Preparation For Umrah

Bismillahirrahmanirrahim :)


Baru tadi pukul 11.54pm baru siap packingnya. Semalam cara packing bajunye lain harini lain bila kak xila cakap kena lipat gulung2 gitu.hehehe.


Semalam lipat membantai je yg sebelah kanan. Yang sebelah kiri tu baru lipat rapi2 kemas2 gitu walaupun takdelah kemas sangat-,-



Esok bersamaan 15hb jam 4.30 am bertolak dari rumah ke KLIA. Jam 9 pagi insyaAllah flightnya :)

Rasa excitednye sampai taknak tidur. Nak tunggu 4.30 pagi terus siap terus gerak gi KLIA. Tapi dalam masa yang sama berdebar juga huhu.

Sempat call sahabat dunia akhirat aku. Sejam jugak borak kat phone hee.

Her: Nanti jangan lupa doakan kita result cemerlang SPM nanti bla3
 dan jodoh yang baik.
Me: Boleh tak aku doa aku nak kawin anak tan sri?heee.
Her: Doa kau dapat suami yang soleh.Anak tan sri tu bukan tak boleh. Masalahnya kau tak sekufu dengannya. Kita dari keluarga sederhana nak kahwin dengan orang yang sangat kaya. Diibaratkan Pengarah nak kawin dengan tukang cuci. Sesuai tak?Itu maksud aku. Kau tak dapat anak tan sri tapi kau dapat suami yang soleh. Bila kau dapat suami soleh insyaAllah segalanya kau akan dapat. Alahhh setakat nak beli stok choki2 untuk setahun tu takdehallah.Asalkan dia mampu tanggung kau dan bakal anak2 kau nanti.
Me: Yelahh kau tak restu aku kawin dengan anak tan sri nak buat camne kan?Ni nak nangis ni. hehe
Her: Biar kau tak dapat anak tan sri. Asal bakal laki kau tu mampu bimbing kau untuk jadi hamba Allah yang baik.


Bila ada apa2 hal pendapat or hape2jelah aku suka tanya dia cakap dengan dia. Sebabnya nilah. Bila dia tak setuju pendapat or perbuatan aku dia tau camner nak betulkan dan nasihatkan aku yang tak betul ni. Kalau aku salah tak pernah die tak tegur.Pasti ditegurnya :)
Sebab tu aku sayang dia sangat2 dunia akhirat. Jiran sejak umur 4 tahun until 17 tahun. 


NOTA KAT BAWAH : Doakan saya selamat pergi dan balik serta dipermudahkan segalanya. Saya doakan semua yang membaca ayat saya sekarang ni dapat pergi kesana juga :)
Lepasni update apa2 cerita saya kat sana selama 2minggu hanya di facebook dan twitter  saya sahaja.InsyaAllah Jika ada kelapangan.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Time Packing Baju Dalam Beg

Bismillahirrahmanirrahim :)


Paling tak suka nak packing baju2 dalam beg. Tapi nak pergi jugak kesana hehe. Tak suka sebab ada jee barang yang nak dimasukkan tapi tak jumpa. Situasi ni sama ketika 3 tahun lepas bila nak balik asrama-,-


'Ibu,nampak stokin kakak tak?Baru pakai sehari dah hilang-,-'
'Adik,nampak tak tudung peveret kakak tu?'
'Abang nampak tak stongan kakak tak?"

But my brother said: What is stongan?Krik krik krik-,-

Kalau boleh tanya kucing aku dah lama tanya kucing-,-

Entah betul ke tak cara aku lipat bagai main bantai jee heee

Perbalahan yang tak berapa nak balah pon berlaku juga dengan my mom hoho. My mom tak suka seluar tidur yang berbelang2 tu sebab seluar tu dah lusuh buruk dll bak kata my mother laa. 

Tapi itulah seluar peveret gue. Kalau seluar tu dah basuh terus pakai kira hampir setiap harilahh. Walau kemana jua aku pergi pasti aku bawak seluar tu hoho.


Hari jumaat jam 4.30 am nak bertolak dari rumah. Tapi baru tu jee yang baru disumbatkan dalam beg tu-,-

This is my first time pergi meninggalkan rumah sejauh ini selama ini dan first time juga naik eroplane. Alhamdulillah. Permulaan aku dimulakan di tempat yang penuh barakah :)


NOTA KAT BAWAH: Anda mahu pergi manakah?Tengok KAT SINI. hehe. Alhamdulillah:)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tak Bertudung Tapi Solat 5 Waktu Dijaga

Bismillahirrahmanirrahim :)
Saya freehair saya jahat. kayy. 
Walaupun saya freehair solat 5 waktu saya jaga tau.

First sekali pasal ayat pertama. Tiada sape yang mengatakan freehair itu jahat kecuali manusia2 yang suka judge by it cover. My prinsip is Hate the sins, Not the sinners
Sama juga dengan perempuan bertudung tapi cara pemakaiannya ada silapnya. Hate the sins, Not the hijab or sinners.


Ayat kedua tu pulak, kadang nak je cakap 'lepasni solat takyah pakai telekung pakai je apa yang dipakai sekarang'. Itu hati jahat yang cakap hahaha.
Alhamdulillah cukup solatnya :) Ibadahnya berpahala tapi perbuatannya membuka aurat itu tetap berdosa. 

Guru saya pernah berkata 'Solat, puasa itu sah. Tapi cuba bayangkan hari2 dan hampir setiap saat aurat kita dilihat oleh bukan mahram. Adakah kita yakin pahala kita cukup?Adakah kita 24 jam buat pahala? Jadi pahalanya tak dapat nak cover dosa yang kita buat. maksudnya dosa lebih banyak dari pahala.' Maklumat lanjut DISINI!
Tapi harapnya Ibadah kita diterima oleh Allah. Walaupun kita beribadah solat tahajud tiap malam tapi still tak mau tutup aurat tu, for me dalamnya iaitu hatinya telah rosak. Dalam hadis nabi dalam badan kita ada seketul daging jika baik daging itu maka baiklah seluruhnya dan sebaliknya.

OR maybe ada kekurangan time solat kita. Sebab solat kan mencegah kita dari perbuatan mungkar(Al-ankabut:54). Maybe tak khusyuk ke or solat di akhir waktu?

Kekalkan dan istiqamah dalam ibadah yang lain. Dalam masa yang sama perbaiki diri sendiri untuk menjadi lebih baik dan berusaha untuk menutup aurat dengan sempurna. Yang penting ada usaha kearah lebih baik tu :)


Saya doakan kita semua termasuk saya sendiri dapat menjadi hamba Allah yang Dia Redhai dan berkati. Saya doakan saya dan korang semua diberi kekuatan dan hati yang tetap untuk melaksanakan perintah Allah dengan Istiqamah. 


NOTA KAT BAWAH: Hate the sins Not the sinners/hijab. Kurangkan Dosa Tingkatkan pahala. Belajar menerima teguran orang lain. Belajar untuk tidak mencari alasan alasan dan alasan untuk menutup kesalahan yang terbukti salah disisi Allah.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Sunnah Celup | Hipokrit? | Luar Lain Dalam Lain?

Bismillahirrahmanirrahim :)


Manyak gila kan tajuknya?Sebab tak tau nak letak title ape sebenanya. hehe.
Terjumpa video ni sebab dalam video ni x-senior aku dulu berlakon dalam benda alah nihh hahaha.



Pengajarannya bagi yang tak mau or tak tengok video ni ialah sunnah nabi mestilah diaplikasikan dalam seluruh kehidupan kita. Macamana kita di alam maya or di depan orang ramai macamtu jugaklah hati kita or dalaman kita.

Maksudnya apa yang kita buat mestilah ikhlas dan kearahh yang betul bukan seperti pelakon didalam video ini :) Apapon tengokjelahh video ni :)



NOTA KAT BAWAH: Senyum pon sunnah :)
“Tidak pernah aku melihat seseorang yang lebih banyak tersenyum daripada Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam.” (Riwayat At-Tirmidzi)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Nasi Goreng Campak-Campak

Bismillahirrahmanirrahim :)

TERJAH SINI sebelum baca :)

Bila perut dah lapar, demi nak isi perut ni sanggup nak masak tengah malam ke pagi bute sekalipun. Nasi goreng ni masak dalam pukul 12 malam lebih camtu heee. Tu laa sebab aku makin 'membesar' dengan baik=P


Kenapa aku namakan dia nasi goreng campak2?
Sebab aku campak je segala apa yang ada dalam peti ais kat dapur yang boleh dicampak dalam kuali. Selagi aku boleh campak aku campak hahaha.


Apa yang aku campakkan dalam kuali?
Bawang putih, bawang merah,bawang besar,cili kisar,nuget tempura ayamas,telur,carrot,kubis,cili api,papadom yg dipecah2kan,kicap,sos cili,sos tomato,garam,kiub ayam and nasi laa of coz.
Rasanya macam ada jee lagi aku letak tapi lupa pulak dahh.

Tapi kali ni walau aku mencampak tanpa memikir lebih ke kurang sedap pulak dah. Bukan nak puji diri sendiri. my brother said like that. hee.
Tak macam kek batik haritu. Aku campak2 last2 aku yang nak campak kek tu dalam tong sampah. ciss!

-Video Tahun Baru Cina yang penuh mesej-


NOTA KAT BAWAH: Selalu mak2 kita cakap 'alaa campak2 jee tu' Bila aku try campak2 kat lauk tak pulak jadinyer.huhu.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cerekarama TV3 Suamiku Jururawat | Tomok & Yana Samsudin

Bismillahirrahmanirrahim :)


Aku telemovie yang ringan dan lawak serta santai layann jee. Kalini telemovie ni Tomok & Yana Samsudin berlakon. Yang penting sebab aku tengok ialah ada unsur lawak :)



Cinta itu perlu digali*pakai cangkul kah?* heee
Telemovie ni pon mengaplikasikan Cinta Selepas Nikah. So sweet. heee
Isteri perlu percaya pada suami. Bak kata Angeline Tan kan.

Yana Samsudin memang sweet dan comel kan?
Tomok walaupun botak bolehhlaa terima. Nak ada rambut hahaha.

I think ada part yang nak cakap Ini Semua Poyo bak kata Johan.
Tapi macam tak kena pulak-,-


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Persoalan Tentang Setia Hujung Nyawa

Bismillahirrahmanirrahim :)


Mesti ramai dah tengok ending Drama Setia Hujung Nyawa kan? Tak kurang juga ada yang tak minat pon drama Melayu or drama2 sebegini. Setiap orang ada citarasa tersendiri kan?


Disebabkan aku juga dah tengok Ending Setia Hujung Nyawa tu so ada beberapa persoalan dalam kepala otak ni. Korang jawablahh ikut suka hati ke ikut suka otak ke ikut suka logik ke ikut suka apa2lah.



1- Macamana Ersalina boleh diam je bila laki dia 2x5 je dengan die?Dulu bukan marah bagai nak rak je. Redha kot?

2- Kekasih Zain sebelum kahwin entah apa nama die tak mungkin laa tak balik semula langsung ke hape ke. Mula2 tu kata sayang bagai nak rak-,-
Selalunya drama Melayu ada scene bekas kekasih balik menuntut haknya-.-

3- Hady time die kata nak insaf sangat tu kan. Kalau dah susah sangat kan kenapatak perangkap Eriza dalam rumahnya dan call Jais terus kan?Boleh kawin terus dapat harta jugak kan?Macam pelik je tak buat hape2. haha

4- Hady apa agaknya die jadi ye?Tak bestlahh kalau tak nampak balasannya. Sama jugak macam Eriza-,-

5- Kalau aku jadi perempuan tu Ekin kot nama dia takkan lagilah sampai hujung nyawa aku akan berjumpa/bercakap lagi dengan Zain. Walaupun Zain tu Hensem dan Kaya. LOL.
Kalau terjadi kat korang macamtu?Kena tinggal macamtu selepas apa yg dibuat oleh Zain adakah korang just Forgive and Forget?



Salah satu Konklusi yang aku nampak dalam citer ni ialah perempuan yang terlanjur akan dapat lelaki yang terlanjur. haha. Bersesuaian dengan Firman Allah Lelaki yang baik untuk perempuan yang baik begitu juga sebaliknya. Kan? 

Nak dapat pasangan yang terbaik maka diri kita pon kena jaga diri sendiri iaitu tak sewenang2nya merelakan tangan kita dipegang oleh bukan mahram dll. Macam dalam entri Oh My Imamku!Oh My Makmumku.

Tapi Alhamdulillah dalam citer ni dia taubat dan amik pengajaran. Ada pulak yang terpikir kalau nak dapat laki macam ZAIN kena terlanjur dulu-,-



Nota kat bawah: Jawab ek ikut kepala korang soalan tu hehe :) Nak tau juga apa yang korang fikirkan.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Produk Baru From Mulawa Fashion

Bismillahirrahmanirrahim :)


Now, nak story2 pasal produk tudung baru dari MULAWA FASHION. And ekceli saya pon tergolong untuk menyukai tudung ini sebab dia plain dan simple.
Untuk jenis tudung yang lain TENGOK SINI.

Tengok gambar kat atas ni. Selain daripada model yang cantik dan baju yang dipakainya menarik, Apa yang nak ditunjukkan sebenarnya ialah Tudung Bawal Amrina. Produk tudung terbaru dari Mulawa Fashion.
Gambar bawah sebelah kanan merupakan bidang 50'.

Nampak tak bezanya?Bezanya tudung ni ialah boleh dipakai dua layer. Gambar atas tu yang plain kosong. Gambar bawah ni yang ada manik :)

Nak tau lebih lanjut pasal tudung ni TERJAH SINI dan KLIK SINI. Untuk part harganya pulak TERJAH SINI. Berpatutan jangan risau. Serendah 10 hinggit.

Then nak story pasal MULAWA FASHION ada buat contest untuk student di kolej/university/maktab/politeknik dll. Hadiah lumayan!Serius.
Nak tau lebih lanjut klik banner kat atas ni hah! Hadiahnya:
-Johan  ( 2 utas jam tangan + 8pcs Tudung)
-Naib Johan ( 2 utas jam tangan + 6pcs Tudung)
-Tempat ke-3 ( 2 utas jam tangan + 4pcs Tudung)
-Like paling banyak ( 2 utas jam tangan + 2pcs Tudung)

Tarikh mula peraduan : 7.2.2013
Tarikh tutup peraduan : 7.4.2013

Usha online shopping baru from Mulawa Fashion iaitu--> Mulawa Baby And Kids- Parklon Play Mat

Sekarang ni nak tunggu masa je nak kerja part time ceyy. Baru dapat apa yang kita nak kann. Heee. Apa yang kita nak tak selalunya turun dari langit terus. hahaha. 

Satu hari nanti nak jugak buat online shopping sebegini. InsyaAllah. 
Tanam impian dari sekarang :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#17 I'm Ready ! InsyaAllah :)

Bismillahirrahmanirrahim :)








NOTA KAT BAWAH: 9 DAYS MORE TO GO! Please pray for me agar dipermudahkan dan diberi kelancaran :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Oh My ImamKu! Oh My MakmumKu!

Bismillahirrahmanirrahim :)


Terjumpa Vlog ni time duk sibuk mencari inspirasi di youtube. Apa yang dia cakap aku rasa betul dan kena dengan tepat situasi manusia sekarang.



Yang laki sibuk cari makmumnya dan pempuan sibuk mencari imamnya. Dan yang pasti kita mesti mau pasangan yang ala2 sweet gitu kan?

Tapi adakah kita sudah mem-perfect-kan diri kita untuk mempunyai pasangan yang sebegitu? Duk update status 'ohh where my imamku?'
Tapi kenyataan adakah dah solat time tu?

 Kekadang kita terlalu mencari yang perfect tapi kita tak menyedari diri sendiri belum perfect lagi apatahlagi hubungan kita dengan Allah. huhu.
Yang ni sweet tak? haha :)

'Cakap orang je kau ni kau tu bagus sangatkah?' Ohh saya juga sedang memperbaiki diri saya sendiri untuk jadi yang lebih baik dari dulu huhu. Entri ni pon mengingatkan diri sendiri jugak sebelum nak cari Mr. Perfect, Perfectkan dulu diri sendiri :)

Tak pegang tangan takpe. Dia takkan hilang selagi kamu peluk hatinya dengan Doa -UAI <3-

Nota kat bawah: Ehh korang sharelahh Vlog yang best2,lawak ke inspirasi ke selain MatLutfi,Anwar Hadi,Aisyah Syakirah dll.


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Tips Memulakan Solat Setelah Lama Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim :)



Seperti yang semua orang tau Solat 5 Waktu itu tiang agama. Perkara pertama yang akan dihisab Allah di akhirat kelak. Walau kita baik camner pon, Hati suci*dalamdebu* camner pon,Sedekah 2 Juta*untukPSY* setiap hari sekalipon, Kalau tidak solat tiada maknernyer di akhirat kelak


1. Sematkan azam, bulatkan tekad
Sebaik sahaja tersedar dari lamunan (sedar rupanya dah lama tinggal solat), cuba fikir sedalam mungkin tentang apa yang kita lakukan, apa yang tak sepatutnya kita lakukan, dan apa yang sepatutnya kita lakukan. Dari situ, tanam keazaman yang kukuh bahawa kita ingin mengerjakan solat, dan tidak akan meninggalkannya sampai bila-bila. Kerana itulah tujuan kita hidup di atas muka bumi ini sebenarnya.


2. Cari masa dan tempat yang sesuai, sunyi, jauh dari dugaan
Kemudian tetapkan masa di mana kita akan mula menjalani kehidupan sebagai seorang yang mengerjakan solat. Lebih cepat lebih baik. Ingatlah, berdosa besar bagi orang yang melengah-lengahkan solat. Sebaiknya, cari tempat yang sunyi dan jauh dari dugaan. Jauhi rakan-rakan yang tidak solat atau suka mengejek, sekurang-kurangnya untuk waktu itu sahaja. Masjid juga adalah tempat yang terbaik.

3. Solat sekali dahulu, baru ada kali kedua
Walau sekuat mana pun azam, sebulat mana pun tekad, sebaik mana pun masa dan tempat, tanpa solat yang pertama, takkan jadi solat yang kedua dan seterusnya. Oleh itu, mulakan sahaja tanpa berlengah. Bak kata iklan NIKE - Just do it!

4. Buat nota peringatan dan galakan (Nota Motivasi)
Kalau ada masa dan semangat yang berkobar-kobar, tuliskan kata-kata peringatan atau motivasi dan galakan di atas sehelai kertas (besar atau kecil). Kemudian yang besar tampal di dinding, manakala yang kecil diletakkan dalam wallet atau poket baju. Juga boleh ‘on’ alarm di handphone waktu solat sebagai peringatan waktu solat sudah sampai.

5. Fahami maksud setiap bacaan dalam solat
Ini amat penting kerana bila kita tahu apa makna yang kita baca kita akan memfokuskan minda kita. Kita pasti akan merasai kelainannya. Di situ akan bermula keindahan dan kemaisan bersolat, di mana kita akan rasa seolah-olah khusyuk itu mula hadir dalam diri semasa mengerjakan solat.

6. Baca perlahan-lahan mengikut tertib
Sewaktu solat, baca perlahan-lahan untuk menghayati setiap rukun dan meningkatkan nikmat rasa manis, indah dan seronok ketika bersolat.

7. Tingkatkan imaginasi
Sewaktu menghayati maksud, tingkatkan imaginasi kita. Bayangkan keindahan bertemu Allah yang menjemput kita untuk sujud kepada-Nya. Ketika solat adalah waktu kita berhubung secara lansung dengan Allah jadi gunakan sepenuhnya waktu iniuntuk Pencipta kita

8. Doa mohon kekuatan dan sokongan
Panjatkan doa kepada Allah SWT dengan memohon kekuatan dan sokongan untuk berubah menjadi hamba-Nya yang taat. Hendaklah diamalkan sejurus selepas setiap kali solat dengan penuh tawadduk dan istiqamah. Seeloknya pada sujud yang terakhir dengan membaca dalam hati yang kita benar-benar perlu Allah dalam hidup.

9. Tumpu perhatian pada hari-hari yang dilalui
Tumpukan perhatian kita pada hari yang kita sedang lalui dengan mengerjakan solat. Berilah pujian kepada diri kita dan berikan tahniah kepada diri kita setiap kali kita berjaya mengerjakan solat. Kita akan merasa ketenangan dalam hidup kita.

10. Dapatkan kehebatan sewaktu mendengar azan
Kehebatan laungan azan boleh digunakan sebagai pembantu dengan memberi suatu kejutan semangat yang berkobar-kobar untuk terus pergi menunaikan solat tanpa berlengah-lengah. Jika kita dapat menanam kehebatan ini sehingga menjadi tabiat, kita pasti akan meninggalkan segala kerja yang kita lakukan, apabila terdengar sahaja azan berkumandang. Tentu menyeronokkan.

11. Berfikir secara positif
Fikirkan diri kita sebagai seorang yang mengerjakan solat sebaik sahaja kita memulakannya dan sentiasa peringatkan diri kita sedemikian. Sekiranya ada rakan kita yang mengajak kita ke mana-mana sebelum sempat kita menunaikan solat, katakanlah kita belum bersolat, tunggu sebentar atau pergi dahulu. Solat tidak menghalang kita melakukan aktiviti lain yang mendatangkan kebaikan sebaliknya secara tidak lansung kita menghindari kemungkaran. Ingatlah bahawa kita telah membuat pilihan positif untuk mengerjakan solat.

12. Dapatkan sokongan mental dan rohani
Berikanlah peringatan kepada keluarga, kawan rapat dan rakan sekerja yang kita telah mula mengerjakan solat dan memerlukan kerjasama serta sokongan daripada mereka. Mintalah rakan-rakan kita yang tidak mengerjakan solat supaya menghormati keputusan kita. Jangan takut dibenci kawan atau sesiapa kerana bersolat sebaliknya yakin bahawa Allah bersama kita, “Cintai Allah nescaya Allah menyintai kita dan Allah meminta semua makhluk mencintai kita”.

13. Lawan kemalasan dalaman dan godaan syaitan
Dari semasa ke semasa kita akan merasai suatu kemalasan, kebosanan, dan sebagainya, yang mana semua itu sebenarnya hanyalah godaan syaitan dan kemalasan diri sendiri. Oleh itu displinkan diri kita dan lawanlah sehabis-habis mungkin godaan syaitan dengan sentiasa mengerjakan diawal waktu. Ingatlah kita lawan ni pun tak lama. Lama kelamaan ibadah ini akan sebati juga dalam diri kita, dan tidak perlu dipaksa lagi.

14. Banyakkan bahan bacaan tentang solat
Kerapkan diri kita membaca kisah-kisah nikmat solat untuk membangkitkan semangat. Baca juga tentang dosa meninggalkan solat untuk membangkitkan rasa takut pada Allah s.w.t. Moga-moga dilimpahi rahmat dan keberkatan oleh-Nya. 


Kalau kita jaga hubungan dengan Allah segalanya mungkin berlaku dengan izin Allah :) Solatlahh walau terpaksa kerana Dari keterpaksaan itu, perlahan2 kita akan menemukan hikmah dan akhirnya hati kita menjadi ikhlas keranaNya. Hidayah perlu dicari bukan ditunggu :)

Matematik 5-1=4 kan? Kalau rukun Islam 5-1=0 . 
Fikir2kan dan selamat beramal :)


NOTA KAT BAWAH: Untuk ingatan diri sendiri juga untuk menjadi yang lebih baik :)
Sumber: SINI dan SINI.

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Gelagat Kucing - Kucing Tonton TV

Bismillahirrahmanirrahim :)



Tengoklahh gelagat kucing aku yang sedang menonton tv dengan khusyuknya.


Paling semangat bila tengok orang tengah masak. LOL.
Kucing aku ni memang kuat makannn macam tuannya jugak=P

Aku panggil kucing ni Meyo. Ayah pulak panggil Tom. Abang pulak panggil Kucing. Angah pulak Hitam. Banyak tak nama die?

Apapun nama dia aku tetap setia dengannya hingga hujung nyawa.*tetibe* Ceyyyy Hakpuih Gelabah je lebih. Terpengaruh tengok drama laa ni=P


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015