas sebelah tempat duduk dalam kelas aku ni pengerusi sudah pasti la ada je masalah yang cerita..Disebabkan aku ni malas nak dengar masalah dia aku pun cepat2 la setel masalah tu dengan dia..hahaha~
Dari awal2 interview budak2 pengawas baru dan mensyuarat telah diberitahu dengan tegasnya apa yang tak boleh dan apa yang boleh jika hendak menjadi pengawas pusat sumber..

Tapi ada satu je peraturan yang budak2 aku tak suka dan tak leyh ikut~
Ape die?
DIHARAMKAN BERCOUPLE=)

I dont know why..dah diberitahu awal2 kalau tak mampu ikut segala peraturan yang telah ditetapkan Silalah dengan segala hormatnya letak jawatan..
Tapi hari2 aku tengok jugak muka hangpa..

Lepastu bila nama dah naik kat pihak atasan mulalah nak condemn sambil buat muka macam nak kena sepakan maut dari aku ni..

Haihhh pening kepala aku ni~Dorang ni exam pun straight D ada hati nak bercouple bagai..Kata penaik semangat la bagai~Tapi haprak pon takde..

Apa yang dinasihatkan oleh senior2(ceyhh) pasti ada sebabnya wahai adik2ku sekalian..Apabila anda telah dinasihati secara lemah lembut dengar dan ubahlahh..Bila korang dah besar form 5 dapat naik jadi jawatan tinggi baru korang dapat rasa apa yang kitaorang rasa..



Fikirlah dengan seWARAS2nya bila korang couple tu dapat ape?Pahala ke?Kepada sesiapa yang kata dapat pahala tu silalah nyatakan sebabmusababnye~Adakah dosa time couple tu ditanggung oleh "laki" atau "bini" hangpa?Time clash dosa yang korang dah buat bersama "laki/bini" hangpa tu nak letak mana?



p/s:Disebabkan aku punyai masalah ingatan nak ingat nama 'adik2' aku yang terlalu ramai ni aku gelar dorang..Form4 adik2..Form3 anak2..Form2 cucu2..Form1 cicit2.hahahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Berakit Di Taman Wetland=)


Kali kedua berakit di Taman Wetland Putrajaya..
Amat memenatkan tapi best sebab dapat berakit dengan lain2 orang=)

Kali pertama berakit memang semangat nak mendayung..
Kali kedua pergi tempat sama dan aktiviti sama aku dah malehh dah..
Semua aku kasi budak laki je buat..
Takpe korang..Tangan korang nanti bertambah tough punyalah..hahaha~
Alhamdullilah tak menang tempat pertama dapat tempat keempat pon jadila~
Hey~Bukan senang tau..hahaha~Cehh~Macam aku berjasa sangat~


Lepastukan ada pecah kepada 3 bahagian Pengerusi..Setiausaha dengan Bendahari..Aku pergi kat bendahari..Semangat kott dapat tau banyak benda baru..Jawab soalan pon semangat habis la..Ye la kan..Walaupun aku pernah pegang Bendahari sebelum ni aku hentam je~

Then bila habis je aku baru teringat satu perkara..
Aku TAK PEGANG APA2 JAWATAN TAHUN NI di SMK Jalan Reko~
Aku cuma pegang jawatan Exco Media di Pusat Sumber sahaja..
Takde kaitan langsung dengan Bendahari~

Sengal la aku ni~Aku terlupa yang aku hanya gantikan orang lain..
Bila plak aku nak aplikasikan ilmu Bendahari ni dalam sekolah ni?
Tahun ni dah Form 5~Kat U kot=)Kan2?



Walaupun hanya pegang satu jawatan sahaja..Tapi ke-busy-an aku mengalahkan anak perdana menteri~Ceyy~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jangan Anggap Orang Tua Itu Ilmunya Banyak~


Cehh..Tajuk tak boleh blahh..Aku bukan orang tua ye..Baru 17 tahun~Hehehe~
Korang akan paham kenapa aku letak tajuk tu selepas baca cerita kat bawah ni=)

Cerita bermula=)

Aku malu terhadap seseorang..Kalau boleh tak mau pandang langsung dia..
Dia adalah berjantina lelaki..Dan aku banyak bercakap dengan dia time training syarahan sampai time pertandingan syarahan last week..
Cehh saspen je kan??Korang fikir sape hah?hahaha~

Takdelah dia tu adik kepada kawan aku=)
Ada 3 sebab aku SANGAT MALU pada dia
dan SANGAT MALU pada diri sendiri~

Sepanjang aku training syarahan dia yang tolong masukkan ayat2 alquran dengan hadis2 dalam teks aku..Itu pun nak malu kan?Kecoh je aku ni~hahaha~
Sebabnya~

1)Aku adalah pelajar sekolah agama selama 3tahun sebelum masuk SMK jalan reko..Tetapi aku tak mampu kasi fakta bersama dengan ayat quran dan hadis..
Sedangkan dia bukan aliran agama dan kelas b.arab..

2)Aku lebih tua setahun dari dia..Tapi aku miskin dengan ilmu..
Dia?Aku salute dia..

3)Selama 3tahun aku belajar tafsir dan hadis..Tapi aku tak aplikasikan dalam kehidupan..Ayat alquran dengan hadis yang dia bagi memang simple je dan aku tau tapi aku tak mampu fikir secara spontan untuk dapatkan semua tu~

Cukuplah 3point tu yang menunjukkan aku malu pada diri sendiri..Tak semestinya kita dah bersekolah agama dan kita lagi tua kita lagi banyak ilmu agama kan?

Aku memang camni..Ego aku kadang2 terlebih pulak...Aku tak boleh nak berhadapan dengan orang hebat yang lebih muda dari aku..hehe~


Aku tak mau sebut nama dan letak gambar dia..Sebab ramai budak sekolah aku SUKA SANGAT STALKER BLOG AKU*perasan*..Kalau yang tau tu senyap je..Malu aii tau~hahaha~

Cerita syarahan aku kat SINI dan SINI..


p/s:Telur dadar hangus jadi SANGAT SEDAP akibat terlalu lapar..huehehe~
Kesian suami masa depan aku..Mesti badan dia ramping sebab aku tak reti masak..huahahaha...




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Pengalaman Pertama dan Terakhir =)


Pengalaman syarahan harini ni memang kelakar..
First2 syarahan teks disebabkan turn aku ke 12 pasti la ku akan dapat terdengar orang2 yang hebat bersyarah dari aku..Baru dengar orang pertama memang semangat aku down gila..

Memang aku keluar je dari bilik tu nak rasa cam nak nangis..
Then try balik baca syarahan memang tergagap habis sebab memang smangat aku dah takde disebabkan orang pertama bila cakap "Assalamualaikum wbt" pon dah meremang bulu roma aku~
Hanya Allah je yang tau betapa gundahnye aku..

Then Alhamdullilah setengah jam la duduk bersendirian try untuk lancarkan lagi bacaan aku dapat balik semangat yang dah hilang tadi=)Time bersendirian tu macam2 aku fikirkan dan aku cakap sorang2..huahaha..Nasib baik hanya aku sorang je kat situ~

Then bila giliran aku..Aku baca laju sangat..Bagi salam ponn tidakk..huahaha~Tak sampai 5minit kott dah habes..Sengal kan aku ni?
Rasa cam dah lepas beban berat kat bahu ni..hehehe~

Tapi aku terlupa yang ada lagi syarahan spontan..
Memang sebelum tu aku dah prepare ayat pembukaan dengan penutup..
Then dapat tajuk je "ALQURAN PEMANGKIN GENERASI BERTAKWA"

Then I dont know why bila nak cakap aku lupa habis..Aku tak tau nak cakap apa ayat pembukaan..Nak sewel aku pikir..But aku hentam je la..Pastu masalah keduanya aku tak reti bagaimana nak sambungkan point2 yang aku ada..Dah ada 3 point tapi tak tau nak cakap camne..Masa tu semua dok pakat gelakkan aku tak depan2 gelak dalam hati termasuk hakim..hahahaha~

Aku rasa amat2 malu dengan 3 orang rakan aku yang tengok..Habis je syarahan spontan terus melantak 2 ketul ayam*xmalubetul* tak pikir apa dah..hahaha~



Walaupun tak menang sebab memang aku tak layak tapi aku dapat satu benda dari sepanjang aku dari training syarahan hingga ke pertandingan adalah

Mintalah Pertolongan apa saja pada Allah pasti Allah akan menolong hambaNYA..Mengadulah kepadaNYA kerana dia pasti mendengar
dan memberi jalan penyelesaiannya=)



Thankz tu Haziq,Haiqal,Hazrina,Nieysa,Nazihah,Najwa Nordin
espicially to Jannah dengan Yang Nur Amalina sebab korang dah banyak tolong aku tak kisah la dari segi apa pun..Hanya Allah dapat balas segala jasa baik korang:D Malu nak cakap face to face sebab tak menang..Mampu cakap kat face to book dngan face to blog je~hehe=)


Ini adalah kali pertama dan kali terakhir masuk syarahan..Lepas ni dah tak dapat nak masuk ape2 dah...Dah habiss sekolahh..WEEHUUIII~
Cehh SPM tak lepas lagi~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Nervous Gila Esokkk~~


Esok adalah pertandingan syarahan peringkat daerah..
Gila berdebar kott..Nak tercabut jantung aku ni~

Sampaikan solat zohor tadi kat sekolah yang kebetulan aku sorang je kat situ aku menangis sampai terkeluar hingus bagai*akumemangtaksenonoh*Lepas tu dah la nak jumpa kawan se-syarahan(betulkeniperkataanni) bagi pihak lelaki terlupa plak nak nak bersihkan mata bagai..Malu je tadi..huehehe~
Memang this week aku pening sangat..Banyak benda dalam kepalaotak nak kena fikir..Dengan banyak skip kelas lagi..Dengan tak dapat nak tumpu dalam kelas lagi..Dengan fikir betapa banyak kekurangan yang aku ada..Masa tengahari tadilah terluah segala kesusaha kegundahan aku yang telah aku luahkan pada Allah..Serius lega gila~huehehe~

Fikir tak nak pergi tusyen malam ni sebab nak ikut nasihat si Haziq ni supaya tidur awal dan bangun awal esok untuk hafal teks syarahan..Tapi bila pikirkan balik aku banyak skip kelas minggu ni terpaksalah aku pergi..

Doakan aku dapat buat yang terbaik untuk esok untuk sekolah aku..Ini first time tau syarahan..Tak pernah aku bersyarah sebelum ni..Aku harap klau aku kalah biarlah sebab memang layak aku kalah..Janganlahh aku kalah sebab bias nama sekolah aku..Sebab ape?Nanti gue cerita ye=)



Sesungguhnya hanya pada Allah kita mengadu dan meminta pertolongan..
Tiada lagi tempat mengadu dan meminta pertolongan selain Allah=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jom Menggelapkan Muka !!!


Mak aku cakap muka aku dah HITAM...Lebih gelap dari orang India depan rumah aku~huhuhu~
Semua ni disebabkan aku selalu balik sekolah lambat..Stayback kat sekolah sampai pukul 5 petang..Dengan naik bas mini lagi..Kadang2 balik time panas2 cahaya matahari memancar ke kulit muka yang tak bersalah ini~

Apsal tak balik petang2 je?Kan tak panas?
Ada hari aku tusyen so tak mau balik lambat..Sebelum tusyen kena tidur selama 1 jam untuk rest kan otak~So terPAKSA la balik walaupun kepanasan dari cahaya matahari tu membakar kulit aku ni~
Mak aku kata jangan balik lambat lagi~
Ohh tidak~Minggu ni aku sangat sibuk dengan training nasyid dngan syarahan belum masuk lagi kerja pusat sumber yg tertangguh dan homework yang berlambak2 ditambahkan lagi exam awal bulan 3 ni~



Dont know how to arrange my time~Very busy ma~Mengalahkan anak menteri..huahaha~

Entah bila nak studi untuk exam bulan 3 ni dan untuk SPM~


Form 5 memang busy gaya gini ke?Cehh~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Interview Budak2 Kecik =)


Dalam beberapa minggu ni aku dengan kawan2 seangkatan telah menginterview pelajar2 baru yang nak jadi pengawas pusat sumber untuk tahun 2012..
Serius memang seronok pengalaman meng-interview dorang budak form 1 dengan dak form 2 =)
Macam2 gelagat ngan karenah dapat jumpa..hahaha~Ada yang nerd gila~Ada yang outspoken terlampau~Ada yang sporting gile~Ada yang pendiam gile2..

Yang bestnya muka dorang suci2 belaka~Cakap pon bukan main sopan lagi..
But bila kena gertak sikit dah nampak muka gelabahnya..hehehe~

Actually klau nak interview kan tak boleh gelak2..kena serius kan?But aku tak boleh serius..Aku kena gelak..Kadang2 jawapan dorang memang kelakar..
Sampaikan nenek die drive pon die cakap..Nenek korang andai drive kereta x?

Tapi bila dah buat pengawas percubaan dari situ aku dapat lihat macam2 masalah problem yang dorang buat..Mula2 time interview semua kata saya boleh ini..Saya boleh itu..Saya takde masalah..
Bila dah percubaan baru..Dah ada dah budak melawan cakap MT(ahli majlis tertinggi)..Ponteng tugas..Tak datang bertugas~Itu baru percubaan~
Ikut hati jahat aku nak reject budak bermasalah camni~Nak buat apa simpan budak bermasalah disiplin betul tak?Tapi disebabkan kawan aku aka pengerusi dah kata kita kena kaunseling dulu budak tu aku terpaksalah ikut jee laa~



Aku kadang2 terfikir bagaimana la aku akan di-interview untuk masa depan aku?
Lepas ke aku nak dapat scolarship??Kerja yang diimpikan?
Heh~SPM pun tak lepas lagi~



Siapa pernah interview orang lain?Ceciter2 =) Best kan?
Kena interview pon mesti majoriti pernah kan?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Memang Aku Berat Tulang~


Pernah aku ceritakan kat ENTRI INI yang aku ni berkemungkinan Berat Tulang..
Bukan Berat Tulang yang malas tu tau..Ini memang Tulang yang berat~

Tadi aku dah tanya kat teacher Biology aku~
Dia kata memang ada disebabkan maybe aku ni terlebih minum susu masa kecil..hahaha~

So aku pun tanyalah bagaimana nak turunkan berat tulang?
Cikgu aku kata bagus berat tulang ni~Aku pun kata lah apa yang bagusnye?Overweight disebabkan berat tulang..Bukan berat lemak..hahaha~

Cikgu aku pon kata awak kena exercise banyak lagi ni..Kurangkan makan fat~
Aku pun pikirlah dengan kepala otak sengal~Hari2 naik bas mini berat maintain je~Takkan nak kurus keding pulak kan?hahahaha~
Cikgu aku kata nanti bila beranak nanti calcium aku ni akan beralih kat anak aku..So dont worry~Nak tunggu aku beranak berapa tahun lama lagi oiiii~

Tapi kan bila calcium dah beralih kat anak nanti aku pulak yang kekurangan calcium plak..hahaha~


Siapa yang senasib dengan aku?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Turunkan Berat Tulang???


Sejak kebelakangan memang terserlah aku ni berlebihan berat badan..
Walaupun setiap hari aku naik pengangkutan awam jalan jauh2
berat camtu jugak..

So aku pun meluahkan kerungsingan aku pada kawan aku..
Aku cakap la aku ni dah terlebih berat badan..Tinggi aku 158cm dan berat 57kg..
Then dia terkejut..Aku pun pernah bagitau berat aku kat pegawai kesihatan..Then dia pun terkejut siap cakap aku menipu bagai..

So kawan aku pun cakap.."Aku rasa kau ni TULANG YANG BERAT"
Tulang yang berat?Ada ke?

So aku nak tanya korang...Ada ke BERAT TULANG??Bukan simpulan bahasa ye..Tulang yang berat itu maksud aku..hahaha~
Kawan aku cakap aku ni terlebih minum susu?Aku tak tau sahih ke tak benda ni~

Kalau ada camner nak turunkan Tulang yang Berat pulak??


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama Ijam Non Yankee


Siapa tengok cerekarama ni?Angkat dua jari=)hahaha~


Best tengok cerekarama ni arahan Heykal Hanifah..Ada jugak part2 yang lawak..Espiciaally bila time Lin (Neelofa) merajuk lepastu Ijam (Awal Ashaari) pujuk..Imah (Faezah Elai) pon kadang2 lawak jugak gelagat die..
Tapi part yang tak boleh blah part akhir bawak bakal menantu mak die~
Ye2 je nak pempuan Afrika~


Kadang2 tengok drama2 atau telefilem yang lawak dapat meredakan sedikit kekusutan otak yang dah kusut..

Masih mencari keberanian dan keyakinan diri untuk syarahan next week~
*Ehh tetibe lari tajuk*


p/s: Siapa perasan blog aku ada benda baru???Takpelahh xde orang perasan..haha..Header tu JUE EDDY buat..Lawa kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Aku Masuk Syarahan??


Tiba2 ada orang suruh aku masuk syarahan..
Time pertandingan 25 Feb~Gila aku camni~

Dah la takde pengalaman langsung pasal syarahan2 bagai ni~
Lepas tu seminggu lebih je lagi ada masa untuk berlatih~

Dah ada orang yang terer~Tapi tak mau masuk plak~
Kenapa dorang pilih aku?
Semua kata bila aku presentation apa2 subjek best?Aku pandai cakap?
But time presentation tu tak sama kan dengan syarahan?

Cikgu pun macam tak yakin nak amik aku jadi wakil sekolah~
Hati aku jadi ragu2 camtu~


Siapa2 yang pernah masuk syarahan tu kongsi2 la
ilmu dengan budak yang baru belajar ni=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kau Paksa Aku Kawin Aku Nak Cerai!!


Banyak betull drama sekarang yang mula2 bukan main benci..
Then kawin paksa..Pastu rancang nak bercerai..
Last2 tak jadi cerai..Mesra jugak akhirnya...HAHAHAHA~
Dalam banyak cerita novel or drama yang aku tengok..Belum pernah lagi aku terbaca atau tertengok yg kawin paksa lepastu akhir dia tak bahagaia atau bercerai..
Mana taknya..Heronye bukan main baik..romantik..
Yang paling penting bukan main hensem..
Ehhh ada lagi..Bukan main kaya lagi..huahahahaha~

*Tampar dinding jap..Ingatkan diri sendiri tahun ni tahun SPM*



Saper yang rasa2 pernah mengalami kawin2 paksa tu citer2 jugakla kat sini endingnye..hahaha~Agaknye2 ada ke couple2 pakse?


p/s:Jom tengok Vanilla Coklat..hehe=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Busy Itu Ini Study Dibelakangkan??


Agak2 entah bile lah aku nak serious untuk study SPM??
Form 4 pon banyak lagi x cover..lagi2 add math yg asyik2 FAIL FAIL FAIL~
Pagi belajar kat sekolah..
Petang buat homework..Kokurikulum..Tak pun buat kerja pusat sumber..
Malam dah tusyen..Tak pun buat kerja tusyen..
Lepas tusyen kompem2 la nak tutup mata atas katil..hahaha~
Nak bangun pagi macam pukul 4 atau 5 pagi?

Tahun ni tak menjadi langsung..
Memang dari awal tahun sampai sekarang bangun pukul 6 pagi..Time tu la sibuk nak gosok baju sekolah..Nak solat..Nak mandi..Susun buku sekolah and 6.30 pagi bas dah sampai..hohoho~

Nak bangun 10 minit awal dari 6 pagi pon Ya Allah..Punya payah..Bak kata kawan aku NISA..Bila tidur katil rasa keras macam batu..Bila bangun tidur katil rasa cam marshmellow..hahaha~


So bila nak study untuk SPM?

Tiada jawapan yang tepat untuk itu..Kepala aku pening~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Adik Lagi Tinggi Dari Kakak??


Memang aku tak boleh terima kenyataan bahawa adik lelaki aku LEBIH TINGGI dari aku~Ohhh tidakkkk~

Nak pandang adik aku kena dongak kepala?Ohhhh tidakkk!!!
Bila berjalan atau berdiri sebelah dia aku akan meninggikan bahu aku dari dia..hahahaha~
Mana boleh adik lebih tinggi dari kakak yer dak?
Habislah kuasa veto aku sebagai kakak~



Nasib baik junior2 aku form 1 comel2 belaka..HAHAHAHA!!
*senior la sangat aku ni*



Dah Baca? Like dan Comment la =)

SEJARAH RINGKAS RASULULLAH SAW


BIODATA RASULULLAH SAW
  1. Nama: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  2. Tarikh lahir: Subuh Isnin, 12 Rabiulawal / 20 April 571M (dikenali sebagai tahun
  3. gajah; sempena peristiwa tentera bergajah Abrahah yang menyerang kota Ka’abah)
  4. Tempat lahir: Di rumah Abu Talib, Makkah Al-Mukarramah
  5. Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
  6. Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
  7. Pengasuh pertama: Barakah Al-Habsyiyyah (digelar Ummu Aiman. Hamba perempuan bapa Rasulullah SAW)
  8. Ibu susu pertama: Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
  9. Ibu susu kedua: Halimah binti Abu Zuaib As-Sa’diah (lebih dikenali Halimah As-Sa’diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)
HAYAT HIDUP RASULULLAH

USIA 5 TAHUN
  • Peristiwa pembelahan dada Rasulullah SAW yang dilakukan oleh dua malaikat untuk mengeluarkan bahagian syaitan yang wujud di dalamnya.
USIA 6 TAHUN
  • Ibunya Aminah binti Wahab ditimpa sakit dan meninggal dunia di Al-Abwa’ (sebuah kampung yang terletak di antara Mekah dan Madinah)
  • Baginda dipelihara oleh Ummu Aiman (hamba perempuan bapa Rasulullah SAW) dan dibiayai oleh datuknya ‘Abdul Muttalib.
USIA 8 TAHUN
  • Datuknya, ‘Abdul Muttalib pula meninggal dunia.
  • Baginda dipelihara pula oleh bapa saudaranya, Abu Talib.
USIA 9 TAHUN (Setengah riwayat mengatakan pada usia 12 tahun)
  • Bersama bapa saudaranya, Abu Talib bermusafir ke Syam atas urusan perniagaan.
  • Dikota Busra, negeri Syam, seorang pendita Nasrani bernama Bahira (Buhaira) telah bertemu ketua-ketua rombongan untuk menceritakan tentang pengutusan seorang nabi di kalangan bangsa Arab yang akan lahir pada masa itu.
USIA 20 TAHUN
  • Terlibat dalam peperangan Fijar. Ibnu Hisyam di dalam kitab ‘Sirah’ ,jilid 1, halaman 184-187 menyatakan pada ketika itu usia Muhammad SAW ialah14 atau 15 tahun.
  • Baginda menyertai peperangan itu beberapa hari dan berperanan mengumpulkan anak-anak panah sahaja.
  • Menyaksikan ‘ perjanjian Al-Fudhul’; perjanjian damai untuk memberi pertolongan kepada orang yang dizalimi di Mekah..
USIA 25 TAHUN
  • Bermusafir kali kedua ke Syam atas urusan perniagaan barangan Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah.
  • Perjalanan ke Syam ditemani oleh Maisarah; lelaki suruhan Khadijah..
  • Baginda SAW bersama-sama Abu Talib dan beberapa orang bapa saudaranya yang lain pergi berjumpa Amru bin Asad (bapa saudara Khadijah) untuk meminang Khadijah yang berusia 40 tahun ketika itu.
  • Mas kahwin baginda kepada Khadijah adalah sebanyak 500 dirham.
USIA 35 TAHUN
  • Banjir besar melanda Mekah dan meruntuhkan dinding Ka’abah.
  • Pembinaan semula Ka’abah dilakukan oleh pembesar-pembesar dan penduduk Mekah.
  • Rasulullah SAW diberi kemuliaan untuk meletakkan ‘Hajarul-Aswad’ ke tempat asal dan sekaligus meredakan pertelingkahan berhubung perletakan batu tersebut.
USIA 40 TAHUN
  • Menerima wahyu di gua Hira’ sebagai perlantikan menjadi Nabi dan Rasul akhir zaman.
USIA 53 TAHUN
  • Berhijrah ke Madinah Al-Munawwarah dengan ditemanioleh Saidina Abu Bakar Al-Siddiq.
  • Sampai ke Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal/ 24 September 622M.
USIA 63 TAHUN
  • Kewafatan Rasulullah SAW di Madinah Al-Munawwarah pada hari Isnin, 12 Rabiulawal tahun 11H/ 8 Jun 632M.
  • ISTERI-ISTERI RASULULLAH SAW.
  1. Khadijah Binti Khuwailid
  2. Saudah Binti Zam’ah
  3. ‘Aisyah Binti Abu Bakar (anak Saidina Abu Bakar)
  4. Hafsah binti ‘Umar (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab)
  5. Ummi Habibah Binti Abu Sufyan
  6. Hindun Binti Umaiyah (digelar Ummi Salamah)
  7. Zainab Binti Jahsy
  8. Maimunah Binti Harith
  9. Safiyah Binti Huyai bin Akhtab
  10. Zainab Binti Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin
  • ANAK-ANAK RASULULLAH SAW

-Qasim-
-Abdullah-
-Ibrahim-
-Zainab-
-Ruqaiyah-
-Ummi Kalthum-
-Fatimah Al-Zahra’-

SAUDARA SESUSU RASULULLAH SAW

-Thuwaibah-
-Hamzah-
-Abu Salamah Abdullah bin Abdul Asad-
-Halimah Al-Saidiyyah-
-Abu Sufyan bin Harith bin Abdul Mutallib-
-Abdullah bin Harith bin Abdul ‘Uzza-
-Syaima’ binti Harith bin Abdul ‘Uzza-
-‘Aisyah binti Harith bin abdul ‘Uzza-

Sabda Rasulullah SAW:
“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” (Riwayat Al-Sajary daripada Anas)




Terkadang manusia hanya reti menyemut "SAYA UMAT NABI MUHAMMAD" " SAYA CINTAKAN RASULULLAH"..Tetapi bila ditanya tarikh lahir Rasulullah pun tak tau..Selawat keatasnya pun amatlah jarang sekali..
*Ingatan untuk diri sendiri juga*




Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#4 Macam2 Berlaku!!


Dah 5hari blog ni tak berupdate akibat ke-busy-an kat sekolah..
Macam2 berlaku minggu ni~

-ISNIN-
Bermula hari ini Aku dan yang seangkatan denganku buat interview budak form 1 yang nak jadi pengawas pusat sumber..Serius..Macam2 rupe aku dapat jumpa..
Dan pada haritu jugak aku hanya minum sebotol air mineral je dari 6.30pg hingga 6.30 petang..Disebabkan budak2 form 1 tu lawak sangat..Aku yang gelak..Aku cakap "abcdefghijkl" dia jawab "a" je..Sabo je la budak2 ni..Aku askit tekak sebab kekurangan air~


-SELASA-
Aku tusyen Chemistry..Makin banyak benda aku belajar makin berdup-dap2 la jantung aku ni pikirkan SPM~

-RABU-
Time ni memang penatt gilerr..Mensyuarat berejam lamanya..Dengan kokurikulum lagi..Time koko plak kena bentang tajuk yang diberikan..Pakai suara lagi..Bertambah sakit tekak aku..Pakai mikrofon?Ohhh no no no~Aku gementar dengar suara sendiri..hahaha~

-KHAMIS-
Ini pon mensyuarat lagi..Sampai kul 4..WOW!!Dah malam tu tusyen jugak..
Penyakit makin teruk..Sekali aku bersin sampai kelas sebelah boleh dengar~
-JUMAAT-
Suara dah hilang~hohoho~harini ada majlis perpisahan guru penolong kanan~Ada persembahan..Aku punya semangat nak tengok kawan aku punya persembahan duk depan sekali siap dengan kamera~But tiba2 persembahan dirosakkan dengan PA SYSTEM YANG HANCUSS..Aku rasa cam nak sound pengawas PA SYSTEM tu~



Dalam banyak2 hari..Hari paling best time nak temuduga budak form 1..Siapa pernah rasa DIINTERVIEW atau MENGINTERVIEW orang lain?
Agaknya masa aku form 1 camtu ke?hahaha~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015