STPM Buang Masa? | Kelebihan STPM/Tingkatan Enam

Bismillahirrahmanirrahim :)


I selaku ex-stpm op coz berapi tengok comment ni hahaha Tak comment pape sebab segala point aku dah dinyatakan oleh pengkomen yang lain.

Tapi nak senaraikan kelebihan stpm disini hihi

1- MURAH! Yuran sekolah+buku boleh dikatakan murah. Buku? Baucer buku selalunya cikgu awal2 dah mintak untuk subjek dia. 5 baucer=5subjek= HABIS! Kecuali korang yang taknak bagi baucer kat situ. Buku takdelah mahal nauu sampai beratus. At least pada umur 20 tahun bebas hutang.

2- Orang cakap STPM susah? For me semua benda susah ABC pon masa awal2 susah nak ingat. Takdenyer terus lahir reti baca ABC  kan? Yang pasti kalau malas cakap cikgu tak dengar dating memanjang online 24 hours kau masuk universiti paling bagus didunia pon kelaut jugak akhirnya.

3-Masuk degree tak kontang kanting. Time stpm banyak benda diajar nak buat assigment nak urus event semua bagai. You will learn something new from here.

4-Tak bebas sebab peraturan? Kalau kau jenis bermasalah ngan peraturan kecik celah gigi pon susah jugak hidup kat memane. Masuk universiti paling bagus kat dunia pon kalau dah asyik ponteng kelaut jugak.

5- Buang masa? Tak nampak point mana yang buang masa. Amik dip ke matrik or asasi beza dia cuma sedikit jee untuk sambung degree. Paling kurang beberapa bulan jee. Melainkan kau tangguh nak masuk degree.

6- Koko khas untuk tingkatan 6. ada satu jee yang campur dengan dak arus perdana. Tapi papehal jawatan untuk itu dan ini akan didahulukan tingkatan enam. Tak perlu nak berebut dengan dak2 yang lain hahaha Tapi ada sesetengah sekolah yang campur. Tu pepandai laa yee hahaha



Hrmm sebenarnya nak senaraikan ratusan apa yang best Tingkatan Enam ni hahaha Pilihan mana pun diploma asasi matrik tingkatan enam oversea semua ada kelebihan dan kekurangan masing2. Untuk atasi kekurangan tu boleh jee nak dengan taknak jee.

Kalau tak suka sesuatu dengan pendapat/pilihan orang lain keluarkan point yang bijak dan berilmu dengan cara yang berhikmah. Bukan dengan kelaurkan perkataan yang tak sedap didengar dan hanya dengar kata orang or ikut sedap kepala otak je. Kerana tu menunjukkan kebodohan diri sendiri tanpa disedari.



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Cpuv Nuffnang: Sensodyne Campaign | Gigi Sensitif

Bismillahirrahmanirrahim :)


Bersempena dengan kehadiran CPUV Sensodyne Campaign yang baru menyinggah semalam so nak cerita sikit pasal gigi sensitif. Alhamdulillah setakat ni jarang kena gigi sensitif ni ;)

Tapi takpe baca jee info mengenai gigi sensitif dalam web Sensodyne ni.



About Sensitive Teeth.
Sensitivity is a common dental problem. It's not a disease, but rather a condition that develops over time due to common factors such as receding gums, over vigorous tooth brushing and tooth grinding. Most sufferers are between 20 and 50 years old.

What Causes Sensitive Teeth?
1) Brushing too hard
2) Teeth Grinding
3) Gum Disease (Gingivitis)
4) Receding Gums

Preventing Sensitivity.
  • Practice good oral hygiene, including proper brushing and flossing, to prevent conditions such as periodontal disease, which can cause receding gums.
  • Use a sensitivity toothpaste like Sensodyne - No. 1 Brand Recommended By Dentists as a sensitive teeth treatment.
  • Don't brush too hard or more frequently than your dentist recommends.
  • Use a softer toothbrush, preferably one suitable for people with sensitive teeth.
  • Take care while consuming acidic foods that can wear away tooth enamel, such as fruit juices, wine, vinegar salad dressings and soft drinks.
  • Use fluoridated dental products to help strengthen enamel.
  • Avoid grinding your teeth or clenching during the day. Ask your dentist about a mouth guard for night-time use.
  • See your dentist regularly for professional tooth cleaning, dental care recommendations and advice on treating your sensitive teeth. 
Nak tau lebih lanjut kat laman web Sensodyne ;)

Jaga kesihatan gigi yaa supaya senyuman kita lebih manis :)



p/s : Alhamdulillah cpuv nuffnang bulan3 mencurah2 ke ladang gandum heee :D
p/s 2 : Ada dua entri baru. Scroll bawah jugak ek :)



Dah Baca? Like dan Comment la =)

SEJARAH.

Bismillahirrahmanirrahim :)



Sekarang ni cuma nak cakap pasal SEJARAH.
Ada moment yang aku takkan lupakan pasal SEJARAH.
Ia juga merupakan salah satu punca result SEJARAH sem kalini di luar jangkaan.


Time exam sejarah sem 3 yang lalu.

First2 tengok soalan baca tenung renung dalam2 sampai rabak mata.
Lepastu tengok2 pikir2 boleh jawap 2 1/2 daripada 4 soalan yang wajib dijawap.haha dua setengah kau jahh.. Gelabah yaa jugak tapi masa tu lantakkan jelahh buat rangka jawapan untuk setiap soalan yang tau then start menulis.

Pengawas peperiksaan yang jaga time tu merupakan chinese teacher. She always look at my paper banyak kali. sampai aku terpikir dia ni cikgu sejarah kee? Fakta aku salah ke? Or dia tekezut tengok tulisan aku besar sangat. Yes. Tulisan aku meamng besar penuh line tu. Satu baris 5 perkataan jee muat dalam kertas jawapan tu hahaha.

Then kertas nak habis. Dia perasan. Terus dia bagi tanpa diminta. And dia terus2san bagi aku kertas setiap kali lalu tempat aku. Yang paling takleh blah bila dia nampak aku tambah 2 point kat rangka jawapan terus dia kasi dua kertas.

Aku pun malas nak kata taknak terima jee sebab takde masa nak pandang nak pikir pasal kertas. Tapi disebabkan dia ni asyik bagi kertas kat aku tanpa diminta menyebabkan dari aku boleh jawap 2 setengah je terus full jawap 4 soalan dan try untuk habiskan semua kertas yang dia bagi dalam masa 2 jam.

Sebab prinsip aku yang aku pegang selamani JANGAN MEMBAZIR! MANFAATKAN APA YANG KITA DAPAT! Hahh bukan main kau punya prinsip jahh haha

Rasa nak menangis pon ada jugak tangan non stop menulis 2 jam. Ada sampai 3 kali aku potong perkataan KESIMPULANNYA sebab tak henti2 bagi kertas.

5 minit sebelum habis pon dia nak kasi kertas last2 tu laa kali pertama pandang muka pengawas and cakap 'No Thank You' haha


Until now aku bersyukur sangat dapat pengawas peperiksaan camtu sebab aku tanya kelas lain angkat tangat banyak kali mintak kertas haprak nak perasan. Last minute baru perasan. Memang aku doakan dia bahagia jumpa jalan lurus anak yang pandai semualahh.



Moral of the story ialah JANGAN PUTUS ASA. Walaupun kau rasa tak boleh jawap ke hape tenang dan tawakal. Allah akan bagi setimpal dengan apa yang diusahakan. dan pegang prinsip JANGAN MEMBAZIR MANFAATKAN APA YANG KITA DAPAT! haha JANGAN KELUAR AWAL DARI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN! Kadang idea tu timbul last minute.


Sekian saje karangan saya :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Video of The Day #1 : Matlamat Hidup Kaya dan Berjaya

Bismillahirrahmanirrahim :)




Secara ringkasnya Intipati video ini ialah tentang 5 perkara:

1) Mempunyai impian yang besar
2) Mempunyai matlamat yang TEPAT
3) Lakukan hari-hari
4) Beri waktu/tempoh untuk capai kejayaan
5) RAHSIAKAN apapun impian besar anda




A dream without a goal is just sleep. A goal without action is just talk. Start doing :)


Dah Baca? Like dan Comment la =)

Keputusan STPM 2014

Bismillahirrahmanirrahim :)


Alhamdulillah keputusan STPM dan SPM telah keluar beberapa hari lalu. Keputusan STPM keluar sehari awal sebelum SPM.

Selain daripada dapat CPUV berganda2 dari Nuffnang, yang utama punca kegembiraan tahap maksima hingga kini ialah disebabkan keputusan stpm sendiri.



Alhamdulillah keputusan di luar jangkaan setelah gagal banyak kali selepas SPM. Time awal2 masuk f6 dulu tak pernah menyangka diri ini dapat yang sebaik ni. Pikir awal2 layak dapat pointer 2.5 je. Tapi alhamdulillah berkat cikgu2 f6 yang sentiasa support aku dan MEMBUKA MATA dan TUKAR FIKIRAN aku akhirnya dapat memberi sesuatu yang menggembiran kan diri sendiri dan hati cikgu :)

Dari sini aku dapat belajar sesuatu. Iaitu apa2 kejayaan kalau nak dapatkan semuanya bermula dari pemikiran kita. Usaha bagai nak rak Study siang malam tak guna kalau diri sendiri tak yakin dan ada perasaan 'TAK BOLEH' dalam diri.

Selepas dapat result Sem 2, paper ekonomi GRED F. Cikgu tanya 'target awak untuk ekonomi apa sebenarnya?' Then aku jawap 'C+ asal lulus cikgu' Lepas cakap camtu jee teruihh kena motivasi 15 minit percuma haha dan kena paksa cakap 'SAYA YAKIN DAPAT A ' hahaha

Kesimpulan mudahnya disini ialah
"Shoot for the moon, even if you fail, you will land among the stars." 
-credit: missxyz-

Semua orang akan berkata.
Compare sana dengan sini. Itu dan ini.
Itu biasa. Lumrah.
Kita hanya perlu plan our future baik2. Set target tinggi.
Buang perkataan 'SUSAH' 'TAK BOLEH' 'TAKUT' dalam diri.
Pekakkan telinga dengan kata2 yang negatif.
Dengan itu baru kita boleh keluar dari 'kepompong' yg biasa kita duduk.
Dan apabila waktunya tiba kita akan dapat sesuatu yang di luar jangkaan dengan izin Allah smile emoticon


Dah Baca? Like dan Comment la =)

WW#22 HAPPINESS

Bismillahirrahmanirrahim :)









#Alhamdulillah



Dah Baca? Like dan Comment la =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
SEGALA YANG ADA DI DALAM BLOG INI MILIK FARHANAH ADZLAN KECUALI DINYATAKAN @ 2010-2015