Soalan | Lelaki Suka Pada Perempuan Muda Dan Sebaliknya?


Soalan:

Apa kata anda tentang lelaki yang suka/cinta perempuan yang lebih tua daripadanya dan begitu juga sebaliknya perempuan suka/cinta kepada lelaki yang lebih muda daripadanya?
Situasi 1:Umur tak jauh beza..Beza cuma setahun-3tahun
Situasi 2: Umur jauh beza sehingga 10 tahun


Sebab apa ada sesetengah perempuan berpendapat dia suka pada
lelaki yang Matang dll..


Korang bagi pendapat dan jawapan korang yang tersendiri ok?
Ini just nak mengetahui pendapat orang ramai..
Tiada yang betul atau salah=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Sayang Chemistry Tangan2kan Sayang Add Math Tinggal2kan


Title entah ape!Adakah tajuk bersesuaian dengan cerita?
Takpe baca dulu story:)


Hari dah hari Ahad..
Esok sekolahh..Yeahhh(mata kat atas)

Ngek~esok Isnin then Selasa dah Trial SPM..LOL

Her:Kau dah study hape Farhanah?
Me: Chemistry lagi...(tak habis cakap lagi)
Her:Kau pikiq 'bopreng' hang tu chemist je ke..Aku baling jauh2 buku chemist kau baru tau..Add Math tak nak buat latihan plak..Dah lee Add Math markah macam nak kena sepak ngan aku..Sayang setiap subjek kena sama rata Far..Jangan berat sebelah..Jangan asyik duk melayan chemistry yang lain tu ko biar macam anak tiri..Kang subjek lain 'merajuk' ngan kau baru tau..


Tengok baru cakap sikit dah cakap mengalahkan aku..Pastilahh ada subjek lain aku dah study jugak kan?Giler selama seminggu ni hadap Chemist je..
But2 aku appreciate jugak nasihat kawan aku=)

Takkan nak sayang MR CHEMISTRY je kan?'Bopreng' kan banyak?
Kena kasi kasih sayang yang sama rata kan2?


Tetibe teringat junior aku cakap kakak kpada junior aku cakap Chemistry kan 'U' nanti susah tahap babun..Takpe 'U' belakang citer dulu..hahaha~
-Kata2 semangat Bila terasa jatuh-



Sesuai ke title tu dengan story kat atas?Macam tak macam sesuai..
Story pongg macam kelingg kan?


Arghh entah pape aku ni..Jangan dilayan..
Makin dekat nak Trial makin bioll otak aku ni~



p/s:Kawan sebaya aku baru balik dari kampung hari Ahad..Untunglaa
Adakah dia tak merasai apa yang aku rasa?Dah baca buku kat kampung kott..


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Lagu Raya Cahaya Aidilfitri Versi SPM Student


Bila tiba hari raya
Semua insan bergembira
Tetapi bagiku hanya kesedihan
Yang menyelubungi hidup

Ayah dan juga ibuku
Tiap hari suruh belajar
Terbiarlah aku keseorangan dalam bilik
Yang kepeningan hadap buku

Siapakah yang sudi
Menghulurkan otak pandai mereka
Kepada diriku ini
Agar dapat kurasa
Tak payah baca buku bagai nak rak
Seperti insan yang lain

Ku meminta dan berdoa
Kepada Yang Maha Esa
Tabahkan hati berilah pedoman
Straight A Trial dan SPM

Lirik ini hanya rekaan semata2..Tiada kena mengena dengan yang hidup,nazak atau yg dah meninggal dunia...
Lagu Asal lagi sedapp kodd~



Raya korang tahun ni best ke tak?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#15 Raya Atau Study For Trial?


Bila balik kampung jee semua dok sibuk cakap
"SPM kan tahun ni?"

Raya pertama je gi rumah sedara dah sibuk borak cakap pasal
anak die yang dah berjaya tu~
"Dulu 9A dapat masuk Kurshiah tu..Sekolah tu tak melahirkan pelajar cemerlang tapi amik pelajar cemerlang"

"Trial SPM haritu bagus..Belum result SPM keluar
dah dapat tawaran U itu dan U ini"

"SPM die dulu straight A..Sekarang tengah buat A-level"

Dalam hati Ya Allah memang rendah diri sampai rasa nak campak muka aku ni jauh2..Almaklumlaa aku ni sekolah harian biasa je..PMR punn takdelah bagus mana..Form 5 ni pun result biasa2 je~
Tapi takpelaa..InsyaAllah aku akan buat yang terbaik=)


Raya tahun 2012 adalah paling memBOSANkan becoz raya kedua dah ada kat rumah..Bila keluar rumah tengok rumah kiri dan kanan KOSONG..Tengok rumah2 depan rumah aku KOSONG!

Agak menyeramkan dan membosankan bukan?


Raya kedua dah start puasa ganti..First time dalam hidopp puasa
pada raya kedua..


And2 last but not least lepas cuti raya kan kita TRIAL SPM!



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kuih Raya Habis Sebelum Raya


Raya pun belum start lagi kuih dah tinggal seketull..
Tapi nak buat camner kan?Dah kuit feveret*wink2*

Mintak ayah beli lagi dan lagi..But ayahku cakap:
"beli 10 kotak sekalipun Last2 10 kotak tu masuk dalam perut kakak sorang je"



Aku tak tau ape nama kuih ni..
Tapi yang penting halal, sedap dan masuk dalam perut=)



Time raya kuih raya feveret korang ape?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Spontaneous Thursday#10 Percaya Pada Pasangan!



Jika kita menyayangi seseorang itu..
Janganlah sampai kita sayang dia melebihi kita sayang Allah~

Jika kita sayang yang teramat dengan seseorang itu..
Sepatutnye kita menerima segala kekurangan yang dia ada dan
menerima semua kawan2nya..


Dalam perhubungan perlu ada kepercayaan..
Tanpa kepercayaan diri sendiri juga yang terseksa~


Janganlah kerana terlalu sayang kat seseorang
diri sendiri yang merana~


p/s:Kerana cinta, seseorang yang dulunya baik akan jadi sebaliknya kan?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Baca Quran Tergagap-Gagap Dosa Tak?


Daripada Ibnu Umar r.a. berkata, sabda Rasulullah s.a.w, “Sesungguhnya hati ini berkarat seperti mana berkaratnya besi apabila terkena air.” Seorang sahabat bertanya, “Bagaimana menghapuskan karat tersebut’?

Jawab Nabi s.a.w., banyakkan menyebut mati dan membaca al-Quran.

InsyaAllah kita yang masih hidup ini masih diberi peluang untuk terus belajar dan belajar dalam membetulkan bacaan al quran dan mempelajari terjemahannya…InsyaAllah, sama2 kita perbaiki diri…


Diri saya sendiri pun bukannya betul sangat..Ini untuk peringatan diri sendiri jugak supaya jadi lebih baik dan lebih baik=)InsyaAllah^^





Dah Baca? Like dan Comment la =)

13 Tips Perkahwinan Dari Ustaz Azhar Idrus


TERJAH SINI untuk tau bagaimana untuk MENANG RM1000=)
Janganlah mencari isteri, tapi carilah ibu bagi anak-anak kita. Janganlah mencari suami, tapi carilah ayah bagi anak-anak kita.

Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis, tetapi meminta kepada Allah melalui orang tua/wali si gadis.

Anda berdua bukan menikah di hadapan penghulu, tetapi menikah di hadapan Allah.

Catat dan hitung semua tamu yang datang untuk mendoa’kan anda, kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk BERCERAI kerana menyia-nyiakan do’a mereka.

Bersyukur dan bersabarlah. Anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga, tapi juga semak belukar yang penuh onak dan duri.

Jangan saling berlepas tangan, tapi sebaliknya justru semakin erat berpegang tangan.

Cintailah isteri atau suami anda 100%

Cintailah isteri atau suami anda 100% dan cintai anak-anak anda masing-masing 100%.

Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami dan isteri.

Jangan lupa akan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita semasa menderita.

Boleh bermanja-manja kepada isteri tetapi jangan lupa untuk bangkit secara bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan Anda.

Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut, tetapi selalu berhasil menyelesaikan semua pekerjaan.


Aku memang suka semua gambar2 time Irma Hasmie kahwin sampai sekarang sebab sangat2 nice dan sedap mata nak tengok..Kan2?



Saje je buat entri ni..Trial SPM pongg tak start lagi..hahaha~
Please doakan saya dan rakan2 saya untuk trial SPM LEPAS RAYA=)

Ohsem kan exam betul2 LEPAS RAYA?


#Klik setiap 13 point ayat(bold) yang diberi#

Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM Kisahku#15 Berbuka Puasa Bersama Rakan Sekelas


Sangat best bila dapat berbuka dengan kawan2=)Kan2?
Teringat dua tahun lepas kat asrama time bulan puasa~
Setiap hari Khamis aku akan makan paling kurang 4 mangkuk bubur lambuk..Satumangkuk memang aku punya yang lebih tu dorang taknak aku yangmakan..hohoho~Tapi tak makan nasi laa time tu..

Ok dah lari topik~

Harini 5/08/2012 aku berbuka puasa dengan rakan sekelas dekat
rumah kawan kitaorang=)

First2 sekali kitaorang makan benda ringan2 dulu then Solat Maghrib and
Solat Hajat berjemaah=)
Part yang paling aku tacing bebeno bila imam aka kawan aku jugak baca doalepas solat hajat..Nak menitik air mataku ini~Kalau dia baca panjang lagisepatah tu kompem2 aku dah nangis~

Tak pernah2 selamani aku solat berjemaah yang imamnya lelaki tidak kira diasrama atau di surau atau di sekolah yang aku terasa doa si imam sampai kepangkal jantung~

"Ampunkan dosa kami tidak kira kami sengaja atau tidak sengaja YaAllah..
Berikanlah yang terbaik untuk kami x3"

Itulahh part2 yang memang boleh buat aku menangis~

Then2 kitaorang pon mulalah start makan and2 last2 sekali kompem2 laabergambar kan?hahahaha~

Kena tepek jugak kan muka tuan rumah dengan kucing die sekali..hohoho~
Cerita buka puasa Tahun Lepas -->Klik Sini..


Ini semua bakal jadi kenangan di zaman sekolah..huhuhu~
Tak selamanya kan kita jadi remaja dan pelajar sekolah?huhuhu~



Sesiapa yang dah tak bersekolah lagi tu share2 la apa kenangan tak leh lupa selam lebih kurang 5 tahun kat sekolah menengah=)


p/s: Btw susah nak dapat bubur lambuk yang ohsemm kat Bangi ni..
Tenshion gue~


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Dalam Blog Lain Reality Lain..Apa Kata Anda?


Kawan aku ada cakap:
"Farhanah ni kat blog dengan reality memang sangat lain"
"Farhanah dalam blog memang lain dari depan mata kita"

Aku pun cakap lah: "Ye laa2..Aku nak jadi seorang yang pendiam tapi amatlah bijak lebih bijak dari Iffah and nak jadi sopan santun..Kompem2 makcik2 kat luar sana pinang aku untuk anak laki dorang=P"

Mereka membalas: "OHHEMMGII!!Jangan Farhanah..Lain jadinyer..Kalau kau jadi camtu maknernyer dunia ni dh tak normal"

Me: "Ciss!So apa yang lainnye aku dalam blog and realitynye?"

Mereka: "Aku pun tak tau..Tapi memang lainnlahh"


Ada lagi beberapa orang manusia berkata begini:
"Dulu kalau tengok masa belum kenal saya tengok sopann jee..Ingatkan pendiam..Baik jee..Sopann sanntunn je..Bila dah kenal..Allahhh..Kalau orang tu senyap jee bukan Farhanah laa tu..
Kalau tak sengal2 tak giler2 tu lagilahh bukan"



Jadi boleh tak korang sumer bagitau ape first imression korang terhadap diri saya yang tak seberapa bedasarkan blog ini?Or sepanjang bagi mereka yang dah lama menepek kat blog aku yang serba kekurangan ni apa yang korang bayangkan tentang pemilik blog ini?
Ini muka suci beberapa tahun lepas maybe..Tahun ni muka dah tak suci sudah dicemari dengan jerawat2 yang suka menyemak kat muka ini~


Hope korang bagitau jee dengan jujur yang baik atau sebaliknya sebab kalau sebaliknya insyaAllah akan diperbaiki=)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015