Firstly nak cakap thank you very much to Kak Nora. Buku 'Siapa Allah Di Hatimu?' tu dah sampai kat rumah :) Thankz for the notes and doanya :) InsyaAllah buku ini akan digunakan sebaiknya :)
And2 now kan suka panggil kucing2 aku ni Cekedis dan Cekebum. Badan masing2 dah BAM BAM sebab asyik makan macam tuan die jugak-,-
Dorang suka tido sama2. Bila ajak tidur dengan aku sama2 atas katil taknak pulak die. Cis!
Gambar yang last kat karpet tu time tu aku tengah marahkan dorang sebab bawak burung yang takde kepala masuk rumah. Tapi tulahh reaksi dia. -,-
NOTA KAT BAWAH: Agak awkward nak menaip setelah lama tak update huhu.
Me and adik dengar dan tengok azan maghrib kat TV. Kat situ
ada tunjuk Masjid Nabawi kat Madinah and2 Kaabah.
Him: Kakak,nanti bawak pergi sana ek.Pakai duit kau.
Me: Ok nanti kita pergi sama2 ek.
Him: Eh takk nakk arr. Aku nak pergi dengan bini aku.
Me: Elehh ingat kau jee pegi ngan bini kau.Aku pergi dengan
laki aku=P
Him: Saper laki malang
nak kat kau?
Me: Ahh diam kau. PMR tak habis lg nak ckap nak pergi dengan
bini konon.
Him: Baru habis SPM nak kecoh.
Me: Sekurang2nya aku bukan budak sekolah. Kau ada?Aku ada=P
#Rindu dengan suasana kat sana huhu
Second story (:
Tertanya-tanya tak result SPM saya camna kan?*perahsantan* hahaha. Apa yang boleh cakap pasal result ialah ALHAMDULILLAH. Apa yang saya usaha itu yang saya dapat. Bukan straight A's ok.
Sekarang ni tawakal mintak UiTM course Dip Food Tech. Ramai tanya why tak mintak medic ke farmasi ke hape ke? Pergi karnival U sume buat muka pelik-,-Muka tak puas hati-,-Ntah hapee2 ntah-,-
Jawapan guwa ialah sukati waa laa. Itu yang guwa suka. hahaha.
Kepada yang tidak berjaya time SPM seperti aku ni Tak payah nak sedih tahap tenuk sangat laa. Cuba flashback balik before this ada ke hangpa usaha nak dapat A+ or sewaktu dengannya.
Third story (:
Still belajar lagi nak drive kereta. Kereta manual. Time belajar tu paling geram apabila aku merasakan aku dah tekan clutch sampai habis Tapi bila tukar gear still menunjukkan clutch tu tak tekan habis. Rasa macam nak kerat 14 je clutch tu-,-
And2 paling tak boleh blah sekali bila asyik lupa turunkan handbrake-,-
Tengoklahh bila aku jadi PM nanti aku hapuskan segala kereta manual kat Malaysia ni. Haramkan terus! HAHAHA(evil laugh)
And2 sampai aku ada anak cucu cicit piut miut sekalipun KALAU LULUS Test JPJ nanti aku TAKKAN SENTUH kereta manual lagi-,-
NOTA KAT BAWAH: Bila kita dah berjaya, Janganlah terlalu happy didepann orang yang tak terlalu berjaya. Dan bersyukur apa yang kita dapat. Dah dapat 9A then menangis 'Why aku takdapat 10A?' Kalau hang taknak 9A tu sila tukar slip exam anda dengan saya.
Alhamdulillah harini ada good news for me hehe. Saya menang Mini Giveaway#2 by Sis Nora :)
DIA...
Kita berbicara tentang DIA,
Kau berdiri di bumi, tuhanmu tetap DIA,
Kau terbang di awanan, tuhanmu tetap DIA,
Kau berlari ke utara, kau merenung ke selatan, tuhanmu tetap
sama, DIA,
Kau mentadbir siang dan memenuhi malam, kedua-duanya bersama
tuhan itu juga, DIA,
Nendamu pada zaman silam, warismu pada masa hadapan,
semuanya hamba tuhan yang sama, DIA,
Dunia pun DIA lah tuhan, akhirat nanti DIA tetap tuhan,
Dikau bertakwa pun DIA tetap tuhan,
Dikau derhaka pun DIA masih tuhan,
DIA tidak bergantung kepadamu, namun dikaulah yang sangat
memerlukan DIA,
Lantas, siapa DIA di hatimu?
Kalau kau tanyakan aku, "Adakah DIA di hatimu?"
Aku hanya mampu menjawab, "Aku seorang insan yang
sedang bermujahadah agar ada DIA di hatiku. Aku belum sampai ke tahap
mencintai-NYA tetapi aku yakin aku telah memulakan langkah untuk
mencintai-NYA."
Justeru, kerana belum ada DIA di hatiku, hidupku belum
bahagia, belum tenang, dan belum sejahtera. Aku akan terus mencari. Aku yakin
ALLAH itu dekat, pintu keampunan-NYA lebih luas daripada pintu kemurkaan-NYA.
Selangkah aku mendekat, seribu langkah DIA merapat. Dan
akhirnya... aku yakin... suatu saat nanti, akan ada DIA di hatiku dan di hatimu
jua.
NOTA KAT BAWAH: Dapatkanlah Cinta Allah dulu baru cinta Manusia. Orang yang dapat cinta manusia dulu belum tentu dapat Cinta Allah. Orang yang mendapatkan Cinta Allah dahulu pasti akan dapat cinta manusia :)
Pagi tadi kannnn first belajar bawak kereta. Kereta manual. Seriusly terketaq2 tangan ni pegang gear stereng bagai. Kaki pun nak tertanggal rasanya tekan nak tekan clutch hahaha.
First time nak drive ni nak tekan clutch.
Me: Dah tekan habis ke ni?
Him: *Geleng*
Me: Dah ke belum?
Him: *Tengok dan diam*
Me: Dahh ke belumm nii alaahhh.
Him: Tekan clutch tu sampai kena lantai tu hah!
Me: Lorhh kenapa tak cakap dari tahun lepas-,-
Then time drive tu aku yang asyik 'camner dengan tiang tu?''longkanggg tu' 'benda kat tengah tu camner?' Sedangkan benda kat tengah tu kain je hahaha.
So he said 'awaklah yang kena elak. Kalau saya elak sekalipun bukannya kereta ni boleh bergerak pon. Siapa yang drive sekarang?' hahaha
Kereta pertama nak yang ni hahaha.
And one more thing yang lambat sikit pickup nak luruskan kereta setelah belok. Payah yaa amat-,-For mee la..
Him: Bila saya cakap lekatkan dalam otakk masukkan sekali dalam cerebrum,celebellum,medulla oblongata sekali. Apa lagi yg ada dalam otak?
Me: Ini kelas Biology kahh ini?Salah datang kelas kah ini-,-
Balik rumah abang tanya 'Berapa kali mati?' 'Dua kali jee tapi tu pun tak sengaja okaayy.' 'Mana ada orang sengaja nak matikan enjin weyhh''Krik3'
Esok belajaq lagi hoho. Wish me luck :)
Budak first time bawak kereta memang excaitednye sbegini-,-
Segmen ini dibuat bagi memudahkan Mia Liana untuk follow dan blogwalking semua blog peserta segmen ini. Secara tidak langsung ianya memberi ruang dan peluang kepada blogger lain untuk turut follow, blogwalking dan berkenalan antara satu sama lain dengan lebih mesra.
Segmen ini bermula dari 7.00 pagi 9 Mac 2013 sehingga 11.59 malam 20 Mac 2013. Mia Liana berharap agar segmen ini mendapat sambutan dan semua blogger dijemput join.
Bagi peminat novel pasti dah baca kan NOVEL CINTA KAU DAN AKU ni? Novel ni rasanya ku baca time form 3 kat hostel.3 years ago. hehe.
Novel ni seriusly tak rugi baca. Time part lawak memang gelak Time part sedih memang boleh menitiskan air mata jugaklah paling takpun memang sedihh laaa..
So seperti trend movie/drama zaman sekarang novel ni telahpun didramakan di TV1.
SINOPSIS NOVEL CINTA KAU DAN AKU
Novel yang mengisahkan kehidupan seorang gadis muda seusia
20 tahun menerima jawatan sebagai Driver. Membawa kereta mewah adalah impian
Nur Farisya Iman.Sifat sempoi Farisya yang mencuit hati dan mendamaikan
membuatkan hati Farish Hakimi selalu berlagu riang. Bibit - bibit itulah
membuat Farish Hakimi melamar Nur Farisya Iman sebagai suri dihatinya. Semua
laluan tak berlaku dengan mudah. Farisya merasa rendah diri bila ibunya memaksa
berkhawin dengan Farish yang dianggap anak angkatnya. Farisya pula membuat
rancangan supaya tidak berkahwin dengan Farish. Dalam tak sedar Farish telah
bersepakat untuk ibu Farisya untuk majlis perkhawinannya. Ia disedari selepas
majlis akad nikah. Cinta dan sayang disemai dan tumbuh menjadi subur tetapi
disangkakan panas hingga ke petang tapi hujan ditengah hari. Farisya dan Farish
bercerai akibat fitnah yang ditabur oleh Suraya bekas tunang Farish dan Farah
adik kandung Farish. Kerana terlalu kecewa Farish menetap di London dan Farisya terpaksa melalui hidup
tanpa Farish dan kehilangan anak yang dikandung akibat keguguran. Farisya
mendapat tawaran belajar di universiti dan disitu Farisya berjumpa kembali
dengan cikgu Zul sebagai pensyarah. Mama Cikgu Zul ingin memenuhi hasrat hati
dan impian anaknya untuk memperisterikan Farisya. Disaat Farisya dan cik zul ingin mengecapi
kedunia perkhawinan. cikgu zul pergi buat selamanya kerana sakit yang
ditanggungnya "Lukemia". Untuk memastikan Farisya bahagia, cikgu Zul
memaksa Farish menikahi Farisya semula diambang pemergiannya.
Citer kat novel seriusly best meletup habis hahaha tapi bila tengok drama die lakonan Fizz Fairuz dengan Sara Ali macam ada something wrong somewhere. Tak tau ape?
Tak nampak chemistry?Tak sesuai?
Tapi bila tengok asyik Adi Putra takpun Aaron Aziz je yang berlakon bosan jugak hahaha.
Sekarang ni bila tengok drama Melayu tengok mula2 tengah2 dengan akhir je hehe. TONTON DRAMA CINTA KAU DAN AKU KAT SINI.
Tak pernah tengok kat tv lagi. Tengok online je heee.
Apa pendapat korang Fizz Fairuz dengan Sara Ali?Ke OK je chemisry dorang?
NOTA KAT BAWAH: Apa lagi novel terkini yang best?Lama tak baca novel.
Alhamdulillah dapat jejak Di Jabal Rahmah. Dapat daki. Takdelah jauh/tinggi mana pun macam Gua Hira' hehe.
Seperti yang orang ramai tau Jabal Rahmah ni tempat biasa orang mintak Jodoh. Kenapa sesuai untuk mintak Jodoh?
Disitulah tempat pertemuan Adam dan Hawa setelah puluhan tahun terpisah setelah turun ke Bumi sebagai balasan atas dosanya ketika di syurga iaitu memakan Buah Khuldi,buah yang dilarang Allah untuk dimakan.
Ada cerita yang mengatakan Nabi Adam diturunkan di India manakala Hawa pula diturunkan di Jeddah.
Bila muttawif kata nak pergi Jabal Rahmah semangat hah kau nak panjat. hahaha. Dalam gambar kat atas tu me with my adik2 :)
Nampak tak kat belakang tu ada tugu warna hitam tu?Ada sesetengah orang tulis nama orang yang dia suka kat situ. Tapi aku tak buat camtulahh. Cukup sekadar berdoa. Last2 tugu tu pun dicat balik dengan warna hitam-,-
NOTA KAT BAWAH: Banyak gambar kat Jabal Rahmah dan lain2 hilang sebab phone pun hilang disana. Seketul gambar ni jee yg ada time kat Jabal Rahmah huhu
Nak cari pasangan biar dia sama taraf dengan kita or lebih tinggi. Maksudnya kalau awak degree kena cari laki yang degree. Kalau awak Master cari laki Master. Jangan awak Degree pilih SPM level or Diploma sekalipun.
Effectnya memang awak takkan nampak sekarang. Awal2 tu memang bahagia dan takde masalah. Kesannya akan datang beberapa tahun akan datang.
Apa yang saya cakap ni lahh yang terjadi pada diri saya.
Lagi satu kalau awak ada berkenan dengan sape2 bawak terus jumpa parents. Kalau parents tak berkenan tolong tinggalkann walau awak sayangg bagai separuh nyawa sekalipun. Effect die pon memang takkan nampak sekarang.
Apa2pun setiap perbuatan jangan lupa pada Allah :)
Short update. That's all. Thank you for reading :)
Nak share citer time dapat masuk Raudhah kat Masjid Nabawi. Alhamdulillah dengan izin Allah dapat masuk kesana.
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid
Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan
tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga.“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman
daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan
Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur
dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat
dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW
di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut
pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet
berwarna putih hijau
First time dapat masuk Raudhah malam pertama di Madinah. Pukul 10 dah ada kat Masjid Nabawi. Ketika itu yang ada hanyalah orang2 Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia. Agak lama menunggu. Pukul 12.40 malam camtu baru dapat masuk Raudhah.
Disebabkan kami group terakhir kat situ Alhamdulillah dapat berlama2an disitu. Lagipun ustazah ada kata 'Kalau polis tu suruh keluar tapi kat sekitar kita masih ada ruang endahkan je' 'Kalau ada orang kat belakang kita utamakan dia setelah kita selesai solat' .
Sempadan Karpet Merah dan Karpet Biru. Sempadan Raudhah.
Keluar dari Raudhah tu kul 1.00 pagi jugaklah. Puas dapat berlama2an kat situ tapi silap dia aku tak tau secara confirm dimana maqam Rasulullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar serta Mimbar Rasulullah.huhu.
Kali kedua pada malam kedua di Madinah. Kalini kejap je menunggunya. Pukul 11 malam dah dapat masuk. Time ni lahh ada pengalaman takleh lupa.
Ketika itu sujud agak lama. Polis dah suruh bangun tapi aku taknak bangun. Aku sedar kat belakang aku ada lagi yang nak masuk. Tapi paling membuatkan aku sedar ialah bila ada perempuan Iran berlari masuk ke Raudhah macam nak perang pulak.
Masa tu dah cuak nak bangun. Seriusly masa tu memang doa 'Ya Allah lindungi aku dari dipijak atau diapa2kan'. Lepastu ada polis tarik telekung aku baru aku bangun. Tengok2 ramai perempuan Arab iaitu perempuan Iran dalam tu. Semua duk pandang slack kat aku macam nak makan-,- Tapi alhamdulillah polis tu tolong aku keluar dari Raudhah tu dengan mudah.
Makcik Ina: Kakak(me) kenapa lama sangat sujudnya?Tak dengar ke orang Iran tu berlari2 masuk.Cik Ina dah takut kalau kakak kena pijak ke ape.
Me: kakak ok tak kena apa2 pon alhamdulillah.
Lepastu memang aku terfikir, Ya Allah aku dah pentingkan diri sendiri. Aku berlama2an disitu sedangkan banyak lagi orang lain yang nak masuk situ. Aku telah lupa pesan ustazah semalam. Masa tu Ya Allah takutnyaa.
Tapi alhamdulillah Allah tetap lindungi aku dari dipijak/ditendang ke. Tau2 lahh kan kalau perempuan Arab. hehe.
Pengajarannya disini ialah kepada bakal2 jemaah haji/umrah janganlah jadi seperti aku ni yang mementingkan diri semata2 dengan berlama2an di Raudhah. Kerana bukan kita saja yang mahu masuk dan solat disitu ramai lagi umat yang mahu merasai berada disitu. Jika dah solat dua rakaat disitu bersyukurlahh kerana tak semua orang dapat merasai seperti itu.
Pelakon, Johan As’ari memberitahu GUA dia tidak akan
menghadiri malam kemuncak Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH
2012) pada 7 April ini kerana menunaikan Umrah pada tarikh tersebut. Jelas
pelakon berusia 27 tahun ini, dia akan berangkat ke Tanah Suci Mekah pada 27
Mac hadapan dan hanya berangkat pulang ke tanah air pada 8 April.
“Saya buat keputusan untuk menunaikan Umrah apabila terbaca
Twitter Abang Hafiz Hamidun tentang perancangannya untuk pergi Umrah. Entah
macamana, hati saya terdetik untuk turut serta dan saya terus hubungi Abang
Hafiz untuk dapatkan maklumat lanjut. Selepas beberapa hari hubungi dia, Abang
Hafiz hubungi saya semula pada Isnin (18 Februari) dan berikan tarikh
keberangkatan ke sana.
Tanpa banyak berfikir, saya setuju untuk sama-sama kerjakan Umrah. Hati saya
memang kuat hendak ke sana selepas menjalani penggambaran ‘Kau Yang Terindah’
di sana tidak beberapa lama dahulu,” ujar Johan ketika ditemui baru-baru ini.
Tambah Johan lagi, dia sedikit pun tidak berasa rugi atau
jauh sekali berasa terkilan kerana tidak dapat menghadiri malam kemuncak ABPBH
2012. Baginya menunaikan Umrah adalah lebih penting.
“Untuk ABPBH kali ini saya tercalon dalam kategori Pelakon
TV Lelaki Popular bersama-sama Aaron Aziz, Adi Putra, Beto Khusairy dan Fahrin
Ahmad. Sejujurnya, saya tidak terlalu mengharapkan kemenangan kerana saya sedar
saingan saya bukan calang-calang orang. Bagaimanapun, seandainya saya menang,
sudah pasti saya gembira dan menghargai sokongan peminat yang memilih saya.
Saya tak rasa rugi pun tidak dapat naik ke pentas untuk mengambil trofi
kemenangan. Bagi saya, peluang mencium Hajar Aswad membawa pengertian lebih
besar berbanding mengambil trofi di pentas ABPBH,” ujar Johan lagi.
Dalam perkembangan lain, Johan akan muncul dengan drama
bersiri terbaru, ‘Karlos’ bermula 4 Mac ini. Drama mengisahkan perjalanan hidup
seorang remaja bernama Irwan Zaid atau Karlos ini akan bersiaran di TV3 pada
jam 9.00 malam. __________________________________________________ Dalam hati kenapa laa tak pergi 15 Februari dulu dengan aku sekali LOL. Alhamdulillah la die nak pergi. Harap2 balik dah takdelah nak berlakon pegang2 pempuan lagi dahh. Itu baru balik dengan perubahan. Ceyyy diri sendiri pon belum betul sangat ponnn hakpuihh kepada diri sendiri:P NOTA KAT BAWAH:SANGAT2 RINDUKAN MEKAH DENGAN MADINAH. Kalau kawin dengan anak tan sri bolehlah tiap2 tahun pegi Ceyyy *masalahnya anak tan sri tak nak kat aku lol*
Alhamdulillah dengan izin Allah aku dapat menjejakkan kaki di Mekah dan Madinah. Segala puji2an hanya untukNYA. Bertolak pada 15 Februari dan balik semula ke sini 28 Februari :)
First picture is Tag nama. Ini muka 4 hari selepas muka terseret kat jalan tar. Ketika ini dipaksa untuk buat gambar Visa.Nak nangis tengok muka ni huhu. Tapi alhamdulillah luka semua tu tak meninggalkan parut di muka.
Hari Terakhir di Madinah. Di Masjid Nabawi.
Ini first time selepas buat tawaf Wajib. First time lihat kaabah. Speechless.
Kat Jabal Rahmah. Semangat je daki bila sebut pasal JODOH.hahaha
Hari2 makan ice cream kat Mekah. Lagi2 time lepas solat zohor time panas terik. Kesedapannya luar biasa. hahaha. Time paling tak boleh lupa makan ice cream dengan muttawif(ustaz) pukul 3 pagi selepas buat umrah kat tepi jalan. Memang Ustaz Rifai tu sporting :)
Gigih separuh nyawa daki Jabal Nur untuk ke Gua hirak. Tapi bila dah dapat masuk Gua Hirak, seriusly lupa penat semasa daki. Kat gua tu tempat sujud Wangi dan sejuk dan sangat tenang :)
Hari2 isi air zam2 berbotol2 haha. Hari2 jugak minum air yang sejukk jee hehe
Hari Terakhir di Mekahh huhu.
Hari terakhir di Masjidil Haram. Time ni sangat sedih. huhu
Nak Tawaf Wida'. Tawaf kali terakhir disini.
Di Laut Merah. Lautnya sangat cantik Subhanallah.
Ada tiga kaler air lautnya :)
Kat KLIA. Dah balik Malaysia. Mereka nilah banyak berjasa kat aku menjaga kitaorang adik beradik sepanjang kat Mekah dan Madinah. Pergi balik masjid besama2. 'Melontar' pon sama2 haha.
Dorang sangat cool dan sporting.
And2 u know wat, Pakcik Isa and Cik Mah dua kat tengah2 tu walaupun dah berusia gigih panjat Jabal Nur. Semangat yaa amat. Aku naik pun separuh nyawa haha.
Alhamdulillah aku dapat kenal mereka yg pernah pergi Haji. So senang kalau ada2 apa2 hal kat sana :)
Alhamdulillah sepanjang kat Mekah dan Madinah Allah mudahkan segalanya. Tiada sebarang kepayahann aku lalui. Cuma ada dua dugaan jee Kat Mekah salah satunya iaitu HANDPHONE CICIR dengan Lesen sekali. Redha jeelah.
NOTA KAT BAWAH: Sekali dah pergi nak pergi lagi. Dah siap2 tanam azam dengan niat nak pergi lagi 5tahun akan datang InsyaAllah :)
Kematian akibat perang di Lahad Datu Sabah. Kami akan membawakan info mengenai jumlah kematian yang sahih berdasarkan laporan wartawan yang berada di sahabat 7 Lahad Datu. Semua sudah maklum bahawa peperangan bersenjata masih lagi berlangsung antara pihak polis Malaysia dan tentera sulu sejak dari pukul 10 pagi tadi. BERNAMA
Kematian Perang Di Lahad Datu Sabah
Dua komando polis terbunuh setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo, yang menjadi kubu kumpulan penceroboh bersenjata dari selatan Filipina, di sini hari ini. Mereka terkena serangan itu ketika sedang berkawal di satu daripada pos di sekitar Kampung Tanduo.
AL-FATIHAH buat wira negara G/17984 skuad 2/2006, Insp. Zulkifli Mamat & Sarjan Sabarudin dari Unit 69 Komando yang telah terkorban di Lahad Datu hari ini setelah terkena serangan mortar di Kampung Tanduo
Wartawan BERNAMA yang berada di kawasan Felda Sahabat 17 di perkampungan itu berkata mayat dua anggota keselamatan itu diusung oleh polis dan dimasukkan ke dalam sebuah trak polis untuk dibawa ke Hospital Lahad Datu.
Seorang jurucakap kesultanan Sulu mendakwa 10 orang terbunuh dan empat lagi cedera dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Malaysia dan penceroboh kesultanan Sulu di Lahad Datu pagi ini.
Perkembangan Terkini Perang Di Lahad Datu Sabah 3.30 Petang
10 Anggota Penceroboh Terbunuh: ABS-CBNnews melaporkan jurucakap Abraham Idjirani sebagai berkata dia baru bercakap sendiri dengan adik Sultan Sulu Jamalul Kiram – Azzimudie Kiram – yang mengetuai kumpulan bersenjata di Lahad Datu itu. Azzimudie mengesahkan bahawa 10 lelaki terbunuh dan empat yang lain cedera dalam insiden tersebut.
“Dia melihat sendiri mayat-mayat tersebut,” “Yang terbunuh termasuk seorangwanita.” Beliau mendakwa bahawa komando polis Malaysia telah menggunakan penembak tepat ke atas pengikut Azzimudie.
INFO DARI kawasaN felda, 4 orang sulu mati, 2 askar kita cedera 2 mati dalam perjalanan ke hospital di tembak di dada. Al Fatihah buat askar kita. – sumberwarta tawau
SIDANG TERGEMPAR #LAHAD DATU PAS desak Najib panggil sidang tergempar
KUALA LUMPUR: PAS mendesak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar parlimen bagi membincangkan isu pencerobohan di Sabah yang didakwa kini telah menumpahkan darah.
Naib Presiden PAS Salahudin Ayub berkata, Najib perlu bertindak segera ekoran perkembangan terbaru menunjukkan keadaan keselamatan negara dalam bahaya.
“Saya mendesak perdana menteri memanggil sidang tergempar parlimen berhubung isu keselamatan negara yang kini sangat serius.
“Kita desak beliau menjelaskan kepada parlimen, apa yang sebenarnya berlaku dan bagaimana perairan negara boleh diceroboh,” katanya kepada Harakahdaily.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU | Pendudul di Lahad Datu berkata, para peniaga menutup premis mereka di sekitar kawasan bandar dan ibu bapa mula mengambil anak-anak mereka dari sekolah.
Datuk Yong Teck Lee juga dalam tweetnya berkata syarikat penerbangan MAS turut menunda penerbangannya ke Lahad Datu.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @LAHAD DATU | Lahad Datu, yang berada dalam lingkungan 130km jaraknya dari lokasi pertempuran turut digambarkan sebagai “pekan berhantu”, dengan semua kedai di pusat bandar ditutup dan anggota tentera dilihat mengadakan kawalan di beberapa kawasan termasuk sekolah dan hospital.
Empat turut dilaporkan cedera, termasuk Puteri Jaycel Kiram, anak perempuan kepada Sulu Sultan Jamallul Kiram III, memetik laporan Philippine Daily Inquirer.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Kematian ketiga. Setakat ni dimaklumkan sudah tiga anggota komando negara terbunuh di Lahad Datu. Selain Arwah Insp Zulkifli Mamat dan Arwah Sarjan Sabaruddin, Kpl Azman Ampong diberitakan turut terkorban..Nantikan update dari admin.
Berita terkini Perang Di Lahad Datu Sabah
TERKINI @ LAHAD DATU | Rasmi: Tiga terbunuh, 10 serah diri
Sekitar jam 3.25 petang tadi, Jabatan Luar Filipina berkata tiga orang mati, termasuk seorang pemilik rumah, dan 10 telah ditangkap dalam kejadian itu, lapor AFP.