Punca dan Cara Merawat Bibir Kering dan Mengelupas


PUNCA-PUNCA BIBIR KERING
  • Pencemaran udara serta debu.
  • Perubahan suhu yang boleh menyebabkan bibir tidak dapat beradaptasi sehingga bibir menjadi kering serta pecah-pecah.
  • Makanan yang terlalu masam atau masin.
  • Tabiat merokok, minum kopi berlebihan serta minum alkohol.
  • Kurang pengambilan buah-buahan serta sayur-sayuran.
  • Kurangnya minum air.
  • Menggunakan kosmetik yang bahan-bahan kimianya terlalu kuat atau disebabkan oleh alergi terhadap kosmetik tertentu.
  • Menggunakan ubat gigi yang mengandungi detergen berlebihan.
  • Tabiat suka menjilat bibir dengan air liur.

TIP PENCEGAHAN BIBIR KERING DAN MENGGELUPAS


  • Gunakan balm bibir yang mengandungi tabir suria serta pelembap. Sinaran matahari merupakan salah satu faktor penyebab kepada masalah bibir kering dan pecah-pecah. Oleh itu, penggunaan krim tabir suria adalah sangat penting. Begitu juga dengan pelembap yang diperlukan supaya kelembapan bibir anda kekal terpelihara terutamanya ketika melakukan aktiviti seharian.
  • Pilihlah gincu yang sesuai serta mengandungi pelembap. Sewaktu anda membeli produk-produk kecantikan contohnya gincu, perhatikan kepada kandungannya. Pilihlah gincu yang mengandungi emolien serta mengandungi bahanbahan semula jadi serta berpelembap.
  • Sentiasalah membasahkan bibir anda dengan air putih. Bukan dengan menjilatnya dengan lidah kerana di dalam air liur terdapat kelenjar dan enzim yang boleh menyebabkan bibir anda kering serta pecah-pecah. Cukuplah sekadar meminum air putih atau segelas air putih untuk membasahi bibir.
  • Minum air putih lapan gelas setiap hari. Langkah ini dapat membantu mencegah berlakunya dehidrasi yang boleh mengakibatkan bibir kering dan pecah-pecah.
  • Segera bersihkan sisa lipstik sebelum tidur. Gunakan skrub bibir dengan gerakan memutar selama beberapa minit. Kemudian bersihkan bibir dengan tuala lembut yang dibasahkan terlebih dahulu dengan air suam.
  • Ambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran. Pilihlah sayur-sayuran dan buah yang mengandungi vitamin C, B, E dan mineral. Kadar air yang terdapat pada bibir juga membantu tubuh terhindar dari dehidrasi.
  • Jauhi tabiat merokok dan minum alkohol. Bahan kimia yang terkandung di dalam sebatang rokok boleh menyebabkan lebam kehitaman pada bibir. Manakala alkohol menyebabkan bibir mudah kering.
  • Sapu pelembap bibir pada waktu malam sebelum tidur. Selain itu, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembap semula jadi seterusnya memberikan khasiat kepada bibir.
  • Lakukan urutan bibir dengan menggunakan minyak zaitun. Urutan akan membantu melancarkan sistem peredaran darah pada bibir seterusnya bibir menjadi sihat. Sapu minyak zaitun pada bibir sewaktu urutan.
PETUA TRADISIONAL
  • Sapukan dua titik madu lebah asli pada bibir setiap malam sebelum tidur dan lakukan setiap hari.
  • Sapukan getah pokok sena yang berwarna merah pada bibir yang pecah. Dalam masa dua hari luka akan sembuh.
  • Sapukan pati susu pada bibir setiap hari. Bibir akan kelihatan lembut dan kemerahmerahan.
  • Bersihkan sepotong halia segar, kupas kulitnya kemudian tumbuk hingga lumat dan perah airnya. Gosokkan hampas halia tersebut pada bibir untuk bibir yang lebih menawan dan kemerah-merahan.

Orang cakap Lip Ice ni berkesan dan terkesan?Sape pernah cuba yang ni?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cara Terbaik Untuk Dapatkan Kejayaan




Suatu masa dahulu ada seorang pemuda. Dia ingin hidup sebagai seorang yang berjaya. Dia terfikir-fikir bagaimana cara yang terbaik untuk meraih kejayaan dalam hidupnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk bertanya tentang itu kepada seorang guru yang bertapa di kaki gunung berhampiran dengan tempat tinggalnya.


"Wahai guru, bolehkah tuan terangkan kepada saya rahsia untuk mencapai kejayaan dalam hidup" tanya pemuda itu.


Guru itu diam seketika seolah-olah memikirkan jawapan kepada soalan tersebut. Akhirnya beliau mengajak pemuda itu berjalan menuju ke sebuah kolam yang berhampiran. Guru tersebut meminta pemuda itu masuk ke dalam kolam. Pemuda itu tanpa banyak soal, segera mengikut arahan guru tersebut. Paras air kolam itu sampai ke dada pemuda tersebut.


Tanpa diduga, guru tersebut menekan kepala pemuda itu masuk ke dalam air. Pemuda tersebut meronta untuk mengangkat kepalanya. Dia tidak boleh bernafas di dalam air. 


Beberapa minit kemudian, guru tersebut melepaskan pemuda itu. 


"Wahai guru yang bijaksana, apa maknanya perbuatan tuan? Adakah tuan ingin melemaskan saya hanya kerana saya bertanya tentang rahsia untuk berjaya dalam kehidupan?"


Guru tersebut tidak menjawab pertanyaan pemuda itu sebaliknya beliau bertanya satu soalan.


"Ketika kepala kamu di dalam air tadi, apakah yang paling kamu inginkan?" tanya guru tersebut.


"Sudah tentulah saya inginkan oksigen untuk bernafas. Saya tidak mahu mati kelemasan di dalam air tersebut" jawab pemuda itu.


"Anakku, sekiranya kamu inginkan kejayaan sebagaimana kamu ingin dan perlukan oksigen untuk bernafas, maka kamu akan mengerti rahsia sebenar untuk mencapai kejayaan dalam hidup kamu" jawab guru itu seraya berlalu pergi meninggalkan pemuda tersebut.


Sekiranya kita mempunyai sebab-sebab yang kuat, insyaAllah tidak ada satu pun yang tidak dapat kita buat. Di mana ada  keinginan, di situ ada jalan. Kita akan berusaha sedaya upaya mencari jalan tersebut. Kejayaan tidak datang bergolek atau tiba-tiba tercampak di hadapan kita . Ia tidak akan datang hanya dengan berharap tanpa usaha. Kita harus ada strong reasons yang mendorong untuk kita berusaha . Strong reasons itu menjadi tenaga yang menggerak urat saraf dan kekuatan kita untuk berusaha bagi mencapai kejayaan yang kita idamkan. Misalnya seorang ibu tunggal yang mempunyai beberapa orang anak kecil. Keinginannya untuk melihat anak-anaknya mendapat makanan yang baik dan mendapat pendidikan yang sempurna menjadi sebab dan dorongan yang kuat untuk dia berusaha. Sedaya upaya dia mencari jalan dan sudah tentu dia akan berhadapan dengan bermacam ujian dan dugaan. Namun anak-anak itu menjadi sebab yang kuat untuk dia tidak mengaku kalah. 


Justeru, untuk mencapai kejayaan, kita perlu ada strong reasons. Strong reasons ini yang memberi kita tenaga untuk bergerak dan berusaha.

InsyaAllah adanya USAHA+DOA+TAWAKAL=KEJAYAAN =)

Ramai2 TERJAH SINI ! JOM !



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Usaha Gigih Nak Dapatkan Kejayaan


-->KLIK SINI <--
Result Trial kalini tak seberapa..Markah yang tidak sepatutnya dapat..Tapi kebanyakan subjek hilang markah sampai 20 markah lebih hanya disebabkan CUAI! Rasa macam nak koyak2 kertas exam.

Cuba bayangkan soalan mintak teknik plot aku bagi jawapan PLOT..Math pulak dah tulis dah formula yang nak pakai untuk soalan tersebut tapi pakai formula lain..Macamana tu kan?Dan banyak lagi..
And tadi kawan aku cakap "Kau ajar aku bab ni before exam tapi kenapa kau tak boleh jawab" "Kau ajar orang Chemistry tapi budak2 yang kau ajar result die lagi tinggi dari kau..Kenapa begitu?"

 -Terpaksa berhenti!-

 -Gigih*laasangat* download soalan trial dari negeri2 lain*

Orang selalu cakap kalau kita ajar orang kita makin pandai kan?Tapi teori tu tak berkesan kat aku..Makin aku ajar orang makin sengall la otak ni~

Tapi takpela aku anggap semua ni Allah nak tunjuk kat aku kesalahan yang bakal aku buat time SPM tapi Dia nak aku elakkan semua tu time SPM and semua ni kira BALASAN dosa2 aku yang lepas.



InsyaAllah ini adalah entri terakhir yang panjang..Lepas ni samaada tak update langsung sampai tamat SPM or buat entri copypaste je..hahaha~
Telah kutanamkan dalam diri ini NAK JUGAK dapat A macam orang lain!
(semangatberkobar2laasangat)
Doa kalian semua amat2 dialu2kan=)


-->PICIT SINI<--



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Mengutuk Orang Di Twitter Akhirnya Terkena Jua



Beberapa hari lalu kecoh ditelingaku ini budak form 2 perempuan mengutuk pelajar senior budak kelas katering dan mpv di twitter..
Antara kata2 budak form2 yang mengutuk tu ialah
"budak mpv ngan katering ni baik tolong mak dia masak kat rumah je datang sekolah bukan belajar pon"
"kelas mpv ngan katering untuk budak low2 je kat situ la"

Ngeng gila budak form 2 tu..Aku selaku pelajar kelas sains pun terbakar dan hati pon terbakar bila budak tu kutuk macamtu..Aku sendiri pon tak pernah terfikir nak berkata gitu pada mereka. Apatah lagi bila budak mpv dan katering tau kan?
(gambar hiasan)

So apa lagi beberapa hari lepas tu apalagi kenalah hentam dengan senior.Kalau aku ada kat situ maybe aku pun turut sekali hentam budak perempuan tu..hahaha~Saper tak marah kodd kena hina macam tu kan?

Yes aku akui budak perempuan form 2 tu cantik dan die merupakan kelas atas but kelas first skali pun kalau mulut mcam longkang kira bodoh la tu kan?Siapekah die untuk mengutuk kelas orang lain?Tak selamanya dia kelas atas rite?
(gambar hiasan)
So pengajarannya disini ialah siapa pun kita espicially kita punya kelebihan dan berada diatas kita tak berhak sama sekali untuk menghina/mengutuk orang yang punya kelemahan or ada dibawah kita. Sebab setiap orang ada kelebihan dan kekurangan masing2 dan dunia ini bagai roda ada masanya kita diatas dan ada masanya kita dibawah=)


Aku percaya jika budak form 2 ni tak insaf dan masih nak belagak yang die ni "pandai sangat" tak mustahil last2 die yang jadi pelajar katering/mpv 2tahun akan datang kan?Sebab Allah itu Maha Adil=)


Pernah tak korang kena macam tu?
Kalau korang kena macamtu apa reaksi korang?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Jom Tingkatkan Followers Sampai Lebam


Bismillahirrahmanirrahim=)Disebabkan masa yang terlalu singkat *laasangat*disebabkan SPM tu makin2 la dekat jadi aku sertai segmen jee laa kan senang?Mudah dan cepat..hahaha~
Jadi InsyaAllah jika ada kesempatan masa tu pasti saya terjah semua blog yang join=)
Korang2 doakan saya rajin belajar and2 dapat kejayaan time SPM tau^^Korang2 yang singgah blog ni kalau ada kekurangan blog ni nyatakanlahh kat comment box ye..InsyaAllah akan diperbaiki kekurangannya^^
Jumlah follower setakat ini=)

And2 kalau sudi nyatakan juga korang dari negeri mana^^Saya blogger Selangor:D Sambil BW sambil2 tu boleh berkenalan antara satu sama lain=)





Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kenapa Result Exam Teruk?


Me: Kenapa exam ni teruk bebeno..Macam nak kena hempoke ngan aku je ni!
Orang lain dah capai A aku baru nak capai C..LOL~

Her: Cuba kau flashback balik adakah result kau sekarang ni bersesuaian
dengan usaha kau sebelum ni?

Me: Ok Paham..Kbye..


Hanya kawan aku ni jee yang dapat MEMBUKA MATA aku..
Kesedaran nak SPM tu ada tapi usahanya tak banyak mana..hahaha~


InsyaAllah masa itu ada lagi untuk mengejar kejayaan time SPM nanti=)
Tinggal beberapa minggu jee lagi nak SPM:)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Lulus Add Math Dalam Satu Hari


OPEN THIS<--click

Kat bawah ni adalah antara keyword yang aku dapat.
But ada satu keyword yang menarik perhatian aku

Iaitu Cara Untuk Lulus Add Math Dalam Satu Hari..
Aku pun berfikir adakah orang tersebut fikir harini nak SPM
baru semalam nak kuasai Add Math?

Bagi aku jika apa yang kita nak termasuklah jika mahu HANYA LULUS Add Math semuanya perlu diusahakan sejak awal lagi=)
Kerana Usaha+Doa+Tawakal=Kejayaan:)
Kejayaan takkan datang bergolek jika hanya bertawakal dan
Kejayaan juga tidak datang jika kita hanya berusaha tanpa berdoa dan bertawakal kepada Allah~


Lagi beberapa hari nak habis Trial!Oh Yeahh=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Pandangan Berbeza Lelaki dan Perempuan Tentang Berat Badan

Haritu pada 2 SEPT 2012 dapat timbang berat badan...
Then dari situ baru dapat tau aku ni naik 5 kilo LOL~

Berat badan terkini 62 kg..
Bila cakap dengan orang lain pasal berat badan aku ni..
Semua pelik and dok cakap
"Aku rasa kau kena buang sparuh tulang kau ni"
Sebab dari dulu orang pelik dengan tak percaya termasuk penceramah kesihatan tanya 10 kali balik kat aku "Betul ke berat awak yang ni?Tak terlebih"..
Tak kisah laa tulang aku yang berat or aku memang berat then sejak tu aku dah berfikir2 strategi turunkan berat tulang..

Then ada suara yang mengatakan:
Him: Lelaki kalau naik berat badan tak macam perempuan..Lelaki relaks jerr walau dah naik 5kilo jugak..
Perempuan naik sikit je dah gelabah..

Me: Helloo!Lelaki lain Perempuan lain pemikiran die..
Lelaki badan TAF takpe..
Perempuan badan taf?Hang pikiq sendiri..

Lagipun disebabkan salah seorang my parents ada darah tinggi and kencing manis so of course laa dari sekarang kena jaga kesihatan yer dak?

Sebab memang ye tak sampai 50% pun kemungkinan kita kena jugak tapi bayangkan jika dah 60% kita memang tak jaga makan and lagi 40% adalah penyakit keturunan komfem2 kita kena..
So lebih baik mencegah daripada mengubati=)


Cerita dulu: SINI dan SINI..

So apa pendapat korang tentang perbezaan pemikiran tentang berat badan antara lelaki dan pempuan?
Betul tak apa yang saya fikirkan?Ke ada point korang nak tambah?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Soalan | Apa Beza Suka Dan Cinta?


Soalan:

Bagaimana kita nak mengetahui kita suka ke cinta ke terhadap orang yang berlainan jantina dengan kita?

And2 apa beza SUKA dan CINTA?



Korang dialu2kan untuk menjawab soalan ini=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Hari Raya Pertama Tahun Ini Bagiku


Pada 1 SEPT 2012 yang lepas, percaya itu adalah raya pertama bagi aku?
Pada Sabtu lepas tu laa baru aku kata "Ini baru dinamakan raya..LOL"

Sebab apa orang lain dah 2 minggu beraya..
Aku pulak baru hari ru kata raya?

Sebab raya pertama malam aku dah ada kat Bangi yang sunyi sepi and2
sampai aku sempat habiskan 5 hari puasa ganti..LOL..

Pada Sabtu lepas aku sempat raya 5 buah rumah..
Sebenarnya dalam perancangan nak raya 15 buah rumah sehari..Gila tak?

Kitaorang beraya naik basikal je Dari Seksyen 7 Bangi ke Seksyen 5 Bangi..
Memang best naik basikal ramai2 dengan mereka=)

Pada hari itu aku berkesempatan jumpa senior2 aku dulu..
Seriously I really2 miss them=(
Tapi tak semua ex2-senior dapat jumpa=(


Ini Kanak-kanak riang..hahaha=)


Orang lain hari pertama raya dah post pasal raya ku entah raya ke berapa baru nak cerita pasal raya..hahahaha~

Tapi kira ok laa tu sebab kawanku kata aku boleh raya selepas trial je..
Lepas trial tinggal 3 hari jee lagi nak habis syawal..

Time tu agaknya ada orang bukak pintu lagi ke untuk raya?
hahaha~




P/s: Jom LIKE PAGE saya =) Terima kasih :D


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Segmen Up Follower & Tambah Kenalan Part 3


miss Z berceloteh
Nak join Klik Header atas ni=)


Saya Blogger SELANGOR=) And2 follower yang terkini 2601 :D
Kepada sesiapa yang First time sampai blog ni Selamat Datang dan
Jemput Masuk 'Rumah' saya^^

And2 dikesempatan ini saya mohon doa kalian untuk doakan kejayaan saya
untuk Trial SPM yang sedang berjalan dan SPM tak lama lagi:)


Segmen tamat pada 10 SEPTEMBER 2012, JAM 2 PETANG..


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015