MISI KEMANUSIAAN PEMBIMBING RAKAN SISWA (PRS) MAHAL HAGNAYA D’ PHILIPPINES (MAHAP)

Bismillahirrahmanirrahim :)


MISI KEMANUSIAAN PRS UMT MAHAL HAGNAYA D'PHILIPPINES (MAHAP) 
TARIKH : 1 hingga 7 APRIL 2016
TEMPAT: BARANGAY PUNTA SAN REMIGIO, CEBU , PHILIPPINES

LATAR BELAKANG PROGRAM


Program ini merupakan program kali kedua diadakan oleh PRS UMT bersama masyarakat di Filipina dalam usaha membincangkan permasalahan atau pandangan mengenai isu-isu semasa di antara dua buah negara. Daripada aktiviti yang telah dijalankan oleh PRS UMT sebelum ini, Misi Kemanusiaan Dan Akademik, Seerat Intelek D’Vietnam telah berjaya mencapai objektifnya. Maka sekarang tibalah masanya bagi PRS UMT untuk mengadakan program bersama dengan masyarakat di Filipina, program ini wajar diadakan bagi mendedahkan mahasiswa/i kepada sikap kesukarelawan dengan melakukan kerja amal dan kemanusiaan. PRS UMT merupakan Kelab yang memberi bimbingan dari segi sosial dan emosi. Sehubungan itu, program ini juga akan memberi impak yang positif bagi negara, UMT dan PRS UMT.



a) Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D’Philippines (MAHAP) ini, diadakan dengan tujuan untuk menerapkan sikap kesukarelawan kepada mahasiswa UMT dalam menyampaikan bantuan misi kemanusian, serta perkongsian ilmu dan pengalaman bagi membentuk jati diri dan sahsiah yang berteraskan intelek dan kerohanian. Selain itu, ia memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjalankan kerja kemanusiaan kepada komuniti di Filipina, disamping dapat memupuk sikap yang prihatin dan kerjasama dalam diri peserta.



b) Barangay Punta, San Remigio, Hagnaya, Cebu Phlippines dipilih sebagai medium perlaksanaan Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D’Philipines (MAHAP) ini bertujuan menggalakkan semangat kesukarelawan, pembangunan kemanusiaan dan akademik yang berasaskan pendidikan Islam.

c) Komuniti Islam di Filipina merupakan golongan mualaf yang dikumpulkan di Community Centre dan diberikan perlindungan. Golongan minoriti ini terpinggir daripada arus pembangunan dan pendedahan terhadap pengetahuan mengenai Islam khususnya.

d) Dengan ini, kami menyediakan kertas kerja ini sebagai usaha bagi mendapatkan sokongan dan dukungan dari semua pihak agar niat dan matlamat kami tercapai dan terlaksana, seterusnya dapat memberi manfaat kepada semua mahasiswa yang terlibat dan secara tidak langsung mencapai matlamat ke arah pengiktirafan sebagai universiti bertaraf dunia (World Class University).

Maklumat lanjut seperti di dalam gambar di bawah :)







Page rasmi Misi Kemanusiaan Mahal Hagnaya D'Philippines --> PAGE MAHAP
Sebarang pertanyaan atau sumbangan boleh PM FB saya atau email saya hanaadzlan@yahoo.com atau boleh comment di bawah.


"...dan apa sahaja yang kamu nafkahkan, maka Allah akan menggantikannya ; dan Dialah jua sebaik-baik Rezeki' -Saba':39


Bantu kami untuk bantu orang lain. Inilah masanya untuk menambahkan saham akhirat anda. InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan kita dan urusan orang lain :)

Please help us to pread about our mission on any social media. Thank you :)


Sesiapa yang post mengenai MISI ini di blog anda, sila maklumkan di comment post ini. Saya kan masukkan blog anda di bloglist saya sehingga bulan Disember 2016 atau mungkin selama2nya jika blog anda aktif dan blog anda akan direview :)


p/s: Post baru di bawah :)

Dah Baca? Like dan Comment la =)

Adakah Kebanyakan Perempuan Memandu Secara Berbahaya?

Bismillahirrahmanirrahim :)




Sejak kebelakangan ni kerap terbaca mengenai isu ini iaitu Perempuan memandu kereta/motosikal secara berbahaya. Ini baru screenshot yang sebahagian. Dan setakat ini memang kebanyakan jawapan mangsa eksiden/hampir eksiden majoriti yang memandu secara berbahaya itu perempuan.

Mengapa kebanyakkan yang memandu secara berbahaya itu perempuan?
Kaum hawa, adakah anda setuju dengan statement ini? haha

Mari kita bincangkan mengenai isu ini dan berikan alasan anda :)




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Temuduga Pinjaman Kerajaan Negeri Selangor

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah harini 14/09/2015 dah selesai mellui interview pinjaman kerajaan negeri Selangor. Seriously memang amat mengharapkan pinjaman ni selain naak dapatkan biasiswa JPA sem depan. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar.

Interview diadakan kat u sendiri iaitu UMT. So senang laa takde masalah transport. Kul 9 tepat dah ada kat kompleks siswa. Pegawai yang uruskan student2 yg bakal iv sangat baik hati. Siap bagi tips korang kena tau ni korang kena tau ni. Sebelum masuk siap cakap 'ketuk pintu dulu' 'relaks'. So takdelah gelabah mana bila masuk :)

-SYARAT-SYARAT KELAYAKAN PERMOHONAN-

Soalan apa yang ditanya?

-Latar belakang diri sendiri merangkumi keluarga, penglibatan di sekolah dll
-Apa yang awak tau pasal selangor? Tapi time ni ada gak tershahul sebut nama sultan bagai --'
-Kenapa pilih pinjaman ni?

Just that ;) Siap dapat nasihat free.

1- Kalau dapat pinjaman ni pandai2 laa bayar balik yaa.
2- Jaga solat jaga akhlak belajaq sungguh2
3- Gunakan duit sebaik2nya


So kepada bakal2 pemohon pinjaman ni dinasihatkan jugak bahagian pemohon tu isi nama kata bukan nama pakk or makk or kakk or bangg kita. Sebab tadi pun ada kes nak panggil pemohon untuk temuduga tapi no yang dicall no kakaknyaa. Itu dah menyusahkan kedua2 belah pihak kan?


Alhamdulillah sebab dipermudahkan. Moga diri sendiri dan orang lain yang interview tadi semuanya lulus belaka pinjaman ni. Siapa yang nak pinjam ptptn kan? hukhuk



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Kenapa Sudahi Majlis Dengan TASBIH KAFFARAH dan surah AL-ASR

Bismillahirrahmanirrahim :)

KIFARAH ke  KAFFARAH??

KIFARAH bermaksud DENDA, jadi lain maksudnya, jangan tersilap pulak lah ya.

    Daripada Abu Hurairah RA meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang duduk dalam satu majlis, dan melakukan banyak salah dan silap, maka sebelum dia meninggalkan majlis itu dia menyebut:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Daripada Abu Barzah Aslami RA berkata: Rasulullah SAW pernah menyebut pada hujung usia baginda apabila baginda hendak bangun meninggalkan sesuatu majlis:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Maka berkata seorang lelaki: Wahai Rasulullah, sesungguhnya engkau telah menyebut suatu ucapan yang mana tidak pernah engkau ucapkan sebelum ini. Berkata (Rasulullah SAW): “Ia merupakan kaffarah (penebus dosa) terhadap apa yang berlaku dalam majlis”

Di riwayatkan daripada Aisyah RA bahawa apabila baginda bangun daripada majlis, baginda akan membaca:

SUB HAA NA KALLAH HUM MA WABI HAM DI  KA ASY HA DU AN LA ILA HA ILLA ANTA ASTAGH FI RU KA WA ATU BU ILAIK...

Saya bertanya: kenapa tuan sering membaca doa ini?

Baginda menjawab: Sesiapa yang membaca doa ini pada penutup majlis maka akan di ampunkan kesilapan-kesilapan yang berlaku dalam majlis tersebut.

Hadis dikeluarkan oleh Imam Tirmizi dari Abi Hurairah dan beliau mengatakan hadis ini hasan sohih. Imam Abu Daawuud juga ada mengeluarkan hadis yang sama makna dengan hadis ini dari beberapa orang sahabat.
 

BERKENAAN SURAH AL-ASR PULA

ia tidak di sebut kan dalam mana mana hadis nabi,tetapi mnjadi amalan para sahabat apabila berjumpa antara satu sama lain,sebelum mereka berpisah,mereka akan membaca surah ini sehingga habis bagi mengingati satu sama lain.


This article from HERE :)


Apa yang baik kita amalkan ;)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Peluang Kerjaya Selepas Tamat Belajar

Bismillahirrahmanirrahim :)

Ramai yang bertanya tentang apakah peluang kerjaya bila tamat belajar nanti dengan bidang pengajian yang diikuti.
untuk makluman, bolehlah dikatakan hampir semua bidang kerjaya masih memerlukan tenaga pekerja. jika dilihat melalui laman carian pekerjaan seperti jobstreet.com.my setiap hari akan dapat dilihat ada lebih 20,000 kekosongan jawatan. Persoalannya kenapa masih ada kekosongan dan dalam masa yang sama kita juga dengar terdapat ramai graduan menganggur.
(lihat http://job-search.jobstreet.com.my/malaysia/job-opening.php…)
Jawapannya agak mudah - kerana kebanyakkan graduan tidak memenuhi kriteria yang diperlukan oleh majikan.
Saya pernah postkan beberapa iklan jawatan kosong sebagai rujukan. Contohnya Nestle (sebuah syarikat multinasional) mengiklankan jawatan "Management Trainee" yang memerlukan pemohonnya mempunyai ijazah sarjana muda(tidak kira bidang apa) dengan CGPA 3.50 ataupun ijazah sarjana (masters).. ini baru trainee (yang mana belum tentu lagi pemohon yang berjaya mendapat kerja - yang akan dinilai dalam tempoh tertentu). Mengambil kesempatan melihat lebih dalam tentang syarikat Nestle ini, saya terjumpa maklumat untuk pelajar yang berminat untuk menjalani praktikum (internship) di Nestle yang memerlukan syarat CGPA 3.00.. (lihat di https://www.facebook.com/photo.php?fbid=608727209206128&set=gm.725684724139199&type=1&theater)
Saya juga pernah post satu iklan jawatan kosong sebagai eksekutif dan kerani di Bank Rakyat. Untuk jawatan eksekutif memerlukan ijazah dengan CGPA 3.00 (untuk bidang berkaitan) dan CGPA 3.25 untuk bidang lain; Dan untuk jawatan sebagai kerani memerlukan diploma dengan CGPA 2.75 (Nak jadi kerani bank pun nak kena ada diploma dengan CGPA 2.75)
(lihat https://www.facebook.com/photo.php?fbid=584929268252589&set=pcb.699936646714007&type=1&theater)

Jadi kalau ada seniors, rakan atau saudara mara yang dah graduat kata "jangan ambil bidang ini kerana dia pun dah lama mengganggur", cuba tanya dia balik (dengan sopan) dia bergraduat dengan CGPA berapa ? Kalau setakat graduat dengan CGPA 2.00 ~ 2.99 khasnya untuk program bukan teknikal, memang susah untuk mendapat kerja. Untuk bidang teknikal seperti kejuruteraan, senibina dan lain seumpamanya dengan CGPA 2.80 ke atas masih lagi ada peluang walaupun mungkin agak sukar. Dan untuk selesa pelajar kena dapatkan CGPA 3.00 ke atas untuk mudah dapat kerja dan 3.30 ke atas mudah dapat sambung belajar(bagi graduan diploma).
Untuk cemerlang, tiada jalan lain kecuali belajar bersungguh-sungguh. Carilah seberapa banyak ilmu yang boleh, langkaui batasan pembelajaran daripada hanya merangkumi skop silibus pengajian sahaja.... sepetrti pelajar sains komputer, jangan hanya belajar tentang perisian yang ada dalam silibus sahaja, ada beratus-ratus lagi perisian, sistem lain yang harus dipelajari - yang mungkin bolleh digunakan dalam projek pengajian selain daripada menambah ilmu yang turut akan jadi berguna bila akan menyertai dunia pekerjaan nanti.

Sebagai rumusan mudah - ianya bergantung kepada pelajar sendiri untuk mencipta pencapaian cemerlang dan seterusnya untuk mudah mendapat kerja apabila bergraduat nanti dengan CGPA yang cemerlang dan jangan sekali-kali lihat untuk hanya sekadar bergraduat cukup-cukup makan sahaja.

Article from THIS GROUP :)

Yakin dengan apa yang kita pilih setelah kita meminta petunjuk dari Allah. Rezeki ada dimana2 yang penting usaha untuk mendapatkannya dan bijak mencari peluang kan?




Dah Baca? Like dan Comment la =)

Persiapan Masuk Universiti

Bismillahirrahmanirrahim :)



Alhamdulillah setelah berbulan2 menunggu pinangan u melalui online akhirnya terjawab pada 11/8/2015.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU (UMT)
SARJANA MUDA KAUNSELING :)

Persiapan masuk Universiti (From Sis Syira Lokman)

1. Keluarga/Guru/Kawan-kawan.

Harus diingati bahawa ahli keluarga/guru dan kawan-kawan banyak memberi sokongan dan doa sepanjang kita mengejar cita-cita kita.
Ucapkan terima kasih atas segala sokongan yang pernah mereka beri.
Jangan sombong bila dah berjaya :)

2. Lokasi pengajian

Buat sedikit kajian terhadap lokasi pengajian sekiranya anda akan belajar jauh dari rumah anda. Kalau keluarga anda akan menghantar anda bersama, dah cari hotel ke belum? Cuaca di sana macam mana? Kos sara hidup tinggi atau rendah?

3. Wang

 Awal semester ini banyak memerlukan penggunaan duit.
Nak bayar itu ini. Walaupun under tajaan atau pinjaman, awal-awal tu kena dahulukan wang sendiri terlebih dahulu. 

4. Dokumen

Pastikan semua dokumen telah pun diselesaikan urusannya. Baca maklumat dan cetak surat tawaran serta semua borang yang diperlukan oleh pihak universiti.
Jangan lagi tiga hari nak pergi baru perasan ada yang tak siap lagi. Sebab apa? Sebab ada yang memerlukan urusan rasmi.
Contohnya mungkin sijil memerlukan pengesahan. Kalau last minute baru perasan ada sijil yang tak disahkan lagi macam mana?
sijil yang memerlukan pengesahan ini ialah salinan sijil..bawa ke sekolah dan minta cop serta tandatangan pihak sekolah.
Ada juga yang nak kena cop setem hasil ke, (setem hasil ini utk urusan ptptn) nanti pihak ptptn akan datang u selalunya :)
segera buat medical check up , tu semua kena siapkan awal-awal tu.
sediakan setem dan sampul jika perlu. Sediakan gambar lebih 8 keping.


Dokumen yang perlu dibawa masa pendaftaran: 
(bergantung pada U masing2-tengok syarat U anda ye)

-Salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan surat tawaran yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan medikal check up yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-gambar saiz passport (sebanyak yang mungkin)
-salinan surat beranak yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang pendaftaran tawaran kemasukan IPTA (dalam 3 copy)
-salinan sijil keputusan STPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil MUET yang telah disahkan (dalam 3 copy)
-salinan sijil SPM yang telah disahkan (dalam 3 copy)

Dokumen dan barang yang perlu untuk kegunaan permohonan PTPTN:

-penyata pendapatan ibu bapa (jika tiada slip gaji) dalam 2 copy yang telah disahkan
-salinan slip pembukaan akaun bank islam yang telah disahkan
-salinan SSPN yang telah disahkan
-setem hasil 2 keping (beli di pejabat pos)
-salinan ic ibu bapa yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-salinan ic sendiri yang telah disahkan (dalam 2 copy)
-borang perjanjian (boleh print kemudian, lepas mohon PTPTN)
-gambar siaz passport (beberapa keping)

INGATAN: SETIAP salinan hendaklah berserta dengan yang ORIGINAL..

5. Buka akaun bank

Sebelum nak masuk universiti memang pelajar dinasihatkan untuk buka akaun bank seperti bank Islam, Cimb atau sebagainya.
so sila buat persiapan awal je..hari Isnin dan Jumaat biasanya bank sesak..pilihlah hari lain yang sesuai supaya semua urusan berjalan lancar.


6. Barang-barang

Jangan fikir nak pinjam kawan ye. Ni semua kena prepare sendirian berhad ya awal-awal sem ni. 
Kita tak tahu macam mana keadaan di tempat baru.


Jom check senarai barang yang perlu dibawa


Tidur: Bantal, sarung bantal, sarung tilam, comforter, dll

-Keperluan solat/ agama : telekung ,sejadah, Al Quran,  surah Yassin, songkok.

Komputer: Laptop, charger laptop, charger phone, pendrive, mouse, printer, dll

Meja: Alat tulis, buku nota, kalendar, lampu belajar, fail, dll

Bilik tidur: Jam penggera, handphone, dll 

Makanan: Snek seperti biskut, minuman 3 in 1,minuman, dll

Barang dapur: Jika hostel anda membenarkan pelajar memasak, rice cooker, kuali, pinggan, cawan, sudu garfu, pencuci pinggan mangkuk, dll

Kelas: Kamus, Testpad, notebook, kalkulator, beg sandang

Tandas: Barang mandi, berus gigi, ubat gigi, syampo, dll

Ubat-ubatan: Jika anda memerlukan, panadol, painkiller, supplemen, vitamin, dll

Barang keperluan : Make up, pin tudung, stoking, pengetip kuku, sikat, cermin, bedak, tuala wanita, dll

Pakaian: Pastikan anda bawa bersama pakaian yang sesuai untuk ke kelas..baju kurung kemeja..blouse seluar slack...sediakan baju kurung putih,kain hitam ...seluar slack hitam, kemeja putih.

Barang laundry: Pencuci baju, berus, baldi, softener, nila, dll

Dokumen penting; IC, lesen, dokumen pendaftaran, medical checkup, dll

- Dan barang-barang lain yang dianggap perlu


Medical check up (From Bro Anwar Ismail)

Pertamanya buat appointment dengan hospital atau klinik berkaitan .
Dapatkan temu janji anda untuk membuat medical check up.

Seterusnya hadir pada hari temu janji jangan tak datang pulak.
Tak pasal pasal membazir masa nanti kan haha.

Okay bila dah sampai ke hospital anda perlu bertanya dikaunter adakah nama anda terdapat dalam senarai temu janji,kalau ada ,anda akan diberikan nombor giliran.

So ambil nombor giliran dan tunggu nombor dipanggil 
Apabila nombor dipanggil anda diminta mengemukakan borang kesihatan dari ipt masing
dan di suruh membayar RM 20 untuk caj xray dan yang terlibat.
Selepas membayar anda akan diberi borang xray untuk diisi dan selepas mengisi borang perlu di semak oleh kaunter dan akan diberikan penerangan ringkas berkaitan medical check up.

Sila ikut arahan yang telah diberikan .
(sila refer no bilik untuk setiap ujian)
1. Periksa berat anda dan ketinggian dan tulis dalam borang yang disediakan.
2.Ujian penglihatan (tinggalkan kad anda di kaunter dan nama anda kan dipanggil).
Ujiannya mudah sahaja hanya menguji penglihatan.
3.Check blood pressure dan pulse.
4.Check urine (anda akan diminta mengambil sebekas botol dan pergi ke tandas,then pandai pandailah hehe)
5.Selepas selesai anda boleh ke anda perlu mendaftar di kaunter pendaftaran untuk xray.
6. Seterusnya ke bilik Xray untuk melakukan ujian xray 
dan tunggu keputusannya .
Dah siap bergerak ke tempat seterusnya.
7. Pergi ke Pakar Bedah Mulut untuk check gigi.
Kat sini doktor or pegawai akan check gigi sekiranya terdapat sebarang masalah.
8.Kembali ke kaunter mula mula kita datang dan ambil no giliran untuk berjumpa doktor.
9. Jumpa doktor untuk check kesemua laporan dan doktor akan mengesahkan semuanya normal dan tidak punya apa apa masalah . 
10. Done.anda boleh pulang ke rumah atau 
makan makan haha.

Nota :1. Medical check up ambo ini dilakukan di Klinik Pesakit Luar ,Hospital Sultanah Nur Zahirah Kuala Terengganu.


2.Diharap bersedia dengan kekuatan mental kerana dihospital kerajaan biasanya akan mengambil masa 2,3 jam untuk menyiapkan medical check up ini.

Moga2 dipermudahkan urusan sebelum ketika dan sesudah masuk u :)
WISH ME LUCK ;) hihi



Dah Baca? Like dan Comment la =)

10 TIPS DAN NASIHAT KEPADA "FRESH GRADUATE

Bismillahirrahmanirrahim :)



1. Jangan beli kereta - Elakkan membeli kereta pada dua tahun pertama bekerja kecuali kalau kerja anda melibatkan banyak travelling dan anda boleh buat "untung" daripada travelling claim. Biasa-biasakan naik pengangkutan awam waktu mula-mula kerja ni.
2. Beli Rumah Kos Rendah - Sebab baru bekerja dan gaji kecil bukanlah alasan untuk tidak membeli rumah. Boleh je beli rumah. Advantage kat sini adalah fresh graduate yang gaji kurang daripada RM2,500 boleh beli rumah low cost.
3. Educate Diri Sendiri - Saban tahun ada saja berita berkenaan peratusan fresh graduate yang bankrap yang semakin meningkat. Biasanya yang masuk dalam golongan bankrap ni adalah yang tak berilmu dan melakukan kesilapan kewangan, bukan yang bergaji kecil. Gaji besar tapi kalau bulan-bulan kebocoran sana sini dan takde saving pun no point. So educate yourself.
4. Mengambil Insurans Kesihatan (Medical Card)
Untuk fresh graduate, memadai bajet antara RM100 – RM150 untuk medical card. Bila ada plan medical card sendiri ni, secara tak langsung kita dah tak bergantung pada parents kalau berlaku apa-apa kecemasan. Cukuplah 20 tahun lebih kita susahkan mereka, dah sampai masanya untuk berdikari. Kepada yang dapat benefit medical daripada company atau kerja kerajaan, ambil plan Takaful paling murah sebagai back up. Jangan bergantung 100% pada orang lain.
5. Cuba elakkan mengambil kad kredit
Kad kredit sangat bahaya jika anda jenis tak tahu manage perbelanjaan. Ini juga akan lead ke bankrupsi. Kalau nak ambil sekalipun, ambil selepas dua tahun bekerja dan hanya gunakan bila perlu sahaja. Ambil dengan kredit limit yang rendah i.e RM5000 sahaja. Make sure langsaikan hutang kad kredit sebelum tarikh akhir. Jangan amalkan bayar minimum payment saje, nanti bunga dia akan berganda
6. Sedekah dan Zakat
Percaya yang satu ni. Setiap sedekah, zakat dan pemberian yang ikhlas dari sumber rezeki yang halal, akan Allah gandakan dengan rezeki baru. Disiplinkan diri untuk mula amalkan sejak dapat gaji pertama lagi.

7. Buka akaun Tabung Haji 
Buka akaun Tabung Haji secepat mungkin. Cukupkan simpanan RM 1,300 dalam akaun dan terus buat pendaftaran haji, walaupun masih bujang dan belum berkahwin.
8. Mencari Pasangan Hidup 
Cari pasangan yang sudi naik kereta buruk sama-sama, asap hitam berkepul-kepul dan menyewa /duduk di rumah kecil-kecil sahaja dahulu. Sekufu dari sudut minda kekayaan.
9. Pekakkan Telinga
Pekakkan telinga dengan kawan-kawan yang asyik ajak melancong, minum kopi Starbucks / ngeteh malam-malam dan kutuk kita sebab tak pakai telefon berjenama mahal. Kalau kita tak cukup duit, ada dia nak bagi duit dekat kita?
10. Monitor, Revise dan Improve
Setiap perkara yang anda buat mesti ada kelebihan dan kekurangannya. Begitu juga jangka waktu ianya patut dilaksanakan. Tak boleh statik dan tiada penambahbaikan (improvement). Benda ni kena praktis, lama-lama jadi biasa. Set perancangan kewangan/bajet jangka pendek, jangka sederhana dan jangka panjang. Lepas tu kena monitor perkembangan. Mana yang ada cacat cela, cepat-cepat perbaiki. Kenalpasti peluang dan ruang untuk tingkatkan lagi sampai korang jumpa bajet yang betul-betul mantap.
This article got from FB written by Md Azree. Benda alah ni amat berguna untuk diri sendiri untuk 4/5 tahun akan datang :) Sekarang ni perlu bijak untuk mengurus kewangan sendiri supaya tidak terjerat dengan keadaan dunia yang semakin mencengkam *ceyy ayat gelabah babeng gile*

p/s: selamat hari raya gaisss ;) Makan leklok drive leklok dan buat semuanya leklok :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

My Blog in Berita Harian

Bismillahirrahmanirrahim :)



Alhamdulillah good news pepagi rabu ni :) Duk belek2 newspaper nampak gambaq sendiri kat dalam akhbar berita harian. Atau lebih tepat lagi akhbar sisipan Skor SPM. 


Cepat cepat! Sesiapa yang tak beli newspaper harini lagi cepat pegi beli lagi2 BERITA HARIAN. hahahaha.





Gambar 3 tahun lepas :)



Gambaq yang masuk pon sekeping ni je. But nvm. Sebab diri sendiri memang jarang yaa amat amik gambar diri sendiri --' Ni antara gambaq paling disukai dan kesayangan gilaaa. Banyak kenangan time tu.


Last but not least thanks to Sis Azma Laila sebab tergerak hati memilih blog suam suam kuku untuk diselitkan dalam kolum blogger skor berita harian.



p/s: Semangat nak update blog kembali berkobar-kobar. HAHAHAHA



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Persediaan Menjalani Ujian MEdSI

Bismillahirrahmanirrahim :)


Pada 23/5/2015 (Sabtu) yang lepasaku dan kawan2 aku yang lain yang dapat ujian MEdSI ni pi UPSI. Secara ringkasnya ujian ini merupakan ujian kelayakan samaada kita layak atau tidak menjadi cikgu.

MedSI ialah singkatan kepada (Malaysian Educators Selection Inventory). Instrumen MEdSI telah dibangunkan untuk mengukur kualiti intrinsik calon guru dari segi Personaliti, Minat Kerjaya, Nilai Integriti dan Kecerdasan Emosi. Maklumat yang diperoleh daripada pengukuran ini digunakan untuk memilih calon guru yang sesuai untuk kemasukan ke program pengajian pendidikan di IPTA.

  • Mengandungi 300 item
  • Mempunyai  4 bahagian
  • Bhg 1 : Personaliti 110 item
  • Bhg 2 : Minat kerjaya 60 item
  • Bhg 3 : Nilai intergriti 70 item
  • Bhg 4 : Kecedrasan emosi 60 item
  • Medsi adalah berbentuk aneka pilihan
  •     -CREDIT-



    Alhamdulillah :)
    Ijazah Sarjana Muda (Pendidikan Bahasa Melayu) dengan Kepujian - UPSI

    Persediann dia idoklee beria sangat haha just kawtim ngan kawan2 nak pergi dengan ape dan google jee Ujian MEdSI berderet keluar. Mula2 ingat nak pi naik ktm je turun kat Tanjung Malim last2 pi naik kereta jugak.

    Kalau nak tengok Contoh Soalan Medsi tengok kat SINI dan SINI. Meh sini I tepek seketul contoh soalan medsi.
    Contoh Soalan Ujian MEdSI (MEdSI Test Sample Questions as Practices/Exercises)

    Senang jee kan? haha Tapi ada trick dia kena paham. Kena google dan mintak rahsia senior yang lain camne dorang lulus MEdSI. Yang penting time hari kejadian datang awal supaya tak kelam kelibut dan relaks jee. Ini bukan interview pong. 300 soalan 1 Jam tak sempat? Lebih dari sempat. haha

    Ada part yang macam a bit funny bagi aku. Slip kemasukan ujian medsi tu aku tengok orang lain elok jee takde sekelumit komot pun licin dan flawless siap ada yang letak dalam fail semata2 nak letak sehelai kertas tu Pegang dengan cermat. Biasanya gegirl laa gituww. Tengok2 aku punya dengan lipat duanye terus campak dalam beg*paham2lahhye* hahahaha
    Aku bukan jenis pempuan yang perfectionist sangat macam tu tapi bukan selekeh sangat. Ikut situasi. Yang penting aku bukan jenis tipikal. 
    Pelik. Thats me hahahaha

    Jika yang terbaik bagi aku bidang pendidikan moga dipermudahkan urusanku dalam bidang ini. Jika tidak maka permudahkanlah yang terbaik tu datang kepadaku. Amin :)

    Last but not least nak tanya korang. Jawap tau! hihi
    'Parking berbumbung hanya untuk pihak pentadbir sekolah.'
    Give a reason too hihi


    The greatest gift that u can give to ur family --> Look HERE


    Dah Baca? Like dan Comment la =)

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
    SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015