Aktiviti Budak Lepasan SPM

Bismillahirrahmanirrahim :)

Setalah 3 hari bergelar EX-STUDENT SMKJR kadang2 terasa cam pelik pon ada. Masa tu berlalu macam cepat sangat. Aku semakin takut dengan masa depan yang belum tentu berjalan dengan baik.



Tapi takpe itu fikir pada waktu yang sesuai. Ceyh bila pulak waktu yang sesuai -,-

Sebelum SPM dan semasa SPM ada beberapa perkara yang aku mahu buat setelah TAMATnya SPM, iaitu:
Makan megi, Minum coolblog, Makan wedjes kfc, belajar masak dari mak jannah, buat twitter, qadaq waktu tidur dan goyangkan kaki lama sikit. 
Lolz nampak sangat macam ntah pape je budak ni.


Last day SPM. Plagiat gambar from IFFAH =)



Ada yang seangkatan denganku dah dalam proses amik lesen and dah ada kerja dah pon and yang penting dah enjoy!

But aku ni lepas SPM sibuk nak packing barang untuk PINDAH RUMAH..
Rasa macamm..Arghh pindah rumah itu amat menyakitkan hati dan tak beshh!




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ciri-Ciri Calon Suami Idaman Hati

Bismillahirrahmanirrahim =)


Baru 2 hari habis SPM nak cakap pasal calon suami..Hakpuih!Tuih!Gatai bebeno aku ni..hahaha..

Tapi salah satu ciri yang WAJIB ada pada calon suamiku *gelikoddnaktulis* ialah GILA DURIAN..Bukan Suka Durian tau..

Sebab kalau suka setakat 2-3 ulas dah berhenti..
Gila makan berbiji2 pon masih jalan jee tanpa henti..
Kat rumah aku ni cuma ayah dan aku je makan durian..Ayah dah tak boleh makan banyak sangat..So makanlah aku durian sorang2 berbiji2 dengan muka sadis tapi hati happy..lulz..


So sape kat sini suka makan durian?Kalau bukan raja buah ni yang korang suka, korang suka buah2han ape?


Follow me at Twitter @FarhanahSA


Dah Baca? Like dan Comment la =)

TUTORIAL > Line Di Post Footer

Bismillahirrahmanirrahim =)



Alia Syuhada ada tanya benda ni..Sorry lambat jawab sebab ketika itu saya masih SPM~Maksudnya adalah seperti gambar dibawah dekat bawah sekali post ada dua line =)

1) Pergi ke TEMPLATE-->EDIT HTML-->PROCEED

2) Search using ctrl+f code kat bawah ni: 
     .post-footer {

3) COPY CODE bawah ni: 
    margin:0.25em 0;
padding:10px 10px;
color: #13E613;
text-align: center;
border-top: 2px inset #13E613;
border-bottom: 2px inset #13E613;
font-size: 100%;
}   

4) Dah copy? Paste kat bawah code .post-footer { yang korang cari tadi..

MERAH: Ikut warna korang suka..Cari DI SINI !
BIRU: Alignment ayat kat post footer..Boleh tukar right/left/center.
PURPLE: Ikut pilihan korang dashed/inset/outset/ringe..

5) Tekan preview dulu baru save =)




p/s: SPM DAHH HABISSS!!!! Apa perasaan korang dan apa yang korang buat pada last day sekolah?



Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#15 Which One Is/Are Your Phone?

Bismillahirrahmanirrahim =)








Dah Baca? Like dan Comment la =)

Ciri-Ciri dan Perangai Anak Ketiga dan Karakter Anak Tengah !

Bismillahirrahmanirrahim =)

Hari ini merupakan hari ketiga bercuti selepas 4 hari berhempas pulas bertungkus lumus jawab SPM..Cehh ayatt..
So harini merupakan hari kedua pi melawat blog2 orang lain setelah sekian lama tidak berbuat demikian akibat daripada ke-busy-an menghimpit diri serta memaksa diri ini Belajar Belajar Belajar!
Lalu terjumpa la idea untuk hupdate blog^^Jom ketahui ciri2 anak ketiga^^Pemilik blog ini merupakan anak ke-3 daripada 5 beradik^^
1) Yakin diri

Sesetengah pendapat memberikan ciri-ciri anak ketiga sebagai seorang yang yakin diri walaupun jika dilihat pada fizikalnya, korang macam tak mampu, tapi kredibiliti korang adalah sebaliknya. Korang mudah bergaul dengan siapa sahaja dan korang tampil yakin dengan diri korang. Pembawakan diri korang amat disenangi kawan-kawan.
KOMEN SAYA: kawan pernah cakap aku ni muka blur sengal2 tapi tak disangka ada kebolehan yang tersembunyi..Part disenangi kawan2 tu tak tau..Tanya dorang..haha..

2) Sukar bertolak ansur

Mungkin dipengaruhi oleh persaingan antara adik beradik, korang dikatakan paling sukar untuk bertolak ansur. Korang tak mudah mengalah dan kadang kala sikap keras kepala boleh terbawak sama. Dalam sesebuah perbincangan, korang akan mempertahankan hujah korang dan kadang kala boleh menyebabkan orang lain terasa hati.
KOMEN SAYA: Yeahh..Part mempertahankan hujah sampai orang lain terasa hati tu pernah terjadi..Lepas tu belajar dari kesilapan:)


3) Mudah kasihan

Sikap anak nombor tiga adalah kaya dengan pemurah dan perasaan kasih sayang. Korang sangat mudah dipengaruhi oleh perasaan ini dan kadang kala sikap mudah kasihan korang menyebabkan korang mudah terpedaya. Jadi, hati-hatilah yer!
KOMEN SAYA: Pernah diperdaya dengan budak FORM 3! Ciss!

4) Boleh menyerlah tapi menyembunyikannya

Melihat kepada potensi, korang boleh menjadi seorang yang sangat menyerlah. Tapi disebabkan sikap pemalu korang, adakalanya korang hanya berdiam diri dan melepaskan peluang yang ada. Korang perlu bijak untuk memilih platform untuk menyerlah kerana platform korang boleh membantu korang untuk lebih berjaya.
KOMEN SAYA: Sama seperti no. 1..Sembunyi sebab malu..hahaha..
                                           

5) Sikap malas dan manja

Anak ketiga dikategorikan sebagai seorang yang manja sehingga kadang kala membawa kepada malas. Korang perlu di'push' oleh sesorang atau sesuatu untuk korang terus ke hadapan. Sedangkan potensi diri korang sememangnya ada. Malahan kadang-kadang sikap malas korang ni boleh membawa kepada kejatuhan diri sendiri.
KOMEN SAYA: Agak setuju..HAHAHAHA!

6) Tidak suka menimbulkan masalah

Korang sangat optimis dalam menangani masalah. Sering melihat masalah dalam sudut yang positif dan cuba sedaya upaya untuk menyelesaikannya. Korang juga akan cuba membantu seberapa yang korang boleh dan akan menyenangkan orang lain seadanya. Sikap korang ni sangat disenangi kawan-kawan. Sebab tulah korang ada ramai kawan!
KOMEN SAYA: Prinsipku SELALU THINK POSITIVE! Part disenangi tak tau!


KARAKTER ANAK TENGAH

- lebih pelik sedikit dari anak-anak yang lain.
- gemar membuat hal sendiri.
- Seringkali terasa terpinggir. 
- cuba untuk melakukan yang terbaik bagi diri mereka tanpa mengharapkan bantuan orang lain.

CIRI-CIRI ANAK TENGAH

- lebih berdikari.
- lebih percaya dengan keyakinan sendiri.
- suka mencuri perhatian dengan cara tersendiri.
- terlalu mengalah

KOMEN SAYA: Malehh nak comment..hehehe~

Info dari SINI dan SINI ! Nak tau ciri2 anak lelaki yang sesuai anda kahwini DISINI !Ciri2 anak pertama, anak kedua dan keempat DISINI! hehehe~


Siapa anak ketiga?Sep mehh!hahaha~

Korang pulak anak keberapa?


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Zaman Persekolahan Paling Seronok Kan?

Bismillahirrahmanirrahim :)

Lagi 5 hari lagi nak habis SPM..Dan lagi 5 hari jugak tamatnya gelaran aku sebagai pelajar sekolahh...

Bukan setakat berat hati nak tinggalkan sekolah,kelas,tandas sekolah,semua jenis makmal sains, surau dan segala prasarana sekolahh..


Berat hati juga tinggalkan guru2, kawan2 espicially budak2 librarian.. Sememangnya banyak kenangan aku bersama budak2 librarian..Sebab kesana dan kemari termasuk raya punn aku bersama dengan mereka..

Sayang mereka kerana Allah:)
Terpikir jugak diri ini bagaimana laa nak mengatasi kerinduan aku pada mereka bila dah berjauhan dengan mereka..Sebab belum pasti lagi setelah berpisah akan bertemu kembali kan?

Zaman paling menyeronokkan ialah zaman persekolahan kan?



Tahun persekolahan mana paling korang tak dapat lupakan?Share2 la cerita=)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

SPM : Kepala Tak Berasap Tak Sah !

Bismillahirrahmanirrahim:)


Sepanjang 4 hari SPM berlangsung subjek BM,BI,MATH MODEN dan SEJARAH :
Masuk dewan muka happy and hati berbunga-bunga,
bila keluar je dewan muka berkerut2,kepala otak berasap whoooaaa walau subjek BM sekalipun..

Tak pernah sekali pun bila keluar dewan hati tenang..

Itu belum lagi subjek SC yg laun sperti ADD MATH, PHYSIC, CHEMISTRY & BIOLOGY..Rasanya kepala otak ni boleh meletup lebih teruk dari gunung berapi bila keluar dewan..huh...


But walau sesusah mana pun soalan tu aku akan usaha juga untuk menjawab dan takkan sekali2 membiarkan ia kosong dan yang paling penting bagi aku sangat rugilahh orang yang keluar dewan awal sebelum waktunya..
sebab kadang2 time2 last minute laa Allah tolong kita spt aku time jawabb paper sejarah yg mula hampir putus asa tak ingat  nama tempat bdasarkan gambar..tapi dapat jugak ingat beberapa saat sebelum tamat..hehe..

"WAThefish gambar senang ni boleh lupa..astaghfirullah"
Selepas tu entah macam mana ilham/tiba2 je kodd ingat balik gambar tu..
Angkor WAT rupernyer..Almhamdullilah..



So konklusinyer disini jangan sekali2 putus asa terhadap pertolongan Allah..Yang penting ialah YAKIN KITA TERHADAP PERTOLONGANNYA dan BERUSAHA sehingga Masa yang terakhir..



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015