Sahabat Itu SEPERTI??


1) Sahabat seperti Udara

-Sahabat yang amat kau perlukan pada setiap masa seperti udara.
-Jika dia terputus darimu engkau akan mati
-dia adalah sahabat yang dapat mendekatkan dirimu dengan Allah
-Janganlah engkau memutuskan untuk selamanya

2) SAHABAT SEPERTI UBAT

-Dia seperti ubat adalah sahabat yg dapat memberi kebaikan padamu
-Engkau tidak memerlukan melainkan jika diperlukan

3) SAHABAT SEPERTI PENYAKIT

-Dialah mendekatkanmu dengan neraka
-Sahabat seperti ini mesti kau jauh dan tinggalkan



Tapi ada juga kan kawan baik yang kita percaya belot kita rite?
Tikam kita dari belakang?



Menarik DISINI<--CLICK



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Evolusi Pemakaian Tudung



Cerita dalam TV selalu camni..Time sekolah pakai tudung..Lepastu?
Adakah hukum Allah bolehh dipermainkan or dipandang ringan hingga sebegitu?

Tapi xpe..Think positive..Moga2 lepas tu mereka2 sedar kan?
Moga2 sempat sedar sebelum ditarik nyawa..

Cuba bayangkan kalau Allah tarik nyawa kita sedangkan tak sempat taubat?
Fikir itu sahaja dengan sedalam2nya..

Memang susah untuk berubah pada perkara yang tak biasa..
Tapi itu tidak mustahil..
Asal ada niat yang tetap untuk berubah lebih baik..
Dan start dari itu kita berubah sikit demi sedikit..

Dari lengan pendek ke lengan panjang..
Dari baju ketat ke baju longgar..
Dari tidak bertudung hinggalah bertudung=)
Percayalahhh..Allah akan mempermudahkan segala urusan kita jika semua itu menjurus kepada kebaikan kita..Berubah sedikit dan istiqamah dan berusaha menjadi lebih baik dari semalam itu lebih baik=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Allah Kata?Manusia Kata?




✿ Bila kita jadi jahat, ORANG BENCI..
❤ Bila jadi baik, ORANG MELUAT..

✿ Bila kita ikut suruhan agama, ada orang kata kita BERLAGAK ALIM..
❤ Bila kita langgar suruhan agama, ada orang kata
"ASTAGHFIRULLAH.. APA LAA NAK JADI.. NAK KIAMAT KOT?..."

✿ Bila kita ikut peraturan, ada orang kata kita SKEMA..
❤ Bila kita langgar peraturan, ada orang kata kita ni macam TAKDE MASA DEPAN..

✿ Bila kita tegur dengan baik, ada orang kata kita ni BAJET BAGOS..
❤ Bila kita tegur dengan kasar, ada orang kata kita ni KURANG AJAR..

✿ Bila kita pakai sopan-sopan, ada orang kata kita ni 'KAMPONG GILERR'..
❤ Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni TAKDE HARGA DIRI sebab tayang free..

✿ Bila kita bagi nasihat, ada orang kata "JANGAN SIBUK JAGA TEPI KAIN ORANG, BOLEH?!....."
❤ Bila kita sindir-menyindir, ada orang kata "TAK RETI BAGI NASIHAT LEKLOK?.."..

✿ Bila kita tolong buat kerja, ada orang kata "YANG SEBOK SANGAT NAK TOLONG BUAT KEJE ORANG LAIN NI WATPE!?"..
❤ Bila kita tak tolong apa-apa, ada orang kata "APSAL PEMALAS SANGAT NI? NAK TOLONG PON SUSAH?"..

✿~ Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini

~♥» Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia.

*Penerangan Gambar : The biggest mirror on the face of the earth:
salt lake in Bolivia
The biggest salt lake available in the world reftects the sky just like a mirror!!

'Apalah sangat pandangan orang jika hendak dibandingkan dengan pandangan Allah?'
Betull tak?

p/s:sape yang rasa2 ada pengalaman Bahas Ala Parlimen
silalah share2kan ilmu anda=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama TV3 Usin Bunga



Ape2 lakonan Zizan Razak aku suka =)

Tengok cerekarama bagus untuk meredakan stress..Hahahaha~





Gelak2 jugakk..Tapi berpada2..




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Menangis Adalah Baik ??



Firman Allah SWT melalui ayat 82 surah at-Taubah bermaksud: "Maka bolehlah mereka (golongan munafik) ketawa sedikit (di dunia ini) dan mereka akan menangis banyak (di akhirat kelak), sebagai balasan bagi apa yang mereka telah usahakan (semasa hidup di dunia)." Dan dalam ayat 60 surah an-Najm yang bermaksud: "Maka mengapa kamu ketawa dan tidak menangis?"

Daripada Abu Hurairah r.a Nabi Muhammad S.A.W bersabda : “Sekiranya kamu mengetahui apa yang aku ketahui nescaya kamu kurang ketawa dan banyak menangis”
Riwayat al-Bukhari Sumber: 300 Hadis Bimbingan

Apabila anda banyak ketawa ianya mematikan hati, lantas kurang-kurangkanlah ketawa kerana kita tidak tahu nasib, takdir dan ketentuan serta kesudahan kita. Maka sematkanlah dalam ingatan kita hadith di atas semoga kita sentiasa dapat bermuhasabah diri..InsyaAllah.

Kurangkan ketawa banyakan senyum kerna senyum itu sedekah :) Dari Abu Dzar ra., Rasulullah SAW bersabda : "Engkau tersenyum di depan saudaramu adalah sedekah" (Riwayat Bukhari dari Kitabul Adab)



p/s:Berdebar2 bila tengok result senior yg hebakkk2 belaka~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#7 Tawaran Datang Mencurah2


Aku tak tau kenape~Tahun ni macam2 tawaran yang datang kat aku..
Pelik sungguh..Tak disangka-sangka langsung...

Tawaran ape?Tawaran berlakon =)
hahahaha~Perahhhhsannnnn~

4) BAHAS
5) MARHABAN
6) KAWAD KAKI
7) Tau lepas ni mesti ada lagi yang datang..hehe~
Menyaboo je laa aku semua ni..Semua ni datang time aku FORM 5~
Aku nak tolak..Tapi aku tak tau mana lagi penting..Jaga hati sendiri or hati kawan2 dan hati guru2 aku~

Nak jaga hati siape?




Dah Baca? Like dan Comment la =)

4 CARA MUDAH MEMBUAT PAHALA DI FACEBOOK



1. UPDATE STATUS anda dengan pengisian yang bermanfaat. Contohnya, menulis di status anda beberapa potong maksud ayat al-Quran, hadith, yang anda rasakan ia akan memberi kesan kepada orang yang membacanya. Jika anda mempunyai 1000 friends, andaikata hanya 10% yang membacanya, ada sudah dikira menyebarkan kebaikan kepada 100 orang dengan cara yang cukup mudah. Jika daripada 100 orang yang membacanya, hanya 10% yang terkesan dan mengamalkan kandungan status anda, anda sudah dikira menjadi PENYEBAB kebaikan kepada 10 orang, dengan cara yang tidak disangka-sangka.

TAPI AWAS, jangan terlalu boros dalam membuat pengisian, nanti friends anda akan boring membaca status anda, kerana sudah menjadi tabiat manusia cepat boring dan jemu dengan perkara yang berterusan dan sekata. Pilihlah pengisian yang betul-betul berkualiti dan berkesan. Dan variasikan ia samada dengan tulisan, gambar, video, dan lain-lain.

2. Jika anda terbaca status orang lain yang sangat bermanfaat dan boleh memberi kesan kepada orang lain, apa salahnya anda SEBARKAN STATUS tersebut. Gunakan kemudahan SHARE untuk tujuan perkongsian, atau COPY PASTE sahaja apa yang anda ingin kongsikan dengan friends anda. Lebih-lebih lagi, bagi pemegang akaun Facebook yang mempunyai list friends yang ramai, boleh membantu menyebarkan kebaikan yang ada pada status seseorang yang mempunyai bilangan friends yang ciput. Mudah-mudahan termasuk dalam bekerjasama dalam dakwah.


3. Jika anda mempunyai KOMEN BERNAS dan bernilai terhadap sesuatu kandungan status orang lain, lakukanlah dengan penuh ADAB DAN SOPAN seolah-olah anda sedang bercakap dengannya. Mungkin anda yang berpengetahuan tinggi boleh membuat penambahan maklumat, pembetulan kesilapan, pencerahan terhadap kekeliruan, dan lain-lain. Malahan, mungkin komen-komen untuk tujuan tersebut boleh sampai ke tahap fardhu kifayah jika di sana terdapat keperluan mendesak dari sudut Syarak, dan tiada yang boleh melakukannya kecuali anda.

4. Jika mereka yang mempunyai kemusykilan agama, boleh juga menggunakaan laman Facebook sebagai TEMPAT PERBINCANGAN. Tulislah soalan anda, dan tag kan ustaz-ustaz Facebook yang dipercayai dan mempunyai masa untuk melayan soalan anda. Mudah-mudahan, ini sebagai satu cara melaksanakan arahan Tuhan supaya bertanya kepada ahli ilmu dalam perkara-perkara yang tidak diketahui.

Semoga dengan melakukan perkara-perkara kecil di atas ketika melayari Facebook, akan ada insan-insan yang beroleh kebaikan dari dakwah kita, akan ada pahala-pahala tercatat di buku amalan baik kita, akan ada dosa-dosa dihapuskan dari buku amalan jahat kita. Mudah-mudahan Facebook yang dicipta oleh seorang bukan Muslim menjadi satu sebab kebaikan kepada seseorang Muslim.




Try untuk menjadi yang terbaekk=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

10 Sikap Buruk Manusia yang Dicela Allah


SYEIKH Abdul Kadir Abdul Mutalib dalam buku tasauf Penawar Bagi Hati menjelaskan mengenai sepuluh celaan Allah kepada manusia akibat dari kelakuan dan tabiat manusia sendiri ketika menempuh kehidupan seharian. Sepuluh celaan itu berdasarkan sepuluh sikap yang lazim dilakukan manusia iaitu:


1. Gelojoh ketika makan

Dalam erti kata lain, seseorang yang kuat dan tidak bersopan ketika makan. Sikap ini juga meliputi maksud makan terlalu kenyang, menyediakan makanan dalam jumlah yang berlebihan, yang akhirnya membawa kepada pembaziran.

2. Banyak bercakap

Allah mencela manusia yang suka bercakap perkara yang sia-sia, fitnah memfitnah, umpat keji dan kata mengata kerana semua jenis percakapan itu menjurus kepada permusuhan dan perbalahan sesama manusia.

3. Suka marah-marah

Kemarahan boleh membuat seseorang itu bertindak di luar batas kemanusiaan. Perbuatan marah akan diikuti dengan maki hamun, mengherdik dan perkelahian yang boleh mengakibatkan kecederaan atau pembunuhan.

4. Hasad dengki


Seseorang yang bersifat dengki sanggup melakukan apa saja dalam bentuk kejahatan atau jenayah. Perbuatan menipu dan sanggup memusnah hidup orang lain adalah antara sifat keji yang lahir dari perasaan hasad dengki. Rasulullah bersabda: ‘Dengki itu memakan segala kebaikan’ (riwayat Muslim).

5. Kedekut & bakhil


Rezeki yang Allah kurniakan lebih suka disimpan hingga bertimbun banyaknya. Sifat kedekut menghijab (menutup) seseorang dari membelanjakan sebahagian dari hartanya ke jalan kebaikan termasuk menderma, membuat kebajikan kejalan Allah dan membantu orang yang memerlukan.

6. Bermegah-megah

Ia
termasuk sikap suka status atau jawatan, gelaran dan menerima sanjungan.


7. Cintakan dunia


Terlalu menghambakan diri kepada perkara duniawi hingga melupakan tuntutan ukhrawi. Rasulullah bersabda: “Bekerjalah kamu di dunia seolah-olah kamu akan hidup seribu tahun, dan beramallah kamu untuk akhirat seolah-olah kamu akan mati esok hari.” (riwayat Bukhari dan Muslim).

8. Ego atau sombong

Sifat membuat seseorang merasakan dirinya mempunyai kelebihan dalam banyak perkara dari orang lain hingga mereka lupa bahawa hanya Allah saja yang bersifat maha besar.

9. Ujub dan suka bangga diri


Perbuatan ini ada unsur megah dan sombong dengan kelebihan dan kepandaian yang dikurniakan Allah. Rasa bersyukur tidak ada lagi dalam diri kerana telah diselaputi perasaan ego.

10. Gemarkan pujian atau riak


Manusia jenis ini suka meminta dipuji dalam setiap perkara yang dilakukan. Sikap baiknya, jasa dan baktinya mahu dikenang sampai bila-bila. Ini jelas membayangkan bahawa sikap baiknya selama ini, tidak diiringi dengan kejujuran dan keikhlasan.



Dalam usaha memperbaiki diri sendiri juga=)




p/s:Sape ada pengalaman bahas ala parlimen?
Share dngan saya jom..hehe=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Bersama Orang2 Hebattt =)


Dari kiri: Abang Nizam, saya, Abang Faizal, Kak Fatin

Aku bersama mantan2 pengerusi Pusat Sumber SMK JALAN REKO..
Setiap orang mantan2 aku ni mempunyai khebatan dan kelebihan tersdiri..
Mereka sangat OHSEMMM..

Aku mengambil peluang ini untuk MENYEDUT AURA PENGERUSI dari mereka..HAHAHAHA~Sebab mereka sangat OHSEMM~

Untuk menjadi orang yang hebakkk..Kita mesti bersama dengan orang yang hebakk..Betull tak??

Then berita terbaru plak..Aku pikir syarahan dan kem banjir tu la
yang terakhir aku sertai..Then tiba2 nama2 aku terpilih lagi untuk bahas plak..Tenshionnnnnnn!!!

Cuba korang tengok perhati gambar aku kat atas..Pi tengok rupa aku yang "comel" tu~Rasa2 ada bakat tak nak BAHAS?hahahaha~
*gambarhiasansematamata*

Nak tolak memang tak boleh..Aduhhhh..Aku dah trauma dengan syarahan dulu yang makan banyak masa kelas aku..uwaaaaaa~

Takpelahhhhhh..Aku anggap ini masa aku meringankan beban orang lain..
Moga2 Allah pun mempermudahkan segala urusan aku=)
Betul takk?

Sejak masuk SMK Jalan Reko ni banyak benda yang aku masuk yang tak pernah sekali pon terlintas dalam pikiran aku nak masuk~


So sape yang rasa2 ada pengalaman Bahas Ala Parlimen silalah share2kan ilmu anda=)Ini pon first time join bahas~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#6 Kal Ho Naa Ho~~~


Hari ini tajuk dua dalam satu =)

Adik LELAKI aku sanggup halau aku semata-mata nak
tengok citer ni secara single~
Ceyyy~Dia nak bersedih-sedihan berseorangan..Ceyy~



Nasib baik dah pernah tengok..Dalam citer ni bnyak scene sedih dia..Tapi yang ni part paling mengeluarkan air dari mata yang paling banyak..hahaha~





Spontaneous Thursday#6

Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di dunia dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. ALLAH pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia. :')
#ayatcopypaste#



Btw ini Bolywood ke..Hollywood ke..Hindustwood ke?Wood Wood?hahaha~
Apa beza semua ni?hehehe~



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Berpisah Juga Aku dan Dia Sementara=(


Cehh tajuk macam ape je~
Actually kawan aku Lim Siow Yin nak pindah~
Setiap kali terpikir yang dia ni nak pindah..Memang sangat SEBAKK
hati brutal aku ni~

Tahun lepas aku duduk sebelah dia..Dialah yang setia ajar otak 'lem' tahap broadband celcom ajar add math..Dialahh yang kadang2 kasi semangat aku untuk belajar bersungguh2 untuk dapat markah yang terbaikk add math dalam exam..

Sebab ape die pindah?Sebab dia amik bahasa cina SPM..Sekolah aku tak dapat menawarkan subjek tu sebab kurang dari 15 orang yang ambil..Tenshion aku dengan peraturan yang menyedihkan ramai orang ni~

Dua2 chinese girl sekolah aku pelajar paling pintar..Pelajar harapan sekolah untuk dapat straight A SPM dah pindah disebabkan ini~
Dua2 ni pelajar straight A dah pindah~Sedih dan agak sebakk la jugak~
Dah la tak mau tulis panjang2..Sedih kodd bila pikir bila dah bukak sekolah nanti Lim Siow Yin dah takde kat kantin sekolah pada waktu pagi
dan kitaorang sama2 gi kelas=(

Layan je gambar kenangan terakhir kitaorang dengan Lim~




Aku tau muka aku lagi comel dari dia..Huahaha~Ye la2 aku perasan..Inilah gambar terakhir aku dengan dia..Sedihh wooo~Lim Siow Yin ni kawan cina aku yang pertama tau~




p/s:Vanilla Coklat dengan BFF Happy Ending..
Cerita aku?Sad ending~

p/s2:Ehh jap2 Zara dengan Amir memang sangat sweet kan3?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Apa Yang Akan Aku dan Kamu Pilih?


Antara Full set prosperity burger Mcd dan Cheezy wedjes kfc
Aku pilih cheezy wedjes..

Antara pizza hut dan Cheezy wedjes kfc..
Aku pilih cheezy wedjes..
Antara coca cola dan air kosong..
Aku pilih air kosong..

Antara coca cola dan sirap...
Aku pilih sirap~

Tak minum coca cola sejak umur 8 tahun lagi..Tapi entah kenapa pada umur 17 tahun ni ramai plak yang mengenakan aku dengan sengaja kasi aku minum
coca cola~gggrrrr~



Korang prefer yang mana satu?
KFC, MCD, PIZZA HUT, BIG APPLE, DOMINO'S PIZZA?



p/s:Entri yang bosan kan?Bila dah cuti sekolah ni malehh plak otak nak bergerak~hehehehe~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#6 Farhanah Dan AddMath



Semalam hari sabtu kan?Kita jawab exam add math tau..
Disebabkan saya ni memang la amatlah sangatlah 'pandai' saya berjaya jawab 3 soalan dari 9 soalan dalam satu helai kertas jawapan je..

Jimat kan?Bagus betull saya ni..Cikgu saya pon jimat dakwat pen merah..Memang saya ni anak murid yang solehah..Tak payah cakap..Malulah..hahaha~


Actually malas nak amik exam yang aku tak ambil haritu disebabkan aku gi kem banjir kat hulu langat tu?hahaha~Tapi cikgu suruh jawab aku pun jawablahh dengan TERpaksa sebab dalam otak aku bab yang aku paham hanyalah PROOGRESSION shaja..Bab lain tu disebabkan sibuk dengan syarahan aku xdapat nk pickup bab tu~Kesian kan?Ceyhh~


Tapi ada satu part paling sadis bagi aku..Bila hantar kertas jawapan cikgu cakap apa tau? "Sehelai je kertas jawapan awak?" 3 orang lagi yang jawab exam semua berhelai2..
Sedangkan sebelum exam semua cakap kat aku 
"Relaks farhanah,kitaorang langsung tak bukak buku"


Then bila habis exam semua kawan2 aku cakap "Semua soalan aku dapat jawab..Soalan 8 SAHAJA susah"Part tu la yang berjaya mengeluarkan hingus aku dari dua lubang hidung aku ni~hahahaha~

Masa tu aku rasa apa tau?Aku rasa aku ni amatlahh bodoh..Sebab tu aku memang tak boleh nak pandang and cakap dengan korang masa tu..Sebab tu laa aku tak mau amik exam yang lain..Sebab aku takut nak dengar korang cakap camtu lagi and senyum sebab soalan tu korang boleh jawab walaupun tak study..Aku tak marah ponn la~
Sorry to Jannah,Yang and Najwa buat korang terasa hati=(



And lagi satu aku terharu time nazihah dengan hazrina tenangkan aku..Ini lagi satu part yang menambahkan hingus dalam lubang hidung aku..Tak jadi gi makan kodd sebab nak pujuk aku~Puiii geli kodd nak cakap camni kat korang~Aku ni brutal tau..Hati keras..Mana boleh terharu..Puiii~






p/s:Dulu aku bebel kat kawan aku kurangkan hal2 kokurikulum sebab dah jejas pelajaran die..Sekarang jadi kat aku balik plak~Siapa nak nasihatkan aku?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Beryukur Atas PertolonganMu Ya Allah!!


Hari selasa,rabu dan khamis lepas aku dan 3 orang kawan gi kem peringkat daerah kat taman agrotek hulu langat..Pada 7/03/2012 ialah tarikh yang paling tidak akan aku lupakan..

Pada malam tu lepas maghrib kira2 jam 7.50 hujan makin lebat sangat..
Aku dapat tengok bagaimana air sungai tu mengalir dengan sangat deras macam tsunami dan air tu naik dengan sangat cepat..

Masa air dah paras betis semua perempuan diarahkan naik atas pentas dulu dewan dah penuh dengan air..Bila air dah makin naik baru semua diarahkan masuk khemah masing2..

Masa tu cuak gilee habis..Kitaorang terfikir nasib baik kem komanden tu suruh kitaorang alihkan khemah ke tapak perkhemahan dan ada ruang kosong untuk kitaorang sebab sebelum tu tapak penuh dan kitaorang kena dirikan khemah kat tempat rendah..
Kalau kitaorang ada kat situ lagi dah lama dah hanyut..Ya Allah memang masa mula2 nak kena pindahkan khemah memang kitaorang merungut
tapi rupernyer ada hikmah..


Then hujan memang makin lebat..Air semakin naik dengan cepat..Masa tu lepas masuk je dalam khemah terus ada sorang budak histeria..Nasib baik sorang je=)Beza tempat banjir tu dengan tapak perkhemahan kitaorang cuma lebih kurang sejengkal sahaja beza tingginya..

Kitaorang masa tu pikir apa?Kitaorang fikir nak MATI..Apa yang aku fikir masa tu adlah "kalau aku mati masa ini Ya Allah..Kau kurangkan azab kubur aku..Ampunkan dosa aku selalu lengah2kan solat..Salah aku dengan parent and adik bradik dengan kawan2..Baju kawan aku tak pulangkan lagi..Kau ampunkan dosa aku"

Memang masa tu kitaorang dah fikir nak mati dan tunggu je bila air nak naik ke tapak perkhemahan kitaorang sebab memang tmpat air banjir tu SANGAT DEKAT dengan tapak perkhemahan kitaorang..

Tapi kuasa Allah..Air tu tak mengalir terus ke tapak perkhemahan..Sedikit pun tak naik..Air tu mengalir ketepi..Masa tu memang aku tunggu bila air nak naik sebab hujan memang lebat sangat..dan memang jarak banjir dengan tapak perkhemahan kitaorang sangat dekat..Memang ini kuasa Allah~
Tengok gambar ni..Memang dekat kan?Anak panah tu menunjukkan tempat air tu mengalir..Aku pun pelik kenapa air tu tak masuk langsung tempat kitaorang..Ya Allah hanya tuhan je yang tau perasaan aku bila esok paginye aku masih membuka mata dan dapat tengok kawan2 aku..Aku masih dapat tunaikan solat subuh..

Kami ceritakan benda ni kat ustazah..Ustzah kitaorang ckap ini MAUNAH..Pertolongan Allah pada orang yang beriman..Aku rasa malu sangat masa tu..Adakah aku ni betul2 boleh dikatakan beriman kepada Allah?


Lagi satu keajaiban,kehebatan Allah..Jambatan batu,Pondok batu hancur..runtuh..ranap..Kereta pajero tersadai atas bukit..macam dah gempa bumi aku tengok dek banjir..Tapi apa yang terpelihara?Yang tak terjejas langsung?Sikit pon tak rosak?
SURAU YANG DIPERBUAT DARIPADA KAYU..Surau tu betul2 BERSEBELAHAN DENGAN SUNGAI..

Aku tak tau nak cakap ape..Benda ni semua berlaku depan mata aku..Pertolongan Allah jelas2 depan mata..Kehebatan Allah sudah jelas..
Ya Allah Alhamdullilah~Aku rasa ini peluang kedua yang Allah kasi
untuk aku hidup kat dunia ni~





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cara Rasulullah SAW Menjaga Kesihatan Diri



SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasulullah mengajak umatnya untuk bangun sebelum Subuh bagi melaksanakan solat sunat, solat fardu dan solat Subuh secara berjemaah.

Hal ini memberi hikmah yang mendalam antaranya mendapat limpahan pahala, kesegaran udara subuh yang baik terutama untuk merawat penyakit tibi serta memperkuatkan akal fikiran.


AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasulullah sentiasa bersih dan rapi. Setiap Khamis atau Jumaat, Baginda mencuci rambut halus di pipi, memotong kuku, bersikat serta memakai minyak wangi.

“Mandi pada hari Jumaat adalah sangat dituntut bagi setiap orang dewasa. Demikian pula menggosok gigi dan pemakai harum-haruman.” (Hadis riwayat Muslim)


TIDAK PERNAH MAKAN BERLEBIHAN

Sabda Rasulullah w yang bermaksud: “Kami adalah satu kaum yang tidak makan sebelum lapar dan apabila kami makan tidak terlalu banyak (tidak sampai kekenyangan).” (Muttafaq Alaih)

Dalam tubuh manusia ada tiga ruang untuk tiga benda: Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga lainnya untuk makanan.

Bahkan ada satu pendidikan khusus bagi umat Islam iaitu dengan berpuasa pada Ramadan bagi menyeimbangkan kesihatan selain Nabi selalu berpuasa sunat.


GEMAR BERJALAN KAKI

Rasulullah berjalan kaki ke masjid, pasar, medan jihad dan mengunjungi rumah sahabat. Apabila berjalan kaki, peluh pasti mengalir, roma terbuka dan peredaran darah berjalan lancar.

Ini penting untuk mencegah penyakit jantung. Berbanding kita sekarang yang lebih selesa menaiki kenderaan. Kalau mahu meletakkan kenderaan, mesti letak betul-betul di hadapan tempat yang hendak kita pergi.


TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah ‘jangan marah’ diulangi sampai tiga kali. Ini menunjukkan hakikat kesihatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak pada jasad, tetapi lebih kepada kebersihan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan perasaan marah iaitu dengan mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka hendaklah kita duduk dan apabila sedang duduk, maka perlu berbaring.

Kemudian membaca Ta’awwudz kerana marah itu daripada syaitan, segera mengambil wuduk dan solat dua rakaat bagi mendapat ketenangan serta menghilang kan gundah di hati.


OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis memberikan kesan emosional yang mendalam bagi kelapangan jiwa selain perlu banyakkan sabar, istiqamah, bekerja keras serta tawakal kepada Allah s.w.t.


TIDAK PERNAH IRI HATI

Bagi menjaga kestabilan hati dan kesihatan jiwa, semestinya kita perlu menjauhi daripada sifat iri hati. “Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari sifat-sifat mazmumah dan hiasilah diriku dengan sifat-sifat mahmudah.”

PEMAAF

Pemaaf adalah sifat yang sangat dituntut bagi mendapatkan ketenteraman hati dan jiwa. Memaafkan orang lain membebaskan diri kita daripada dibelenggu rasa kemarahan.

Sekiranya kita marah, maka marah itu melekat pada hati. Justeru, jadilah seorang yang pemaaf kerana yang pasti badan sihat.

"BAHAGIA sebenarnya bukan MENDAPAT tetapi dengan MEMBERI. Sebenarnya, banyak lagi cara hidup sihat rasulullah.. semoga hati kita semakin dekat dengan Nabi yang amat kita rindukan pertemuan dengannya.."-)



Klik button 'share' untuk sama2 mendapat manfaatnya=)


p/s:Berkamping dalam banjir kat taman agrotek hulu langat=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#11 Ustaz Azhar Idrus Kata?



#Klik gambar untuk lebih jelas#



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015